Jumaat, 28 Mac 2014

Gambaran Kehidupan dalam Syurga

Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).

Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.


(Al-Waaqi'ah, 56; 11-41)

Khamis, 27 Mac 2014

Tak Kan Nak Kena Carut Baru Faham Kot!


Inilah jadinya bila tidak mampu mengatakan TIDAK, atau lebih tepat lagi beritahu dengan jelas dan nyata bila tidak suka sesuatu. Ya…beritahu sahaja kepada orang tu bahawa kita tak suka cara dia.

Masalahnya, macam mana caranya untuk berterus terang? Terlalu terus terang kang sentap pula. Bila berkata terlalu berlapik, apa yang nak disampaikan tidak mencapai maksud.

Orang zaman sekarang ni tak mainlah dengan ayat yang bergunga-bunga. Tapi kalau terlalu tepat mengena sasaran penggunaan perkataannya, boleh jatuh kurang ajar pula. Boleh diterjemahkan tak reti berbahasa. Lalu, bagaimana?

Sebab tu aku kelihatan macam Pukul Anak Sindir Menantu. Sebab aku tak suka lukakan hati orang, guriskan perasaan orang.

Sebab itu jugalah…aku jugak yang sering terluka. Itupun orang bukan nak sedar.

Ajarkan aku bagaimana untuk berterus terang dengan orang-orang yang tidak faham dengan pelbagai bahasa Pukul Anak Sindir Menantu ini. Komunikasi tidak berlangsung seperti sepatutnya.

Contohnya: aku memang tak suka orang suka mencarut, tetapi aku hanya mampu beritahu dia “Awak tak hensem lah bila mencarut”. Hanya setakat itu sahaja.

Malangnya dia hanya ketawa. Kemudian terus mencarut. Berkali-kali lagi. Dan aku terpaksa dengar carutannya itu walaupun tak suka. Bila aku cuba menghindar disebabkan tak sanggup lagi dengar carutannya itu, dia tetap juga tak faham. Dia tetap juga nak mencarut depan aku.

Aku hanya risau, sampai satu tahap dia pula kena carut! Kang dia juga yang sentap.

Sebenarnya entri ini tak ada kaitan pun dengan mencarut. Hingga saat ini, apa yang aku nak tulis dalam entri ni masih belum memaknakan maksud sebenar.Gagal lagi!

Rabu, 26 Mac 2014

Tengok Muka Pun Dah Rasa Nak Lempang

Benda macam ni lah yang cuba nak elak. Bukan soal malu bila orang kata “anak sapalah tu!”, tapi layakkah dia bergelar anak? Lagi lah tak ada punya hasrat dia untuk jaga maruah bapanya sendiri.

Hanya kerana tidak memberi RM2.50 untuk membeli air batu, dia tergamak memukul bapa yang mengalami strok. Anak apakah itu? Gamaknya masa kecil dulu ayahnya itu tak pernah balun dengan penyapu lidi kot! Terlebih balun kang kata dera pulak! Ikutkan budaya melayu, sampai bilapun dok pukul anak sindir menantu je lah kot. Kot lah! Aku tak ada anak...cakap lebih kang, pelik pulak jadinya.


Nor Diana Mohamed, 30, tidak bekerja menghadapi tuduhan memukul bapanya dengan cara menampar mangsa, tahun lalu di Pintu Geng, Kota Bharu, tetapi dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu setelah bapa itu bersetuju kes tersebut diselesaikan menerusi permohonan maaf oleh anaknya.

Bapa malang itu memohon tarik balik laporan polis dan pertuduhan, tetapi mahkamah menolak permohonan tersebut dan membenarkan kes itu diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Tatacara Jenayah menerusi kompaun kesalahan dengan permohonan maaf oleh anaknya. Nor Diana kemudian tanpa menunjukkan sebarang emosi hanya menyatakan permohonan maaf daripada bapanya.

Kembalilah ke pangkal jalan. Tahun lepas engkau tampar bapamu yang strok, tak sempat sampai 30 tahun akan datang, anakmu pula akan buat begitu kepadamu. Ketika kamu sudah tidak berdaya untuk melawan. Bukankah hidup ini ibarat roda?


Macam budak kecil pun ada, nak beli air batu RM2.50 pun boleh paksa bapak yang bayar! Nasib baik tak melintas depan aku...nasib baik bukan aku yang jadi hakim tu. Kalau aku jadi hakimnya, aku bagi je pengalaman dia makan free kat penjara barang setahun dua. Bagi masa untuk dia berfikir.

Hishhhh! Geram betullah aku! Lagi panjang aku tulis...lagi banyak kena carut ni. Jom, pi makan donat!


Pukul Anak Sindir Menantu


Seseorang pernah berkata kepadaku “awak ni jenis orang yang suka Pukul Anak Sindir Menantu



Aku ketawa sambil berkata “bapak anak pun belum ada, nak dapat menantu sangattttt jauhnya lagi,”

Budak ensem ni balik kampung musim coti skulah hu hu huhu daku pulak yang windu rinduan hu hu hu
 Errrrr....betullah kan? kan? kan?
Eh, mana ada kaitan dengan kes dera pukul anak hu hu hu langsung tak ada kaitan!


Selasa, 25 Mac 2014

Hati Nan Terluka...


Hari ni aku berkabung…

Lena Park - Only In My Heart



Percayalah, daku tidak mungkin dapat lupakanmu
Berjanjilah…tidak akan lupaiku
Dan senyumlah…luka nan dalam ini sentiasa mengekoriku