Macam biasa, bila tiba musim pilihanraya, maka musim inilah semua orang jadi pakar politik. Semuanya seronok bercakap pasal politik, sampaikan…orang yang bercakap pasal politik itu lebih ramai daripada orang yang mendengar.Bila semua orang dok bercakap, siapa yang dengar akupun tak tahu!
Bagi aku, musim inilah kita boleh tengok ketokohan seseorang yang nak jadi pemimpin itu. Kalau dia hanya memuji kehebatan dirinya sahaja, mengangkat kebaikannya semata-mata, menonjolkan jasanya untuk dipertontonkan kepada orang, sedangkan pada masa yang sama dia jugak memburukkan orang lain, merendah-rendahkan martabat orang lain, menghina mengeji calon lawan…maka begitulah gambaran keseluruhan dirinya.
Masa kecik dulu, aku pernah tengok satu peristiwa pada musim mengundi. Seorang pakcik sebelah rumah gemulah Mok (arwah nenek), baling seekor ayam dengan buah kelapa. Aku dok heranlah kenapa dia baling ayam tu. Ayam tu bukannya kacau dia, bukan buat apa-apapun. kesian tau!
Rupa-rupanya ayam itu adalah ayam kepunyaan jirannya yang lain, yang BERLAINAN parti politik. Fuhhhhh! Ternganga aku tak paham masa tu. Tapi…sampai sekarangpun aku masih juga tetap tak faham. Apa kaitannya ayam dengan tuan punya ayam yang berlainan aliran politik itu?
Hishhhhh! Manalah ayam tu tau pun nak berkawan ngurat sama ayam pun kena selidik parti politik tuannya masing-masing huh u hu