Khamis, 10 Oktober 2013

Dah Namanya Rabun Ayam!


Cerita ini tak ada kaitan dengan orang lain sama ada yang masih hidup, yang dah mati, yang akan mati atau yang sedang mati. Cerita ini hanya berkaitan dengan aku. Mungkin juga ada berlaku persamaan dengan orang lain…mungkin. Mungkin tidak!

Jadi, kajian kes ni hanyalah tentang aku sahaja. Aku tak akan bertanggungjawab dengan hal yang sama tapi berlaku kepada orang lain. Jelas?

Fuhhhhhh! Jelas dan nyata batasan kajian nya!

Sebenarnya, aku nak tulis pasal apa ya? Lupa pulak! Tu lahhhh…sape suruh terpesong tang bahagian pengenalan. Sila fokus. Fokusssss ya!


Rabun ayam tu apa?

Mengikut Kamus pelajar edisi kedua:

Rabun malam adalah: pemandangan menjadi kabur pada waktu malam atau ketika samar-samar, manakala Rabun ayam adalah: tidak dapat melihat dengan jelas ketika senja.

Kamus Dewan edisi ke empat: Rabun ayam; kabur pada waktu malam.

Kamus perubatan: berasal daripada kata nyctalopia atau dalam bahasa Melayunya adalah niktalopia atau lebih dikenali sebagai rabun malam, iaitu: Kekurangan daya penglihatan pada waktu malam atau dalam cahaya yang samar.

Jadinya, dalam kes aku…akan rabun dan tak boleh tengok dengan jelas bermula pada waktu senja hingga siang hari esoknya. Tu kira rabun malam ke rabun ayam? Mmmmm ayam rabun kot…bantai ajelah labu!

Secara mudahnya, asal malam sahaja pandangan mata jadi tak jelas. Susah nak cam orang, tak Nampak. Tak boleh nak anggarkan jarak. Silau juga. Dek kerana itu, orang yang rabun malam atau rabun ayam macam aku tidak digalakkan memandu pada waktu malam. Boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.



Masalah utama orang rabun ayam

Masalah utama aku adalah silau dengan sinar lampu. Bermula pada waktu senja, ketika kilauan lembayung nak masuk waktu maghrib tu…waktu itulah paling tak tahan. Kalaupun aku tak memandu pada waktu ini, namun keadaan pada waktu itu tetap mendatangkan senak pada biji mata. Akhirnya, migrin pulak akan datang. Fuhhhhh! Banyak benornya penyakit ya…

Silau menyebabkan tak boleh anggarkan jarak. Semuanya Nampak macam berada dekat je dengan mata. Kalau memandu ketika ni, alamatnya memang tak akan tukar line lah. Nak masuk ke kiri atau kanan akan teragak sebab tak tahu beza kereta belakang, depan, kiri atau kanan jaraknya dekat ke jauh. Selalu benar kena hon kalau dok gagah nak menyelit bagai…kalau tak terkejut tak apa, bolehlah bertindak pantas kuasai pemanduan. Kalau dah terkejut bagai kena serangan jantung tu…salah hari tekan brek pulak.

Kerana itu juga, orang yang rabun ayam @ rabun malam macam aku akan susah nak cam apapun waktu malam. Apalagi nak baca tulisan di signboard, nak tengok nama jalan. Tambah lagi memang aku dah sedia Rabun, campur pula Rabun malam @ Rabun ayam ni...makin berganda rabunnya. Kalau bertembung sang kekasih hatipun tak Nampak ya…sila ingat tu. Jadi, tak payahlah nak buat kejutan waktu malam buta ya….salah hari kalian pulak yang terkejut tidak dikenali. Kang rasa hati pulak!

Tak cam itu juga melibatkan persekitaran. Bangunan besar macam manapun, macam KLCC tu ke, aku tak tahu aku sedang berada di sebelah mana. KLCC memanglah aku tahu, tapi…tang area mana aku sedang berdiripun aku tak tahu. Apa lagi takat bangunan yang tak pernah aku tengok atau jarang tengok sebelum ni. Stesen minyak petronas tu aku tau la…tapi usah tanya aku stesen minyak tu dok tang mana sebab bagi aku yang rabun ayam atau rabun malam ini, semuanya serupa sahaja. Dalam kepala hanya ada stesen minyak petronas tanpa dapat cam jalan apa atau lokasinya tang mana. Dahsyat tak?

Sebab-sebab itulah, daku balik kampong awal-awal pagi subuh-subuh. Errrr….subuh nampak pulak ek? Ada orang pernah tanya begitu. Sebenarnya, waktu awal pagi begitu masih juga tak Nampak, tapi sebab bilangan kenderaan di jalan raya sangat kurang pada waktu itu, jalan raya pulak terang benderang…makanya, gagahkan diri kuatkan azam ajelah balik kampong. Jalan sukar bermula selepas Gombak. Jadinya, waktu itu hari dah terang. Kawasan sesak dah dilepasi. Mudahlah sikit perjalanan.



Sebab Rabun Ayam


Ada banyak sebab berlaku rabun ayam ni, antaranya kekurangan vitamin A. Kekurangan vitamin A antara lain disebabkan diet rendah makanan berasaskan haiwan seperti telur, produk susu, daging dan ikan.

Errrr…daku kan golongan marhaen aje, mana mampu nak makan daging segala…anak kembungpun belum tentu mampu nak makan. Telur pun gred C je…itu pasal kurang makan huh u huh u tak pepasal dah rabun!

Nak bela ayam pun, dok Bangi. Tak ada ladang untuk usahakan penternakan ayam atau bertani ternak segala di belakang rumah, melainkan lalang jualah tinggi hingga terlindung rimau gajah barang seekor dua. Sesiapa nak lengkuas, bolehlah datang gali belakang rumah…itu ajepun muat nak tanam kat ladang aku yang luas sesayup mata memandang itu.

Kurangnya pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi beta-karoten, seperti mangga, bayam, ubi dan sebagainya yang diubah tubuh menjadi vitamin A, juga dapat menyebabkan kekurangan vitamin A.

Mmmmm rasa macam dah banyak makan bayam. Sebab bayam ajelah yang banyak dan murah nak dapat. Maklumlah rakyat marhaen kan…paling mewahpun bolehlah makan cendawan. Sudah ditakdirkan ilahi daku tergolong dalam golongan marhaen ni, tak dapatlah nak buat apa melainkan mensyukuri segala rezeki yang ada. Kalau aku komen bebanyak kang, kata aku tak bersyukur pulak. Jadinya, kenalah bersyukur. Paling-paling tidakpun, masih ada lalang dan rumput boleh dibuat ulam kan? Cer tengok orang di padang pasir sana, kesian depa…pasir je ada. Nak kunyah pun tak dapat kan!


Cara atasi rabun ayam

Menurut artikel DoktorGaul, rabun ayam ni boleh diatasi dengan memakan banyak tomato. Errrrr, aku sangat suka makan tomato. Ratah segar pun boleh. Kalau masak mi atau kwetiau tu, memang guna sebiji tak kira besar atau sederhana besar. Pendek kata, yang dimasak itu dah berkurang sebab aku ngap ngap kunyah segar masa memotongnya. Mmmmmm boleh pakai ke petua ni?

Keduanya kena makan minyak ikan. Yang ni aku belum makan lagi. Sebenarnya tak tahupun. Ingatkan minyak ikan ni sesuai untuk budak-budak je huh u huh u betapa jahilnya. Akak blogger Kesuma Angsana ada kongsikan petua berdasarkan pengalaman Enche Suaminya. Bolehlah baca di blog beliau ya…


Komen aku: tak pepasal ayam pulak yang dapat nama!
 
 
 


Rabu, 9 Oktober 2013

Mengira Cara Airasia


Airasia bukan sahaja sangat berkira, kalau boleh udara yang kita sedutpun nak kena bayar, tetapi satu hal lain lagi adalah...airasia yang hebat ini juga tak pandai mengira;


Barangkali kalkulator di airasia dah masuk air, tu pasal jadi begini...



Selasa, 8 Oktober 2013

Mengalu-alukan Ops Halangan di Bangi


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tunda banyak kenderaan dalam Ops Halangan, di Jalan Telawi, di Kuala Lumpur. Operasi yang dijalankan pasukan Penguat Kuasa Trafik Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Azmi Wahid bersama DBKL dengan dibantu Balai Polis Pantai bermula jam 2 petang hingga 4 petang semalam.

Ops Halangan dijalankan selepas mendapat aduan orang ramai berhubung tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pemilik kenderaan meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang laluan.
 
Ops Halangan ini dilakukan dalam dua fasa iaitu dari jam 11 hingga 1 tengah hari sebelum disambung dari jam 2 petang hingga jam 4.30 petang. Polis mengeluarkan sebanyak 83 saman manakala 59 saman lagi dikeluarkan DBKL. Lima kenderaan pula turut ditunda.

Tindakan saman dan tunda kenderaan diambil atas kesalahan melakukan halangan serta meletak kenderaan sesuka hati. Operasi akan dijalankan berterusan pagi dan petang secara berkala. Sila buat selalu ya DBKL...tingkatkan pendapatan Negara...aku sukerrrrrrrr!



Yaaaa DBKL dah buat. Sukaaaaaaaaaaaaaaa! MPKJ pulak bila nak buat. Bila MPKJ nak saman  kenderaan yang menghalang laluan ni? Jalan 8/1 di Bangi ni macam dah kat Mumbai aku tengok…lebih kurang macam di Dhaka tu. Sesedap tok nenek mak bapak depa je mana nak letak, mana nak parking. Kalau bergesel, ada hati pulak nak marah orang huh u huh u
 
Aku memang mengalu-alukan sangat kalau dibuat Ops Halangan di Bangi ni...bolehlah palu kompang dan pasang bunga manggar tanda sokongan moral tu...

Jom kita mengadu secara berjemaah kepada Majlis Perbandaran Kajang supaya MPKJ juga buat operasi macam DBKL, terutamanya depan kedai tempat orang-orang yang nyata jelita itu lepak. Lepak dan beli tudung hingga terlupa nak fikir orang lain nak pergi bank, nak pergi kedai makan…nak lalu lalang bagai. Dok ingat perut pedal sendiri aje!

Errrrr…itu belum leter lagi ya…baru intro ke arah alu-aluan pembuka kata. Sebelum aku lalut lebih panjang hingga menyebabkan pengguna Fareeda Nyata Jelita tu mengamuk sakan perasan tak bersalah, baik aku letak nokhtak dulu ya. Titik.


Isnin, 7 Oktober 2013

Teringin Sangat-Sangat

 
Macam orang mengidam pulak ya…

Sekarang ni, ada beberapa perkara yang aku dah teringin sangat-sangat nak buat, tetapi dah lama tak berpeluang nak buat. Antaranya;

  1. Nak kemas rumah bersihkan sampai berkilat. Rasa macam tinggal di tempat pelupusan sampah aje!
  2. Nak bermanja-manjaan dengan pokook-pokok di halaman. Nak pangkas ranting dan dahannya cantik-cantik, letak baja gamburkan tanah supaya bunga kertas a.k.a bounggavila tu berbunga lebat dan meriah semula macam dulu-dulu. Kesian tau…tinggal ranting dan kering nak mati dah tu.
  3. Nak jogging berlari-lari anak tiap petang tingkatkan kecergasan minda dan fizikal. Badan dah rasa sangat berat sejak berjaga dengan efektif ni…maklumlah, sampai je waktu tengah malam aku terasa lapar. Jam tiga pagi aku masak mi goreng dan sebat sepinggan penuh. Apa tak bertambah beratnya badan aku…bukan aje mengembang ni, semua baju aku dah mengecik pula. Penimbangpun dah rosak tu!
  4. Nak tidur dengan teratur semula macam orang lain. Sangat berazam selepas ni aku mampu tidur paling lambat jam 12 tengah malam dan bangun jam 5 pagi. Waaaaaaa banyaknya masa untuk aku tidur…nanti tak adalah lebam bawah mata ni kan? Haihhhh! bila nak qada tidur ni?
  5. Nak buat sesuatu yang aku suka seperti jalan-jalan sambil ambil gambar, sambil makan-makan (bukan kata nak diet ke?). dah lama tak buat benda ni. Hujung minggu buat perjalanan ringkas pergi JB ke, makan mi bandung atau beriani gham…kemudian bertolak balik semula ke Bangi ikut jalan kampong. Menyinggah mana-mana makan buah, tengok persekitaran blab la bla…hishhhh! Bila tah yang ni nak jadi kenyataan!
  6. Hidup santai dengan baca novel, tengok TV atau tonton cerita Korea sambil nangis-nangis lap air idung dan bengkak-bengkak mata. Paling malas pun jelajah panggung wayang hujung minggu, kemudian nikmati makan-makan yang menyedapkan anak tekak. Makan lagi!

Kalau nak senaraikan, memanglah masih banyak. Tapi aku sendiri rasa macam tamaklah pulak! Semua benda nak buat.
 
 
 




Ahad, 6 Oktober 2013

Terima Kasih...Lena Tidurku Semalam


Terima kasih Kelantan TRW berjaya benamkan JDT dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke 1V, Kota Bharu semalam.

keputusan perlawanan Piala Malaysia antara Kelantan TRW dan JDT semalam adalah seperti berikut;

Kelantan TRW 6, JDT 1

Lena tidur aku semalam walaupun impian aku untuk dapat 10 gol tak tercapai.

PsssT: Takziah kepada penjaga gol JDT Muhammad AlHafiz yang baru kehilangan anakanda tercinta akibat komplikasi paru-paru.