Khamis, 30 Mei 2013

Senarai Penumpang Bot Karam Yang Masih Hilang


Susulan kejadian bot karam di Sungai Rajang, berikut senarai nama 11 penumpang yang masih hilang yang dikeluarkan oleh polis Sarawak.

Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan dua perempuan berusia lingkungan 20 hingga 40-an.

1. Anuar Margaret (lelaki)

2. Akong Empam (lelaki)

3. Handry Linggi (lelaki)

4. Mejerin Bantan (perempuan)

5. Ricky Sunus (lelaki)

6. Robert Angih (lelaki)

7. Roslin Jati (perempuan)

8. Simon Patrick (lelaki)

9. Tommy Ubing (lelaki)

10. Welson Lat (lelaki)

11. Wesly Belaja Nelson (lelaki)


Kemaskini:

Menurut Bernama, Sebelas penumpang bot ekspres ini berjaya diselamatkan, menjadikan jumlah penumpang yang terselamat dalam tragedi itu 192 orang, kata Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau.

Kumpulan terbaru mangsa itu diselamatkan lewat malam tadi oleh sebuah tongkang yang lalu di kawasan itu dan kemudiannya dibawa ke pusat perlindungan sementara di sebuah rumah panjang berhampiran lokasi kejadian



Rabu, 29 Mei 2013

Mior Juara Kilauan Emas Musim Ke 3


Ramai tak peminat rancangan realiti TV Kilauan Emas?

Aku? Kadang-kadang je tengok. Tak teruja mana bila tengok kadang-kadang gitu. Tapi final konsert Kilauan Emas aku tengok juga. Itupun selepas habis The Apprentice Asia, ada ramai jejaka hensem di situ huh u hu

Apa yang best, sebab ada Dato’ Shake yang maintain hensem la la la

Empat peserta akhir Kilauan Emas adalah Idris, Silah, Mior dan Alina bertarung hebat untuk menjadi juara

Jadi siapakah juara Kilauan Emas musim ke 3 kali ini? Nama juara dah ada pada tajuk entri huh u hu malas nak taip banyak kali la la la

Juara bakal membawa pulang trofi Kilauan Emas, wang tunai RM50 ribu, gitar, langganan majalah Midi selama setahun dan sebuah kereta Nissan livina.


Video Kekecohan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA antara Pahang dan JDT


Berikut adalah rakaman video saat-saat awal berlaku kekecohan di Stadium Darul Makmur di Kuantan malam tadi, menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) tertangguh selama 90 minit, kemudiannya ditunda:





Dari Astro:




Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kejadian kekecohan penonton semasa perlawanan separuh akhir kedua piala FA antara Pahang dan JDT yang dikumpulkan dalam bentuk video:




Kat bawah ni video penyokong pasukan Trengganu keluar dari Stadium selepas perlawanan separuh akhir kedua antara pasukan Kelantan dan Trengganu petang semalam. Aku sangat percaya tak banyak video ini disebarkan kerana bila libatkan pasukan Kelantan, hanya kejahatan penonton dan penyokong kelantan sahaja yang orang ambil tahu atau sengaja dibesar-besarkan.



Komen aku: tak perlu komen lagi kot...kang ada pulak pihak rasa hati hu hu huhu


Penonton Pahang-JDT Perang Atas Padang


Tajuk hanya nak panaskan pagi yang mendung je…sebenarnya atromen yang perang atas padang. Sila percaya!

Bola punya pasal…
Di Malaysia ni memang istimewa. Bila beli tiket untuk melihat perlawanan bola sepak, kira satu pakej dengan acara baling membaling. Selama ni, pasukan Kelantan yang selalu kena, kononnya penyokong tak berdisiplin yang adakalanya sengaja disalahkan.

Kali ini, bila berlaku di Pahang, tetiba ada jugak yang salahkan penyokong Kelantan yang buat onar…tiba-tiba aku gelak besar sebab “dari celah mana pulak penyokong Kelantan datang” tah. Huih! Memang hebatlah penyokong Kelantan nak pergi sokong JDT, gamaknyalah!

Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk. Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.

Awalnya, wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, tetapi kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT, menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera.


Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (DT) malam tadi terpaksa dibatalkan selepas berlaku kekecohan penonton yang menyaksikan lebih 7,000 penyokong membanjiri trek Stadium Darul Makmur, dan beberapa orang tercedera akibat balingan objek keras.

Persoalannya: macam mana boleh berlaku lebihan penonton. Bukan sikit, 7 ribu tu!



Berdasarkan peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), setiap perlawanan tidak boleh dilangsungkan jika ada penonton duduk terlalu hampir dengan padang kerana dibimbangi bakal mencetuskan keadaan tidak selesa pemain terutama membabitkan keselamatan masing-masing.

Kalau ada yang perasan, Semalam, FAM telah mengumumkan berkemungkinan pasukan Kelantan akan bermain tanpa penyokong di Stadium Muhammad IV pada perlawanan akan datang sekiranya Kafa gagal mengawal tingkah laku penyokongnya.

Kafa didenda RM62,500 atas empat pertuduhan yang membabitkan keselamatan sewaktu perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim pada 15 Januari lalu, iaitu:

- Denda RM20,000 kerana membaling mercun dalam stadium
- Denda RM2,500 kerana penonton membaling objek ke dalam padang
- Denda 20,000 penyokong Kelantan membaling objek kepada penyokong Johor
- Denda RM20,000 kerana gagal mengambil langkah keselamatan dalam stadium


Pertanyaan aku: Ooooo ini yang perlawanan JDT bawak komando masuk stadium tu ya? JDT tak kena denda pulak ya? Aku tanya ni tau...sila jawab. 

Errrr…semalam JDT tak bawak komando ka ke Kuantan? Itu pasallah pelawanan tunda. Lain kali kena bawak Komando tu…baru boleh lawan. Fuhhhhhhh! Aku tengah bayang ni apa jadi kalau ada pasukan Komando…penuh keliling padang dengan komando, jadi perlawanan boleh berlangsung. Tak payah tangguh-tangguh dah. Tak ada baling membaling. Sesiapa yang buat aksi membaling bakal ditembak dengan M-16 haaaaaa boleh bayangkan?

Sebenarnya, dalam entri ni aku nak tulis: Aku sangat kagum dengan semangat penyokong pasukan Kelantan yang hebat itu. Bila menang, bukan main hebat lagi sokongan padu penyokong pasukan kelantan, bila kalah pun hebat juga hu hu hu 

Errrr....Tahniah Kelantan, menang petang semalam dalam perlawanan separuh akhir ke dua dengan Trengganu.


Selasa, 28 Mei 2013

Tragedi Bot Karam Di Belaga, Sarawak?


Ada sesiapa mempunyai maklumat tentang Tragedi Bot Karam Di Belaga, Sarawak yang berlaku pagi tadi tak?

Kononnya berlaku satu tragedi berlaku melibatkan bot ekspres telah karam di Belaga kerana membawa penumpang berlebihan sehingga mengakibatkan bot tersebut terbalik.
 
Kalau tengok di utusan online, bot ekspres tersebut dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit dan karam kira-kira 9 pagi tadi berhampiran Tanjong Giam Bungan. Tragedi itu berlaku kira-kira sejam selepas bot yang sarat dengan penumpang yang balik untuk menyambut Hari Gawai itu berlepas dari pekan Belaga.

Jumlah mangsa setakat ini belum dapat disahkan, tetapi FB Kelab Penyokong PDRM menyatakan seramai 100 orang penumpang, tetapi ada juga yang menganggarkan bot berkenaan membawa 200 orang penumpang. Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu yang sepatutnya berkapasiti  67 penumpang. [kalau kapasiti asal 67, macam tak logik je sumbat sampai 200 orang]. 

Penumpang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.




Kemaskini:

Seramai 181 orang penumpang selamat dan kini ditempatkan di Rumah Panjang Uma Tevok and Uma Tanjong.  Seramai 25 penumpang lagi dikhuatiri lemas.

''Bot Ekspres Bakun Mas'' itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi. Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga.

Menurut berita radio, hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu.