Jumaat, 6 September 2013

Menanti 20 Tahun Lagi


Dunia memang pinjam-pinjaman, akhirat jua kekal abadi. Namun, dunia menjadi pentas untuk kita berpencak silat mengutip banus dan laba yang akan dituai di akhirat sana.

Dunialah menjadi medan untuk kita berjuang. Setiap dari kita ada target tersendiri dalam hidupnya. Paling tidak kita berusaha dan mantapkan kerjaya untuk kehidupan pada hari tua.

Kepada yang punya keluarga, ada anak-anak, sedikit sebanyak ada impian untuk dijaga oleh anak-anak ketika tua nanti. Walaupun kita sendiri tidak pasti adakah anak-anak itu sanggup menjaga kita. Paling tidak mereka boleh upah nurse peribadi, kalau ada sumber kewangan yang kukuh. Ataukah, tiada bezanya kita berbanding warga emas lain yang menghuni rumah orang-orang tua?

Bagi yang belum pasti lagi akan ada anak, atau pasangan, kenalah kerja keras sedikit bagi memastikan bila dah berusia emas dan hidup sendirian nanti, paling tidak ada dana untuk kos perubatan. Bukannya mengharapkan ehsan masyarakat. Tak adalah nanti tersenarai dalam rancangan BersamaMu tu kan? Kalau rasa tak sanggup hadapi hidup sendirian pada usia emas, silalah iklankan diri cari pasangan hu hu hu itupun kalau jumpa orang yang benar-benar setia sanggup tunggu kita jadi emas.

Dalam usia sebegini, tiba-tiba daku terfikir: bila dah warga emas nanti, cukupkah pencen itu menampung semua keperluan harian, ataukah aku masih lagi perlu berkerja keras? Kena sambung pencen 60 tahun tak?

Kalau 20 tahun lagi aku pencen, gamaknya gaji aku sempat cecah RM30 ribu tak sebulan? Kalau sempat, aku akan nikmati pencen bulanan sebanyak RM15 ribu sebulan. Agak-agaknya pada 20 tahun akan datang itu, berapa harga petrol, takkan petrol naik 20 sen je kan? Berapa harga minyak masak, beras dan segala keperluan lain? Berapa harga ubat-ubatan? Berapa pula harga perkhidmatan pembersihan rumah seminggu sekali? Maklumlah, ketika tu aku dah tak kuat lagi nak mengemas segala. Gamaknya, dengan RM15 ribu nilai pencen sebulan yang aku terima tu, cukup tak menampung kehidupan usia emas aku? Itupun kalau gaji aku cecah RM30 sebulan. Kalau cecah…kalau tak? Firasatku mengatakan, tunggu 40 tahun lagi pun tak mampu cecah banyak tu hu hu hu hu

Alamatnya, panjat bas lah pergi pasar malam beli keropeh ayam, beli sayur, beli keperluan harian. Mmmmmm tak boleh bayanglah!

Mmmmmmm patutnya usia sebegitu, aku sedang menikmati hasil penat lelah jerih payah yang aku kait sekarang ni kan?
Jadi, kena kerja lebih kuat lagi kan?

Komen aku: Ini tentang 20 tahun akan dating…bukan tentang 20 sen hu hu hu hu
 
 


Khamis, 5 September 2013

Mencari Akar Umbi


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan, Malaysiaku!

Semua ni aku belajar dalam mata pelajaran Sejarah masa sekolah dulu, tapi nak buat lagu mana, sejarah tu kan sentiasa berubah hu hu hu huhu jadinya pelajar hari ni dah tak belajar apa yang aku belajar dulu. Maklumlah, mereka lebih moden dari aku hu huhuhuhu




Walaupun menteri kata harga barang tak akan naik dengan kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen, namun ketahuilah...mencintai keamanan Negara tu satu kewajipan. Akar umbi kita adalah sejarah.

Kenalilah sejarah sendiri, kita akan sedar akar umbi dan jati diri bangsa. Usah terpedaya dengan anasir yang cuba menangguk khazanah bumi tercinta ini dengan melaga-lagakan kita.
 
 

Bila Abang Lim Minta Maaf


Siapa tak kenal pengacara popular Halim Othman. Aku mula kenal penyampai radio Suria FM tu masa dia jadi pengacara rancangan More Jutaria…ek? Ishhhh! Betul ke rancangan tu? Yang aku ingat dia selalu sebut “wang besar! Wang benar!”

Beberapa ketika dulu, riuh rendah alam maya nan sentiasa gamat itu dengan penyebaran gambar mesra Halim Othman bersama seorang wanita, Dania Danisha. Asalnya sekeping je gambar, tapi ramai blogger menemui lebih banyak gambar mesra mereka dan mula buat spekulasi tentang perkahwinan Halim Othman penyampai kacak hensem macho dari Trengganu itu.

Bila abang Lim mohon maaf dan rasa tidak senang dengan kontroversi tersebut, bermakna ada sesuatu yang tidak kena. Maklumlah bila jadi selebriti, ada kala apa yang tersebar itu belum tentu dari empunya diri. Tak tahulah siapa punya angkara. Entah khabar angin, entahkan ada yang teruja nak tengok penyampai hensem kacak Halim Othman berkahwin dan ke jinjang pelamin. Ikutkan Abe Lim, tahun depan...kita doakan je lah ya.

Begitulah bila dah popular, dah glamer, dah terkenal. Hidup sendiripun dah tak jadi privasi lagi.

Komen aku: Bukan mudah nak hidup dalam dunia glamer.
 
 
 

Selasa, 3 September 2013

Mimpikan Orang Yang Kita Tak Suka?


Hari ni tak nak tulis pasal kenaikan harga petrol RON95 dan disel sebanyak 20 sen tu…sebab itu boleh menyebabkan ramai orang naik darah tinggi. Baik tulis pasal durian yang dah bermusim sekarang ni, kalau naik darahpun berbaloi.

Entri ni hanya nak tanya satu benda je: Apa maknanya ya kalau kita mimpikan orang yang kita tidak suka?

Errrr bukan mudah nak tafsir mimpi. Kalau mimpikan si kacak di tepian pantai, atau sekurang-kurangnya mimpi berkayuh bersama Ady Putra…lainlah pula ceritanya. Kalau sesiapa tahu makna tafsiran bila kita mimpikan orang yang kita tak suka, silalah kongsikan kat sini ya…

Komen aku: ada kala mimpikan hantu dan ponti lebih seronok dari mimpikan seseorang yang tidak menyenangkan. Mimpikan orang yang kita tak suka bukan sahaja ganggu kita dalam mimpi, tapi juga di dunia nyata.

Isnin, 2 September 2013

Harga RON95, Diesel Naik 20 Sen Mulai Esok


Pegawai KPDNKK kata tiada berita tentang kenaikan harga petrol dan RON95 malam ni. Itu petang tadi…tetiba masa kayuh balik rumah dari kerja, Berita Radio jam 7 bagi tau berlaku kenaikan harga petrol RON95 dan diesel bermula jam 12 tengah malam ni.

Balik rumah, terus buka akhbar online. Mmmmmm memang sah berlaku kenaikan harga petrol dan disel sebanyak 20 sen. Dua puluh sen SAHAJA kata mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dahpun mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini, kononnya sebagai salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Mulai esok, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2. Sekarang ni kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, dengan jumlah bahan api yang diperuntukkan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Komen aku: Ala 20 sen je pun kan? Apalah sangat dengan kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen tu...Kita kan kena ada semangat patriotik. Kalau nak bandingkan harga petrol dan diesel tu, kat Zimbabwe sana tu kan, lagi mahal tau! Kat Negara kita ni kira yang paling murah tu…

Terima kasih Perdana Menteri. Esok kita pakat pi beli basikal ya…