Memaparkan catatan dengan label punca jerebu 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label punca jerebu 2013. Papar semua catatan

Khamis, 27 Jun 2013

Jerebu di Hati Siapa Nak Siram?

OK...tajuk tak leh blah! Tapi, ada aku kesah?

Alhamdulillah. Dua hari hujan, walaupun taklah lebat sangat. Paling tidak dah berkurang partikel terampai di ruang udara. Lega sedikit tekak dan ruang pernafasan. Dada pun rasa lapang sikit hari ni.

Tak kesahlah kalau Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) tak mahu minta maafpun kat Singapura dan Malaysia setelah meracun kami, tak hadappun dengan maaf orang berlagak lagu tu. Tahun depan jangan dok kata buat jerebu macam ni lagi dah la…tapi memang komfom pun akan ada. Kalau tak percaya, tunggu je lah tahun depan kalau nyawa masih panjang. Mana tahu, lepas ni ramai orang Malaysia dapat batuk kering, PADAm cepat, tak sempatlah nak tengok orang berlagak lagi.

Selebar-lebar dan seluas-luas Sumatra tu, kerajaan Indonesia hanya mampu tahan 8 orang sahaja (ada akhbar tulis 10 orang…acara membilang orang yang sebegitu ramaipun tak lulus huh u huhu)…itupun petani. Lapan petani itu dikatakan membuat pembakaran secara haram di pulau Sumatera untuk membersihkan tanah sehingga berlakunya kejadian jerebu tebal di beberapa bahagian di Indonesia, Singapura dan Malaysia, lapor The Jakarta Post. Ohhhh!

Seorang daripada suspek yang ditahan itu sengaja membakar kawasan tanah gambutnya seluas 60 hektar di daerah Rokan Hilir untuk membuka kawasan itu, namun api kemudian tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan kawasan tanah lain seluas lebih 400 hektar turut hangus terbakar. Kejadian itu menimbulkan kepulan asap tebal sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 276 keluarga penduduk sekitar terpaksa dipindahkan kerana kualiti udara di kawasan itu terjejas teruk. Cuba buat gini di Kelantan, salah hari ko pulak kena bakoooo hu hu huhu

Kalau ikutkan lebih kurang 1,100 penduduk terpaksa melarikan diri dari perkampungan Rantau Bais dan Bangko Pusako di wilayah Riau kerana asap 'acrid' daripada pembakaran paya gambut dan ladang kelapa sawit berdekatan menyukarkan pernafasan. Hanya 8 orang tu je terlibat hingga satu Asia tenggara telan habuk? Hebat betul petani berlapan itu! Gamaknya, P.Ramli ingatkan 6 orang sahaja, sebab tu dia buat filem 6 Jahanam. Rupanya 8….ke 10? Mana-mana ajelah!

Menurut pakar di Indonesia, kebakaran berpunca api yang muncul disebabkan oleh faktor semula jadi dan manusia. Mmmmmm tetiba je api keluar dari bumi ya….maklumlah Indonesia kan terletak dalam lingkaran api pasifik. Sebab lingkaran api tu lah tanahnya subur dan syarikat Malaysia boleh buat ladang kelapa sawit kat sana. Kalau tak ada lingkaran api pasifik tu, mana boleh tanam kelapa sawit kan? Sebab tu lah kelapa sawit kat Malaysia ni tak subur, tak ada api bawah tanah! Huh! Sesiapa percaya, silalah pi terjun lombong. Itu pun tak tau!

Setiap tahun, kebakaran hutan berlaku di Sumatera dan pulau Borneo. Kerajaan Indonesia biasanya menyalahkan pemilik ladang dan petani tradisional yang membuat pembakaran haram sebagai cara yang murah untuk membersihkan tanah. Minggu lepas depa kata syarikat ladang dari Malaysia dan Singapura yang bakar. Minggu ni, Sime Darby Plantations mengesahkan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia selepas mengkaji data titik panas bagi tempoh 25 Mei hingga 25 Jun 2013.

Data itu daripada agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan peta sistem kedudukan global syarikat berkenaan bagi kawasan konsesi di bawah PT Tunggal Mitra Plantation (PT TMP) dan PT Bhumireksa Nusa Sejati (PT BNS) di Riau, Indonesia. Mmmmmm apa-apalah! Tunjuk je lah kat petani 8 orang tu yang hanguskan seluas kira-kira 2,000 hektar (4,942 ekar). Gambar satelit mengesan kira-kira 200 kebakaran di ladang-ladang di kawasan itu.

Setakat ini, kebakaran hutan dan tanah gambut di Riau, Sumatera sejak seminggu lepas meragut satu lagi nyawa apabila seorang pekebun kelapa sawit, Dulsani Purba dari daerah Bengkalis, meninggal dunia pada Selasa petang setelah seminggu dirawat di Hospital Awal Bros Pekanbaru, Riau. Dulsani, melecur di sebahagian besar badan selain banyak terhidu asap ketika dia dan isterinya Laniem, terperangkap di tengah kebakaran semasa cuba menyelamatkan buah sawit di kebun mereka di daerah Kecil Tanah Putih, Rokan Hilir pada 18 Jun lalu. Isterinya terlebih dahulu meninggal dunia akibat kejadian itu.


Kesimpulannya: Kerajaan Indonesia TIADA undang-undang untuk mendakwa pembakar HARAM ini?

Opsssss! Kat rimba pun ada undang-undang, kat sini tak adalah pulak!