Jumaat, 5 Julai 2013

Bila Hati Kehilangan Kata-kata




Apa lagi yang tinggal?




Sabtu, 29 Jun 2013

Kelantan Juara Piala FA 2013


Setelah berhempas pulas luruh keringat di medan pertempuran ceeewahhhh, macam pi Lahad Datu pulak ya...akhirnya Juara Piala FA 2013 sudah diketahui. Persoalan siapa juara piala FA 2013 sudah terjawab.

Kami hanya Kidjang, tapi kami berjaya tumpangkan harimau...kami ada penyokong yang cekal meredah hutan dan bukit sambil mengibarkan bendera semata-mata memberi kami kekuatan.


Juara Piala FA 2013 adalah Kelantan The Red Warriors 1-0 dengan JDT

Gol pertama: Norfarhan Mohammad (minit ke 15)



Aku suka dengan lompatan Khairul Fahmi Che Mat @ Apek pada minit 67. Tinggi betul dia lompat.


Malam ni, ramai betul pemain Kelantan jatuh gedebak gedebuk ya, macam nangka busuk pulak...tak apa, tingkatkan semangat kesukanan kalian ya!

Masa kecederaan 5 minit.



Tahniah kepada sang juara, Tahniah Kelantan TRW, Tahun depan, insha Allah jumpa lagi ya....jangan serik.

Tahniah juga kepada penyokong kedua-dua pasukan. Sila sporting ya....sila tingkatkan semangat kesukanan.

Video penyampaian hadiah kejuaraan piala FA 2013;



 Esok, sepanjang jalan dari KL ke KB, walaupun melalui negeri Pahang...namun, percayalah. Mereka, penyokong pasukan Kelantan yang berarak berkonvoi ini akan menerima sambutan yang luar biasa meriahnya. Sepanjang jalan ya...

Aku pernah alaminya dulu...menyaksikan semangat sambutan sebegitu, berdiri bulu romaku. Malah, menitik air mata ya. Silalah baca pengalaman aku untuk sambutan final lepas. Dalam bahasa kelantan sepenuhnya kat situ. kalau nak baca dalam dua versi, boleh baca di entri Merai kemenangan pasukan bola sepak Kelantan.

Kepada semua penyokong TRW yang akan balik kampung esok, sila berhati-hati di jalan raya ya.

PssssT: Sangat terharu tengok sorang atuk tu, pakai smuntal... nangis-nangis TRW menang. Terharu lah tok, sanggup terjah stadium. Ambo hak dok dekat dengan Bukit Jalil ni pun tak gi, tok...




Kelantan Ke JDT Juara Piala FA 2013


Sejak semalam, pening telinga dok dengar pasal perlawanan final @ akhir Piala FA. THR Gegar yang hangat di Pantai Timur dok gegarkan penyokong untuk sama-sama menyokong. THR GEGAR bergabung dengan radio era...biasalah, mereka ada cara sendiri untuk tarik peminat. THR GEGAR sokong Kelantan, Era sokong JDT. Mana-mana kumpulan yang kalah, DJ kena denda hu hu hu kreatif!




Bo Lawe Staro Demo, aku suka lagu ni:





Status memasing di FB pun tak menahan. Ada yang letak gambar tanda sokongan kepada pasukan masing-masing, ada yang letak status. Gerampun ada ya dak? Macam pelik je bila tetiba harga tiket RM40 asalnya, hari ni ada yang jual RM120. Cer bilang berapa kali ganda? 

Konvoi!  Setiap tahun memang ada bila berjaya ke final.


kredit FB penyokong TRW

 di R&R Gua Musang...sebenarnya sepanjang jalan ke Bukit Jalil akan nampak macam ni untuk 3 hari ni...
kredit FB Negeri Cik Siti WanKembang

Persoalannya: ulat itu belaan siapa?
Bila nak jual tiket onlne pulak?

Bermula dengan tawaran RM1000 ditawarkan FAM kepada sesiapa yang berjaya menangkap pencetus pergaduhan dalam perlawanan final @ akhir, tetapi kemudiannya tawaran ganjaran kepada penangkap itu dibatalkan. Saat itu kemeriahan perlawanan final @ akhir piala FA 2013 dah nampak.

Cerita lagi menarik bila tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir @final Piala FA malam ni habis dijual dalam masa 10 minit di stadium Muhammad ke IV menyebabkan orang ramai yang dah beratur sejak lepas subuh mengamuk tak dapat tiket. Mmmmmm masa jual tiket di stadium bukit jalil pun keadaan kelam kabut juga tapi masih terkawal. Paling tidak, sejam juga baru habis tiket tu kan?

berebut tiket di Bukit Jalil

Sepanjang aku terjebak dengan bola sepak negara yang selalu turun naik dan berubah-ubah cuacanya ni, bagi aku, tahun ni saingan perlawanan final antara TRW dan JDT memang sengit. Sengitnya tu bukan sahaja antara dua pasukan, tapi penyokongnya juga. Gomo Kelate Gomo!

Paling hebat bila berlaku rusuhan semasa perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang dan JDT di stadium darul makmur. Hebat! Cuba tengok rakaman video pergaduhan semasa perlawanan tu...Siapa kata orang Kelate je gedebe!

Pemain pasukan Kelantan yang akan menetang JDT pada perlawanan akhir Piala FA di raikan pengurusan Karangkraf, Temubual wartawan Sinar Harian Online dengan pemain utama pasukan Kelantan menjelang perlawanan akhir Piala FA 2013;




Perlawanan final @ akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini akan menjanjikan aksi sengit bagi kedua-dua pasukan, Johor Darul Takzim (JDT) dan Kelantan (TRW). PENJAGA gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berikrar untuk memastikan gawang pasukan itu tidak dibolosi skuad Harimau Selatan pada perlawanan final. Chaiyokkkk! Apek!

Kelantan kena kerja keras untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA 2013 musim ini, manakala JDT dengan misinya untuk “luaskan kuasamu”. Namun, aku bangga dengan penyokong pasukan Trengganu dan Penyokong Pasukan Pahang, bila dah perlawanan final macam ni, mereka sokong Kelantan The Red Warriors;


Komen aku: kepada penyokong Kelantan The Red Warriors, apapun yang berlaku sama ada Kelantan menjadi Juara Piala FA 2013 dan Berjaya bawa balik piala itu ke Tanah Sekebun Bunga atau tidak, silalah tingkatkan semangat kesukanan.

PsssT: Dengar cerita, pintu stadium dan kena pecah jam 3.30 petang tadi... ada sesiapa tahu? Sila email gambar bukti ya. Nak tengok gambar terkini dari Stadium Bukit Jalil menjelang perlawanan akhir @ final Piala FA, bolehlah ke blog Indah.com ya...




Khamis, 27 Jun 2013

Jerebu di Hati Siapa Nak Siram?

OK...tajuk tak leh blah! Tapi, ada aku kesah?

Alhamdulillah. Dua hari hujan, walaupun taklah lebat sangat. Paling tidak dah berkurang partikel terampai di ruang udara. Lega sedikit tekak dan ruang pernafasan. Dada pun rasa lapang sikit hari ni.

Tak kesahlah kalau Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) tak mahu minta maafpun kat Singapura dan Malaysia setelah meracun kami, tak hadappun dengan maaf orang berlagak lagu tu. Tahun depan jangan dok kata buat jerebu macam ni lagi dah la…tapi memang komfom pun akan ada. Kalau tak percaya, tunggu je lah tahun depan kalau nyawa masih panjang. Mana tahu, lepas ni ramai orang Malaysia dapat batuk kering, PADAm cepat, tak sempatlah nak tengok orang berlagak lagi.

Selebar-lebar dan seluas-luas Sumatra tu, kerajaan Indonesia hanya mampu tahan 8 orang sahaja (ada akhbar tulis 10 orang…acara membilang orang yang sebegitu ramaipun tak lulus huh u huhu)…itupun petani. Lapan petani itu dikatakan membuat pembakaran secara haram di pulau Sumatera untuk membersihkan tanah sehingga berlakunya kejadian jerebu tebal di beberapa bahagian di Indonesia, Singapura dan Malaysia, lapor The Jakarta Post. Ohhhh!

Seorang daripada suspek yang ditahan itu sengaja membakar kawasan tanah gambutnya seluas 60 hektar di daerah Rokan Hilir untuk membuka kawasan itu, namun api kemudian tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan kawasan tanah lain seluas lebih 400 hektar turut hangus terbakar. Kejadian itu menimbulkan kepulan asap tebal sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 276 keluarga penduduk sekitar terpaksa dipindahkan kerana kualiti udara di kawasan itu terjejas teruk. Cuba buat gini di Kelantan, salah hari ko pulak kena bakoooo hu hu huhu

Kalau ikutkan lebih kurang 1,100 penduduk terpaksa melarikan diri dari perkampungan Rantau Bais dan Bangko Pusako di wilayah Riau kerana asap 'acrid' daripada pembakaran paya gambut dan ladang kelapa sawit berdekatan menyukarkan pernafasan. Hanya 8 orang tu je terlibat hingga satu Asia tenggara telan habuk? Hebat betul petani berlapan itu! Gamaknya, P.Ramli ingatkan 6 orang sahaja, sebab tu dia buat filem 6 Jahanam. Rupanya 8….ke 10? Mana-mana ajelah!

Menurut pakar di Indonesia, kebakaran berpunca api yang muncul disebabkan oleh faktor semula jadi dan manusia. Mmmmmm tetiba je api keluar dari bumi ya….maklumlah Indonesia kan terletak dalam lingkaran api pasifik. Sebab lingkaran api tu lah tanahnya subur dan syarikat Malaysia boleh buat ladang kelapa sawit kat sana. Kalau tak ada lingkaran api pasifik tu, mana boleh tanam kelapa sawit kan? Sebab tu lah kelapa sawit kat Malaysia ni tak subur, tak ada api bawah tanah! Huh! Sesiapa percaya, silalah pi terjun lombong. Itu pun tak tau!

Setiap tahun, kebakaran hutan berlaku di Sumatera dan pulau Borneo. Kerajaan Indonesia biasanya menyalahkan pemilik ladang dan petani tradisional yang membuat pembakaran haram sebagai cara yang murah untuk membersihkan tanah. Minggu lepas depa kata syarikat ladang dari Malaysia dan Singapura yang bakar. Minggu ni, Sime Darby Plantations mengesahkan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia selepas mengkaji data titik panas bagi tempoh 25 Mei hingga 25 Jun 2013.

Data itu daripada agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan peta sistem kedudukan global syarikat berkenaan bagi kawasan konsesi di bawah PT Tunggal Mitra Plantation (PT TMP) dan PT Bhumireksa Nusa Sejati (PT BNS) di Riau, Indonesia. Mmmmmm apa-apalah! Tunjuk je lah kat petani 8 orang tu yang hanguskan seluas kira-kira 2,000 hektar (4,942 ekar). Gambar satelit mengesan kira-kira 200 kebakaran di ladang-ladang di kawasan itu.

Setakat ini, kebakaran hutan dan tanah gambut di Riau, Sumatera sejak seminggu lepas meragut satu lagi nyawa apabila seorang pekebun kelapa sawit, Dulsani Purba dari daerah Bengkalis, meninggal dunia pada Selasa petang setelah seminggu dirawat di Hospital Awal Bros Pekanbaru, Riau. Dulsani, melecur di sebahagian besar badan selain banyak terhidu asap ketika dia dan isterinya Laniem, terperangkap di tengah kebakaran semasa cuba menyelamatkan buah sawit di kebun mereka di daerah Kecil Tanah Putih, Rokan Hilir pada 18 Jun lalu. Isterinya terlebih dahulu meninggal dunia akibat kejadian itu.


Kesimpulannya: Kerajaan Indonesia TIADA undang-undang untuk mendakwa pembakar HARAM ini?

Opsssss! Kat rimba pun ada undang-undang, kat sini tak adalah pulak!


SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)


Kepada semua bakal guru yang sedang ternanti-nanti kat mana mereka akan ditempatkan untuk mengajar bermula 1 Julai 2013 nanti, keputusannya dan keluar. Dah boleh buat SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG41 LANTIKAN TETAP 1 JULAI 2013

 Ini adalah untuk penempatan cikgu siswazah (PPPS) lantikan tetap ya. Sekarang ni masih ada tak jawatan cikgu sementara atau cikgu ganti ya? Dah lama pulak tak ambil tahu pasal kerjaya cikgu ni...maklumlah, daku tak layak jadi cikgu. Kang datang angin puting beliung, roboh satu sekolah kena hentak hu hu hu 

Sebab tu aku kagum dengan cikgu. Tabik spring toing toing dengan cikgu yang sangat sabar melayan kerenah pelajar, guru-guru dan ibu bapa ;)

Silalah ke link Kementerian Pendidikan tersebut untuk menyemak ya.

Selamat bertugas, cikgu. Selamat berbakti kepada Negara. Selamat mendidik anak bangsa.