Isnin, 11 November 2013

Bila Blogger Serbu Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013


Aku pernah tulis entri tentang Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013 dalam entri sebelum ni.

Macam biasa, acara sebegini memang bos tak akan pergi, maklumlah dia bukannya suka seni dan budaya. Setiap tahun, aku memang akan DIARAHKAN untuk berfastival.

Acaranya malam. Boleh bayangkan betapa tak seronoknya hadiri majlis sebegini sensorang? Untuk acara Fastival Gamelan Malaysia UKM 2012, aku ajak Cik Bintang dan seorang rakan blogger Yang Ingin Kukongsi. Kak Azieazah memang sukakan acara kesenian dan kebudayaan seumpama ini, jadi…kalau dia ada masa luang, memang dia akan ikut.

Nak meriahkan lagi suasana, aku lelong-lelong jemputan kepada semua rakan KKA hingga akhirnya, genap 15 orang mengesahkan kehadiran untuk malam itu. Walau bagaimanapun, KakCik terpaksa tarik diri kerana musibah yang datang tak terduga. Tak ada rezeki tu, kakcik…insha allah, tahun depan kalau ada peluang ya.


dimulai dengan lagu Negaraku...

Persembahan pembukaan;



rasa nak sangkut hanger kat bahu mereka hu huhuhu jauh tak imaginasi?





Blogger yang datang dalam acara Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013 pada kali ini terdiri dari blogger Iyra Si Reben Merah, Dak Jujie Cik Puan lawa, pemilik Nyanyi Sunyi, Bunga mawar, Cik Puan ayu pemilik Nasi Kerabu Buah Tanjung dan Puan Dokter Hanie.
 
Asalnya, nak tampal gambar mereka di hadapan Panggung Seni UKM kat sini, tapi...sebab tak pandai nak mengedit bagai, kelihatannya gambar itu tidak begitu sesuai untuk diterbitkan. Jadi tunda lain tahunlah ya...
 
Kali ini, enam buat IPT mempersembahkan gamelan masing-masing. Aku memang tak ada gambar-gambar pertunangan atau pernikahan Fizo Omar dan Mawar FAREEDA, tetapi kalau nak tengok gambar festival gamelan, Jom kita tengok gambar-gambar sepanjang Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013.


UIAM

Intro kemain panjang lagi...

Akulah Laksama paling handal ini malam hu hu hu hu


Cepat dan pantas! Persembahan Gema Gangsa UIAM sudah boleh ditonton;




Wakil Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Nampak memang ayu sopan, jangan berani nak usik ganggu...kena tembak dengan M16 aku tak tau!


Alamak! Lupa pulak dari mana persembahan ni...




Persembahan yang ditunggu-tunggu...sama macam tahun lepas, Universiti Teknologi PETRONAS Malaysia mendapat tepukan gemuruh. Memang hebat mereka ni. Baru rakamkan album gamelan...fuhhhh! memang hebat!



Ini namanya blogger tegar!

Tak cukup dengan rakaman video di telefon, rakamkan juga di kamera.


Nak tengok dengan lebih jelas? Ohhhhh! Sila jangan murka ya hu hu hu


Persembahan tuan rumah. Meriah!






Tetiba terasa nak lompat pi depan menari sama...
 
Persembahan penutup
 


Semua peserta yang menjayakan Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013 pada kali ini, bersamadif kehormat.



Mohon maaf kerana ada gambar dalam Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013 yang tak begitu cantik kerana tangan gegar (maklumlah dah tua huh u hu tetiba!) dan terdapat penampakan botol air mineral di bahagian bawah yang tidak dapat dielakkan.
 

Berikut rakaman keseluruhan Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013...dah boleh tengok di youtube ya...




Terima kasih kepada semua kawan yang sudi menemaniku hadiri majlis kesenian dan kebudayaan yang biasanya boleh jumpa di Istana Budaya sahaja. Semua ini percuma untuk ditonton. Harapnya, tahun depan ada lagilah ya...
 
Blogger Azieazah ada tulis entri tentang Fastival Gamelan Malaysia UKM 2013 ni di blognya. Bolehlah terjah tengok ya. Cik Puan Lawa juga ada catatkan di blognya dengan gambar-gambar yang lagi menarik...jemput ke sana.

 



Ahad, 10 November 2013

Khairy Jamaluddin Menang Anugerah Di Shout! Awards

Hebatnya Khairy Jamaluddin @ KJ!

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memang hebat bila buat pertama kalinya berjaya memenangi kategori Wired Celebrity Award di Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini semalam.

Senyum KJ cairkan hati ramai wanita hu hu hu
 

Anugerah Di Shout! Awards kali ini adalah acara tahunan kali keempat. Khairy atau lebih glamer dipanggil KJ berentap bersama Aaron Aziz, Adibah Noor, Sofia Jane, Yuna dan Fatimah Abu Bakar dalam kategori tersebut. Memang hebatlah bila KJ mampu kalahkan Aaron Aziz. Aaron Aziz tuuuuuu!

Shout! Awards mempertandingkan 18 buah kategori dalam industri muzik, televisyen, filem, radio dan media sosial antaranya Popstar Awards, Favourite TV Program Awards, Music Video Awards dan Power Vocal Awards.

Agaknya kan, lelaki ke perempuan lebih ramai mengundi untuk kemenangan Khairy Jamaluddin dalam Anugerah Di Shout! Awards tersebut? Ada yang boleh jawab?

Sabtu, 9 November 2013

Gomo Piya Gomo


Aku kagum dengan ‘Captain Marvel’ Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi atau Piya yang akan terus kekal bersama pasukan The Red Warriors (TRW) bagi mengharungi musim depan.

7 pasukan minat untuk tarik Piya dalam pasukan mereka, namun Kelate TRW jua menjadi pilihannya. Katanya, semangat dan darah anak jati Kelantan yang mengalir dalam dirinya menyebabkan beliau tetap setia berjuang dengan TRW. Tahniah bro! Betul pun, main di tempat orang tidak sama dengan padang sendiri. Lagi pula ramai yang menyokong dia dari belakang termasuk aku walaupun aku tak pernah laung nama dia dalam stadium.
 
Dia memang lebih kacak hensem bila setia
 

Indra Putra Mahayuddin dan Norfahan Muhammad dah berpindah ke pasukan lain termasuk empat tonggak pertahanan iaitu Azizi Mat Rose, Mohd. Rizal Fahmi Rosid, S. Subramaniam dan Mohd. Daudsu Jamaluddin, serta pemain tengah Mohd. Shakir Shaari dan Mohd. Izuan Solahuddin. Berlaku rombakan besar dalam pasukan Kelate TRW kali ini…moga-moga mereka cepat serasi. Skuad The Red Warriors berhadapan saingan getir dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2014 apabila 8 tonggak utama yang menjadi tunjang kekuatan Kelantan tahun 2012/2013 telah menyertai pasukan lain.

Sebuah lagu Dikir Moden yg dicipta khas buat peminat setia TRW dan dinyayikan oleh artis tempatan yg sedang meningkat naik, (QUA ANWARY) ditujukan khusus buat 'PIYA' @ BADRI RADZI, Kapten THE RED WARRIORS;




Seminggu dua lagi senarai nama pemain Kelantan TRW musim 2014 akan diumumkan. Harapnya penjaga gol kacak Khairul Fahmi Che Mat @ Apek setia menjaga gawang Kelantan. Orang kacak sehebat dia memang menjadi harapan!
 
 

Jumaat, 8 November 2013

Kenali Rakan Bila Bermusafir

 
Orang kata, ketika bermusafirlah kita akan kenal siapa rakan kita. Betul ke?

Betullah kot! Bijak pandai mengatakannya begitu. Rasulullah s.a.w melarang bermusafir seorang diri.

Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya,

“Apakah engkau kenal lelaki itu?”

Pemuda itu menjawab, “Tidak ya amirul mukmimin.”

Saidina Omar bertanya lagi. “Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?” Orang itu jawab, “Tidak pernah,”

Lalu bertanya lagi Saidina Omar, “Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,’Tidak pernah.’

Lantas ditanya Omar lagi, “Macam mana engkau kenal dia?

Dijawab si pemuda. Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.’

Omar berkata, “Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya.”

Terima kasih Cik Bintang, jadi seorang sahabat yang baik. Semasa di Seoul tempoh hari, kami berkenalan dengan Zu dan Yam dalam perjalanan ke Namimara Republic (Pulau Nami). Esoknya, mereka ikut kami ke Pergunungan Soerak pula (Soerak-san).

Menghabiskan masa dua hari mengenali masing-masing adalah pengalaman yang indah juga. Ada kala kita tak pernah sangka boleh kenal, baik dan menikmati kesukaan yang sama padahal sebelum ini (semasa di bumi Malaysia) tidak pernah tersua pun. Akhirnya, mereka kongsikan tentang pengembaraan mereka di Seoul yang teruji dengan erti persahabatan.

Bagi aku mudah sahaja. Mengembara memang menguji banyak perkara. Masa inilah kita lebih faham tentang rakan kita. Masa inilah rakan kita itu akan faham tentang kita. Kalau hanya asyik kita sahaja yang berusaha untuk memahami dia, mendahului semua keinginannya, maka di mana pula erti persahabatan itu?

Hidup perlu memberi dan menerima. Saling memahami. Kalau kita mahu diri difahami, luangkanlah masa sesaat untuk memahami rakan kita itu. Tak kan semuanya kita sahaja nak menang? Tak kan hanya keinginan kita sahaja mahu dipenuhi?

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
 
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk"
 
 
Jika terdapat sahabat bersikap memusuhi, mengkhianati, bermasam muka dan seumpamanya akibat daripada tidak puas hati dan tidak mampu bertoleransi, makanya, buangkan sahaja dia dari hidup kita. Tak rugipun. Semasa kita tak punya masalahpun dia sudah tunjukkan belangnya, secara pasti…ketika kita bermasalah dan perlukan bantuannya satu ketika nanti, memang sah dia antara orang yang tidak boleh diharapkan langsung. Belum apa-apa lagi dia sudah gagal menjadi seorang sahabat yang baik.


Al-Qamah al-Attaridi pernah wasiatkan kepada anaknya;

Wahai anakku! Jika kamu dihadapkan pada suatu keperluan untuk bertemankan seseorang, maka bertemanlah dengan orang yang apabila engkau melayaninya nescaya dia menjagamu. Apabila kamu menemaninya, dia mempertimbangkan penghargaan kepadamu. Jika engkau memerlukan satu perbelanjaan, dia menyediakannya. Berkawanlah dengan orang yang apabila kamu menghulurkan tangan kepadanya dengan suatu kebaikan, dia akan menghulurkan tangannya juga. Jika dia melihat kebaikan padamu, dia akan menghargainya. Jika dia melihat suatu keburukan padamu, dia menutupnya. Berkawanlah engkau dengan orang yang apabila engkau memintanya, dia akan memberi kepadamu. Jika engkau diam, dia memulakan bercakap denganmu. Jika engkau ditimpa bencana, dia menolong kamu. Berkawanlah engkau dengan orang yang apabila engkau bercakap, dia membenarkan perkataanmu. Jika engkau berdua saling berusaha tentang sesuatu perkara, dia mementingkan urusanmu. Jika engkau berdua berselisih, dia mengutamakan engkau”



Hishhhh! Panjang lah pulak entri ni. Kita sambung lain kali je lah ya…
 
 
 
 
 
 

Khamis, 7 November 2013

Pekeliling JPA Tambahbaik Skim Perkhidmatan


Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA telah mengeluarkan pekeliling dengan 27 Pekeliling Perkhidmatan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan seperti yang diumumkan YAB Pendana Menteri dalam pembentangan bajet 2014 pada 25 Oktober 2013.

Nak tengok pekeliling tambah baik skim perkhidmatan JPA boleh semak di lawan web rasmi JPA.