Hari ni hari Isnin, hari untuk aku pergi
kutip MC huh u huhu tapi kisah entri ni dah lama tulis. Aku kan ada sebegitu banyak masa, jadi bank entri tu melimpah ruah hu huhu
Hari Khamis entah berapa kali khamis lepas, sebelum pergi sesi rawatan di Ceragem bangi, aku pergi cuci kereta yang sangat comot mengalahkan traktor adik di kampong. Dia punya traktor lagi berkilat dari kereta kecilku itu. Malangnya, aku sangat fobia pergi cuci kereta kerana selepas kereta aku berkilat-kilat memancarkan seri berkilauan itu, sudah pasti hujan akan turun. Dah banyak kali berlaku begitu…dan hari itu juga, hujan tetap turun, kereta itu comot semula huhuhuhuhu tetiba terkenangkan satu buku cerita yang pernah aku baca masa sekolah rendah dahulu bertajuk fakir hujan. Kalau aku cerita tentang buku cerita ni karang…dah lari tajuk tu huhuhuhuhu aku kan suka memesongkan tajuk huh u huhu
Masa dok tunggu adik tu cuci kereta, seorang pelanggan yang lain datang bersembang dengan aku. Mula-mula
sembangnya tentang tongkat yang aku guna hingga melaratlah tentang
sakit slipped disc ni.
Pakcik Ravi: so sekarang ni siapa jaga u kat rumah?
Aku: sendiri jaga
Dia pandang aku pelik.
Pakcik Ravi: Whylah? Mana mak u?
Aku: kampong sana…
Pakcik Ravi: Mana kampong?
Aku: Kelantan sana
Pakcik Ravi: Jauhnya…macam mana u jaga sendiri?
Aku: sendiri buatlah
Pakcik Ravi: Bolehkah?
Pakcik Ravi: Boleh aje…asalkan sendiri mahu.
Setelah itu macam-macam petua dia bagi. Jangan makan makanan sejuk, jangan mandi air sejuk, jangan angkat barang berat…jangan itu, jangan ini. Kalau ikutkan semua nasihat dia tu, maknanya aku mati kebuluran, terkedang kat katil tak bangun sebab semua benda tak boleh buat.
Terima kasih, Pakcik Ravi. Walaupun baru kenal beberapa minit, ramahnya tu jarang boleh jumpa dah zaman sekarang ni. Berbual-bual hingga kereta siap bersih macam dah kenal lama.
Bila keadaan begini, ada orang akan semakin dekat. Ada yang lain kian terasa menjauh. Namun, aku pelajari banyak makna kehidupan. Dan ini bukanlah dugaan paling getir pernah aku alami. Jadi, aku hanya perlu jalani segalanya tanpa perlu merungut apa-apa. Setiap apa yang aku alami biar sekecil-kecil perkara mengajar aku tentang sesuatu.
Bila aku tulis di blog ni bukan bermakna aku merungut. Ini adalah koleksi pengalaman yang sedang aku kumpul. Mana tahu, satu ketika nanti aku lupa…boleh kenang semula bila baca kat sini.