Jumaat, 25 Oktober 2013

Lisa Surihani Sokong Pasukan Bola Sepak Kelantan TRW

Minggu lepas perlawanan bola sepak semi final antara Kelantan TRW dan pasukan ATM berlangsung di stadium Selayang dengan keputusan TRW mengatasi ATM satu gol.

Kali ni perlawanan dah tentu berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu. Kedua-dua pasukan ni sama kuat sebenarnya. Awal tahun dulu ATM Berjaya jadi juara piala sumbangsih (ya ke ni nama piala tu? Malas nak semak semula). Dalam Piala Malaysia, dah tentu saingan tetap akan sengit.


Lisa Surihani dan Yusry pun Gomo kelate Gomo, terima kasih Lisa Surihani dan kanda Yusry sebab sokong TRW ;)



Apapun keputusannya nanti, kenalah terima dengan hati yang terbuka. Masa balik kampong hari tu aku dah beli mafla TRW di pasar borong wakaf che yeh, manakala anak buah pulak beli jersi merah TRW. Katanya, dia hanya akan pakai kalau Kelantan menang aje huh u huh u dikau tak sesetia mana Along oiiii!

Jom ramai-ramai tengok bola malam ni ya…

Teruja pulak nak tunggu keputusan perlawanan bola sepak antara Kelantan TRW dan ATM ni…

Selamat berjuang TRW. Gomo Kelate Gomo!

UPdate: keputusan perlawanan bola sepak antara Kelantan - ATM malam tadi berkesudahan dengan seri 2-2 dengan agregat 4-3. Tahniah Kelantan TRW yang layak ke final Piala Malaysia 2013. Kelantan bakal bertemu sama ada Pahang atau Sarawak bergantung kepada satu perlawanan semi final malam nanti. Pahang menang selesa dengan Sarawak 3-1 minggu lepas, jadi kemungkinan untuk Kelantan bertemu Pahang dalam perlawanan akhir @ final Piala Malaysia sangat besar.







Khamis, 24 Oktober 2013

Video Tangkapan Lelaki Mengamuk di LRT Gombak


Semalam heboh tentang kejadian pegawai Ambank mati ditembak pengawal keselamatan semasa membuka pintu bilik kebal. Hari ni, heboh pula cerita lelaki mengamuk menikam dan membunuh 2 orang mangsa serta mencederakan 2 orang lagi.

Pagi tadi, kira-kira jam 11.20 pagi seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi berasingan sekitar Taman Melati, Gombak. Dalam masa 40 minit sahaja, dua orang meninggal dunia di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.

Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok, membuat penghantaran ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak. Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan melanggar sebuah van penghantar barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan, kira-kira tiga kilometer dari stesen lokasi kejadian pertama. Mangsa ditikam sebanyak 3 kali ketika turun dari van untuk melihat keadaan, menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun. Pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia. Orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membelasah suspek namun suspek hanya melaungkan takbir sambil mengucap berulang-ulang kali menyatakan dia utusan dari Nabi Muhamad, untuk membunuh mereka.

Kejadian hanya berakhir kira-kira jam 12 tengah hari, iaitu 40 minit setelah suspek berjaya ditahan oleh anggota polis peronda Dang Wangi dengan kecederaan di kepala. Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan 302 Kanun Keseksaan.

Video penahanan lelaki mengamuk dan menikam 4 orang di Gombak telah tersebar di facebook. Tak dapatlah pulak aku mengesan sumbernya, tetapi semasa ditangkap, dia melaungkan “Allahhu akbar” berkali-kali.

Akhirnya, Berjaya juga aku jumpa Video Kejadian Amuk Di LRT Taman Melati, Gombak;



Kita serahkan kes ni kepada pihak berkuasa untuk selesaikannya ya…tak payah gigih jadi hakim di Facebook dan blog ya...
 
 

Iklan Jawatan Kosong Pengurus Rumah, Rumah Ronald Mcdonald-PPUKM


Kepada yang sedang mencari kerja, ada kerja kosong diiklankan di Rumah Ronald Mcdonald-PPUKM. Rumah Ronald Mcdonald-PPUKM mempelawa individu yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan pengurus rumah, rumah Ronald Mcdonald-PPUKM.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian: 03-7843 3388, Sambungan: 3361 (Pn.Mmeem A. Rrahman).
 
Rebutlah peluang keemasan ni. Bukan mudah nak dapat kerja kosong sekarang ni. Bila dah diiklan untuk jawatan pengurus tu, silalah mohon. Mana tahu ada rezeki...
 
 
 
 

Rabu, 23 Oktober 2013

Hudud dalam Kerangka Perlembagaan dan Undang-undang Malaysia


Projek penyelidikan PP-2013-004 akan menganjurkan syarahan umum berjudul `Hudud dalam Kerangka Perlembagaan dan Undang-undang Malaysia.

Syarahan akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 
 
Terbuka kepada umum.

Tarikh Acara : Mula: 25/10/2013 Tamat: 25/10/2013
Masa Acara : Mula: 10:00 Pagi Tamat: 12:00 Tengah hari
Tempat : Bilik Majlis, Bangunan Canselori, UKM
Penceramah : Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz
Tajuk Syarahan : Hudud dalam Kerangka Perlembagaan dan Undang-undang Malaysia
Penganjur / Penganjur Bersama: Projek penyelidikan PP-2013-004

Sebarang pertanyaan berhubung program ini boleh diajukan kepada Dr. Mohd Al Adib Samuri; menerusi email: al_adib@ukm.my; atau di talian 03-89215511.



Selasa, 22 Oktober 2013

Noreen Nor Meninggal Dunia

DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.

Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, akibat komplikasi buah pinggang jam 5.50 pagi tadi. Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman arwah di Melaka.



Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Mungkin adik-adik yang hidup zaman sekarang tidak begitu akrab dengan penyanyi dan pelakon Noreen No0r yang muncul pada tahun 80-an dan awal 90-an, dan kembali semula ke dunia hiburan tanahair beberapa tahun kebelakangan ni. Tapi kemunculan semula itu tidak sepanas dahulu. Maklumlah zaman dah berubah.