Isnin, 10 Jun 2013

10 Model Kereta Turun Harga


Malas nak tulis panjang, hanya nak letak senarai 10 model kereta yang telah alami penurunan harga bagi fasa pertama, iaitu:

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

seksi tak?


Penurunan harga kereta tertinggi adalah model Peugeot 308 sebanyak 11 peratus, dan Volkswagen Golf sebanyak 7.1%. gamaknya mampu tak nak beli ni?
 
Dapat punggah balik Honda Jazz Hibrid pun dah okey kan?



Jommmm bazirkan reta benda beli kereta!

Bini Orang Jugak Dia Intai


Perangai orang memang macam-macam. Dalam ramai-ramai perempuan, entah kenapa bini orang jugak yang dia nak ngurat.

Dah jadi budaya ke zaman sekarang ni? Kalau tak ngurat suami orang, ngurat pulak bini orang.

Kalau ngurat suami orang, paling tidak masih juga ada peluang untuk halalkan hubungan dengan perkahwinan. Hanya nanti, digelar perampas. Namun, di sisi Allah dah halal.

Bila ngurat bini orang, isteri orang itu hanya untuk skandal sahajakah? Main-main sahaja? Ada jugak ke bini orang sudi diurat?

Aku tak ada jawapan untuk semua persoalan itu. Silalah jawab sendiri ya.

Komen aku: Dirikan masjid tu kerja mulia, tapi usahlah pula kita bangunkan di bawah runtuhan istana orang lain. Mmmmmmm dah habis gamaknya anak dara ya, hingga kena intai-intai bini orang.

Opssssss!



Ahad, 9 Jun 2013

Latifah Omar Meninggal Dunia


DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Belum lagi reda dengan pemergian tokoh S.Samsudin @ Sudin, hari ini Negara kehilangan seorang lagi senewati Negara, si jelita bertahi lalat di sudut bibir, Latifah Omar. Arwah sudah menjalani dua pembedahan dan disahkan meninggal jam 6.19 petang pada usia 74 tahun.


Arwah Latifah Omar dilaporkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) petang tadi setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUKM selepas menjalani pembedahan pada pukul 2 petang semalam akibat penyakit ulser. Seniwati yang merupakan pelakon era tahun 1950-an itu sebelum ini telah menjalani pembedahan pada bahagian perutnya dan tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut.

Pelakon veteran Latifah Omar dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah pada Khamis lalu sebelum dibawa ke hospital. Sebelum dimasukkan ke HUKM, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Islam Kampung baru namun dipindahkan ke HUKM ekoran kos perubatan terlalu tinggi.


Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Isnin. (ada laporan mengatakan Jenazah akan dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Ampang yang turut semadikan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan beberapa seniman serta seniwati lain).

Selamat Tinggal...malam dan keindahannya
 Filem: SUMPITAN RACHUN (1961) Cathay-Keris, lakonan Latiffah Omar (suara Saloma)



Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.



Filem: MERANA (1954) Malay Film Productions: lakonan Latifah Omar (suara Normadiah)

Sebenarnya aku lebih suka lagu dalam filem Bawang Puteh Bawang Merah, tapi dalam filem tu, arwah berkemban...tak sesuai untuk aku letak kat sini. Lagu ni best apa...selamat beradu nanda ;)

Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnn.

Tahniah juga kepada Farid Kamil dan Diana Danielle yang dah menimang cahaya mata lelaki mereka. Tak perlu rasanya nak buat spekulasi pelbagai. Doakan mereka sentiasa bahagia dan rumahtangga mereka dirahmati. 

Persoalannya, betul ke Diana Danielle dah bersalin? Betul ke gambar yang tersebar itu adalah anak Farid Kamil? cerrr jawab!


 


Jumaat, 7 Jun 2013

Video Selepas Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang


Selepas 12 jam runtuhan....usaha pembersihan sedang dilakukan.



Ini laporan Metro yang mereka rakamkan semalam, selepas runtuhan.



Sama-sama kita doakan semoga pihak terbabit yang bertungkus lumus bersihkan kawasan ni dan operasi menyelamat sebuah kereta yang masih terperangkap di bawah runtuhan berjalan lancar. Moga semua kerja-kerja tu dimudahkan.

Tak perlu kot nak babitkan semua ni dengan macam-macam hal termasuk politik. Tak perlu tuding jari kepada pihak lain kalau takat nak sedapkan cerita di kedai kopi masa gebang pepagi, padahal tak sedarpun kita sendiri dah TERambil masa kerja.

Biarlah kita jadikan tragedi ni sebagai iktibar. Banyak iktibarnya kepada semua orang.




Nak tengok lebih banyak gambar dari lokasi runtuhan jambatan kedua pulau pinang? Silalah baca Blog Mazidul. 




Bila Kena Ngurat Dengan Budak Bawah Umur


Alahaiiiiiii!

Namapun budak bawah umur….barangkali lap hinguspun belum bersih lagi, tapi pra-san dah besar. Pra-san dah boleh mengurat anak orang. Sayangnya, salah urat. Yang dok pi urat makcik macam aku ni apa hal?

Aku kagum dengan kegigihan dia. Tak pernah jemu nak dapatkan perhatian dan kasih sayang. Walaupun dah cakap “makcik ni dah tua nak…carilah kawan remaja sikit nak bersenda gurau,” namun nyatanya, entah kenapa dia seronok pula bermain kata mohon berbalas rasa dengan sang makcik.

Bila dah usia sebegini, perasaan untuk melayan cerita budak-budak awal remaja begitu memang tak ada langsung. Hingga rasa terganggu pulak. Makcik ni banyak kerja nak buat, nak...tidurpun tak cukup dok menunaikan amanah! Nak aje bagi dua posen "nak pi main jejauh!"


Payah jugak bila kena urat dek budak bawah umur ni. Bagi tahu secara berhemahpun bukannya dia faham. Berterus terang bagi ayat paling mudahpun, masih juga tak reti-reti. Tak kan nak kena maki hamun bagai kot.

Nyatanya, budak-budak bawah umur zaman sekarang ni yang pra-san “dia dah besar” itu ada masanya mengguris hati tuaku. Ohhhhhh! Tetiba hari ni rasa dah tua. Biasanya rasa macam remaja 18 tahun.

Tolonglah, nak!
Usah panggil orang lain, walaupun rakan seusiamu dengan panggilan “hoi…hoi…” kalau dikau dihadapanku, nescaya ….berterabur gigi kena lempang!