Sabtu, 9 November 2013

Gomo Piya Gomo


Aku kagum dengan ‘Captain Marvel’ Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi atau Piya yang akan terus kekal bersama pasukan The Red Warriors (TRW) bagi mengharungi musim depan.

7 pasukan minat untuk tarik Piya dalam pasukan mereka, namun Kelate TRW jua menjadi pilihannya. Katanya, semangat dan darah anak jati Kelantan yang mengalir dalam dirinya menyebabkan beliau tetap setia berjuang dengan TRW. Tahniah bro! Betul pun, main di tempat orang tidak sama dengan padang sendiri. Lagi pula ramai yang menyokong dia dari belakang termasuk aku walaupun aku tak pernah laung nama dia dalam stadium.
 
Dia memang lebih kacak hensem bila setia
 

Indra Putra Mahayuddin dan Norfahan Muhammad dah berpindah ke pasukan lain termasuk empat tonggak pertahanan iaitu Azizi Mat Rose, Mohd. Rizal Fahmi Rosid, S. Subramaniam dan Mohd. Daudsu Jamaluddin, serta pemain tengah Mohd. Shakir Shaari dan Mohd. Izuan Solahuddin. Berlaku rombakan besar dalam pasukan Kelate TRW kali ini…moga-moga mereka cepat serasi. Skuad The Red Warriors berhadapan saingan getir dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2014 apabila 8 tonggak utama yang menjadi tunjang kekuatan Kelantan tahun 2012/2013 telah menyertai pasukan lain.

Sebuah lagu Dikir Moden yg dicipta khas buat peminat setia TRW dan dinyayikan oleh artis tempatan yg sedang meningkat naik, (QUA ANWARY) ditujukan khusus buat 'PIYA' @ BADRI RADZI, Kapten THE RED WARRIORS;




Seminggu dua lagi senarai nama pemain Kelantan TRW musim 2014 akan diumumkan. Harapnya penjaga gol kacak Khairul Fahmi Che Mat @ Apek setia menjaga gawang Kelantan. Orang kacak sehebat dia memang menjadi harapan!
 
 

Jumaat, 8 November 2013

Kenali Rakan Bila Bermusafir

 
Orang kata, ketika bermusafirlah kita akan kenal siapa rakan kita. Betul ke?

Betullah kot! Bijak pandai mengatakannya begitu. Rasulullah s.a.w melarang bermusafir seorang diri.

Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi. Lantas Saidina Omar bertanya,

“Apakah engkau kenal lelaki itu?”

Pemuda itu menjawab, “Tidak ya amirul mukmimin.”

Saidina Omar bertanya lagi. “Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?” Orang itu jawab, “Tidak pernah,”

Lalu bertanya lagi Saidina Omar, “Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab,’Tidak pernah.’

Lantas ditanya Omar lagi, “Macam mana engkau kenal dia?

Dijawab si pemuda. Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.’

Omar berkata, “Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya.”

Terima kasih Cik Bintang, jadi seorang sahabat yang baik. Semasa di Seoul tempoh hari, kami berkenalan dengan Zu dan Yam dalam perjalanan ke Namimara Republic (Pulau Nami). Esoknya, mereka ikut kami ke Pergunungan Soerak pula (Soerak-san).

Menghabiskan masa dua hari mengenali masing-masing adalah pengalaman yang indah juga. Ada kala kita tak pernah sangka boleh kenal, baik dan menikmati kesukaan yang sama padahal sebelum ini (semasa di bumi Malaysia) tidak pernah tersua pun. Akhirnya, mereka kongsikan tentang pengembaraan mereka di Seoul yang teruji dengan erti persahabatan.

Bagi aku mudah sahaja. Mengembara memang menguji banyak perkara. Masa inilah kita lebih faham tentang rakan kita. Masa inilah rakan kita itu akan faham tentang kita. Kalau hanya asyik kita sahaja yang berusaha untuk memahami dia, mendahului semua keinginannya, maka di mana pula erti persahabatan itu?

Hidup perlu memberi dan menerima. Saling memahami. Kalau kita mahu diri difahami, luangkanlah masa sesaat untuk memahami rakan kita itu. Tak kan semuanya kita sahaja nak menang? Tak kan hanya keinginan kita sahaja mahu dipenuhi?

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
 
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk"
 
 
Jika terdapat sahabat bersikap memusuhi, mengkhianati, bermasam muka dan seumpamanya akibat daripada tidak puas hati dan tidak mampu bertoleransi, makanya, buangkan sahaja dia dari hidup kita. Tak rugipun. Semasa kita tak punya masalahpun dia sudah tunjukkan belangnya, secara pasti…ketika kita bermasalah dan perlukan bantuannya satu ketika nanti, memang sah dia antara orang yang tidak boleh diharapkan langsung. Belum apa-apa lagi dia sudah gagal menjadi seorang sahabat yang baik.


Al-Qamah al-Attaridi pernah wasiatkan kepada anaknya;

Wahai anakku! Jika kamu dihadapkan pada suatu keperluan untuk bertemankan seseorang, maka bertemanlah dengan orang yang apabila engkau melayaninya nescaya dia menjagamu. Apabila kamu menemaninya, dia mempertimbangkan penghargaan kepadamu. Jika engkau memerlukan satu perbelanjaan, dia menyediakannya. Berkawanlah dengan orang yang apabila kamu menghulurkan tangan kepadanya dengan suatu kebaikan, dia akan menghulurkan tangannya juga. Jika dia melihat kebaikan padamu, dia akan menghargainya. Jika dia melihat suatu keburukan padamu, dia menutupnya. Berkawanlah engkau dengan orang yang apabila engkau memintanya, dia akan memberi kepadamu. Jika engkau diam, dia memulakan bercakap denganmu. Jika engkau ditimpa bencana, dia menolong kamu. Berkawanlah engkau dengan orang yang apabila engkau bercakap, dia membenarkan perkataanmu. Jika engkau berdua saling berusaha tentang sesuatu perkara, dia mementingkan urusanmu. Jika engkau berdua berselisih, dia mengutamakan engkau”



Hishhhh! Panjang lah pulak entri ni. Kita sambung lain kali je lah ya…
 
 
 
 
 
 

Khamis, 7 November 2013

Pekeliling JPA Tambahbaik Skim Perkhidmatan


Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA telah mengeluarkan pekeliling dengan 27 Pekeliling Perkhidmatan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan seperti yang diumumkan YAB Pendana Menteri dalam pembentangan bajet 2014 pada 25 Oktober 2013.

Nak tengok pekeliling tambah baik skim perkhidmatan JPA boleh semak di lawan web rasmi JPA.
 
 
 

Rabu, 6 November 2013

Festival Gamelan Malaysia UKM 2013


Setiap tahun, Pusat Kebudayaan UKM memang mempunyai banyak agenda kesenian dan kebudayaan termasuk Festival Gamelan Malaysia UKM. Pada tahun ini Festival Gamelan Malaysia UKM 2013 bertemakan 1 Rentak 1 Irama diadakan seperti berikut:

Acara: Festival Gamelan Malaysia UKM 2013
Tarikh: 9 November 2013 (Sabtu)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Seni DECTAR UKM

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Cik Sherry di talian 03-89215240.

Festival Gamelan Malaysia UKM 2013 sebenarnya terbuka kepada masyarakat umum, jadi sekiranya ada dikalangan anda berminat dengan acara budaya seperti ini, silalah hadirkan diri. Kalian dialu-alukan. Masuk adalah percuma.

Berikut adalah rakaman Festival Gamelan Malaysia UKM 2012



Kalian juga boleh baca pengalaman rakan saya melihat persembahahan dalam Festival Gamelan Malaysia UKM 2012 di blog beliau Yang Ingin Kukongsi.

Semoga penganjuran aktiviti budaya sebegini sedikit sebanyak dapat meneruskan kelangsungan budaya bangsa kita agar tidak luput ditelan zaman. Paling istimewa, golongan muda kini berani bereksperimen dan melakukan kaloborasi dengan seni moden.
 
 

Selasa, 5 November 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru Awal Muharam


Selamat menyambut kedatangan tahun Hijrah 1435, semoga tahun ini membuka lebih banyak peluang meningkatkan diri ke arah kebaikan.




Selamat panjang umur, murah rezeki, lebih kerja keras dan diberkati seluruh kehidupan kepada diri sendiri yang sambut hari lahir dua kali setahun.

Kalian macam mana?