Khamis, 13 Jun 2013

Bukan Otak Aku Je Penuh...Otak Dia Lagiiiiii Sendat!


Semalam godek kepala otak komputer kat ofis, dah berbulan bila guna akan HANG. Bila on, boleh pergi merata, datang semula 15 minit kemudian...masih belum habis lagi dia dok baca apa ke benda tah dalam kepala otak dia tu...macam sempit sangat dah otak dia. Nak buka fail word pun ambik masa 3 minit. Nak save satu ayat, ambik masa 2 minit. Bila masa nak siap kalau begitulah kelajuannya?

Berapa lama nak tahan kalau buat kerja atas katil comeyku terlalu hampir dengan selimut lembut gambar kartun aku tu...kang asyik nak tarik bantal, tarik selimut pula...bil melambung siapa nak bayar?

Cer tengok kepala otak dia...ini selepas dah buang banyak benda;


Setelah memadamkan lebih 1714 fail, sapu habuk sana sini, sembur pewangi, penyegar bagai, kemudian defrag....hanya sebanyak ini sahaja yang mampu aku kemas dan sendatkan otak dia. [Fuhhhhh! janganlah pulak ada yang sembur penyegar udara AirWick dalam tu dah la ya...].

Sepatutnya komputer ni dah kena lupus, dah lebih 5 tahun...tapi peruntukan tak ada. Beratus orang tengah beratur tunggu giliran. Aku pun heran, kenapa pihak pengurusan tak bagi je setiap orang external disk yang besau sikit kepala otaknya. 500 GB dah ok, kalau dapat 1T mesti lagi okey. Semua data aku boleh simpan kat situ, tak payah letak dalam perut dia ni...azab dia nak baca tiap kali on.

Kita hanya manusia kecil, cadang BAPAK punya ideapun bukannya orang nak ambik kira. Nak buang semua fail tu, khazanah tu payah nak jumpa. Zaman Parameswara lagi tu...kalau google pun banyak dah yang dah tak ada online. Bila nak pakai semula, mana nak cari?

Semoga dia mampu bertahan untuk setahun dua lagi. kalau aku TERkaya sedikit masa lagi, aku beli external hardisk 1T tu ya...boleh hampuk simpan kat situ juta-juta fail, e-bok, video, lagu bagai....Opssss! Cik Bintang, kat dalam perut ni dah tak ada lagi lagu-lagu kegemaranku, dah buang KECUALi lagu Suluk. Yang tu tak boleh buang, payah nak jumpa. Kena pi Semporna baru boleh dapat hu hu hu


Rabu, 12 Jun 2013

Cuti Peristiwa Sempena Final Piala FA


Ini yang aku suka pasal negeri paling miskin di Malaysia ni…negeri mana lagi kalau bukan negeri Kelantan.

Hari ni, Kerajaan Kelantan mengumumkan 30 Jun ini sebagai cuti peristiwa sempena kemaraan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) ke peringkat akhir Piala FA. Sila ingat ya…29 Jun nanti Kelantan TRW bakal bertarung dengan JDT di Bukit Jalil ya. Menang atau kalah, rakyat kelantan dapat cuti 30 Jun ya...

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini. Cuti berkenaan membolehkan para penyokong Kelantan pulang dengan selamat dan tidak tergesa-gesa selepas menyaksikan perlawanan akhir itu.

Kelantan selaku juara bertahan Piala FA layak ke pentas akhir selepas menyingkirkan seteru tradisi, Terengganu dengan agregat 6-5. Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) mara ke akhir Piala FA selepas menumbangkan Pahang menerusi kelebihan jaringan tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Saingan kali ni tentulah sengit. Ada banyak sebabnya. Namun, aku sangat bangga bila penyokong Trengganu dan penyokong Pahang pun turut sokong Kelate TRW kali ni.

Gomo Kelate Gomo….aku nak tulis panjang lagi, tapi lebih baik aku berhenti dulu di sini sebelum ayat-ayat seterusnya itu mengguris perasaan entah berapa ramai orang.



Isnin, 10 Jun 2013

10 Model Kereta Turun Harga


Malas nak tulis panjang, hanya nak letak senarai 10 model kereta yang telah alami penurunan harga bagi fasa pertama, iaitu:

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

seksi tak?


Penurunan harga kereta tertinggi adalah model Peugeot 308 sebanyak 11 peratus, dan Volkswagen Golf sebanyak 7.1%. gamaknya mampu tak nak beli ni?
 
Dapat punggah balik Honda Jazz Hibrid pun dah okey kan?



Jommmm bazirkan reta benda beli kereta!

Bini Orang Jugak Dia Intai


Perangai orang memang macam-macam. Dalam ramai-ramai perempuan, entah kenapa bini orang jugak yang dia nak ngurat.

Dah jadi budaya ke zaman sekarang ni? Kalau tak ngurat suami orang, ngurat pulak bini orang.

Kalau ngurat suami orang, paling tidak masih juga ada peluang untuk halalkan hubungan dengan perkahwinan. Hanya nanti, digelar perampas. Namun, di sisi Allah dah halal.

Bila ngurat bini orang, isteri orang itu hanya untuk skandal sahajakah? Main-main sahaja? Ada jugak ke bini orang sudi diurat?

Aku tak ada jawapan untuk semua persoalan itu. Silalah jawab sendiri ya.

Komen aku: Dirikan masjid tu kerja mulia, tapi usahlah pula kita bangunkan di bawah runtuhan istana orang lain. Mmmmmmm dah habis gamaknya anak dara ya, hingga kena intai-intai bini orang.

Opssssss!



Ahad, 9 Jun 2013

Latifah Omar Meninggal Dunia


DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Belum lagi reda dengan pemergian tokoh S.Samsudin @ Sudin, hari ini Negara kehilangan seorang lagi senewati Negara, si jelita bertahi lalat di sudut bibir, Latifah Omar. Arwah sudah menjalani dua pembedahan dan disahkan meninggal jam 6.19 petang pada usia 74 tahun.


Arwah Latifah Omar dilaporkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) petang tadi setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUKM selepas menjalani pembedahan pada pukul 2 petang semalam akibat penyakit ulser. Seniwati yang merupakan pelakon era tahun 1950-an itu sebelum ini telah menjalani pembedahan pada bahagian perutnya dan tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut.

Pelakon veteran Latifah Omar dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah pada Khamis lalu sebelum dibawa ke hospital. Sebelum dimasukkan ke HUKM, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Islam Kampung baru namun dipindahkan ke HUKM ekoran kos perubatan terlalu tinggi.


Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Isnin. (ada laporan mengatakan Jenazah akan dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Ampang yang turut semadikan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan beberapa seniman serta seniwati lain).

Selamat Tinggal...malam dan keindahannya
 Filem: SUMPITAN RACHUN (1961) Cathay-Keris, lakonan Latiffah Omar (suara Saloma)



Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.



Filem: MERANA (1954) Malay Film Productions: lakonan Latifah Omar (suara Normadiah)

Sebenarnya aku lebih suka lagu dalam filem Bawang Puteh Bawang Merah, tapi dalam filem tu, arwah berkemban...tak sesuai untuk aku letak kat sini. Lagu ni best apa...selamat beradu nanda ;)

Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnn.

Tahniah juga kepada Farid Kamil dan Diana Danielle yang dah menimang cahaya mata lelaki mereka. Tak perlu rasanya nak buat spekulasi pelbagai. Doakan mereka sentiasa bahagia dan rumahtangga mereka dirahmati. 

Persoalannya, betul ke Diana Danielle dah bersalin? Betul ke gambar yang tersebar itu adalah anak Farid Kamil? cerrr jawab!