Jumaat lewat petang, Acu tunda acara sarapan bersama pagi Sabtu sebab belum begitu sihat. Masa tu kat ofis lagi, jadi daku memutuskan untuk bermalam sahaja di ofis konon-kononnya nak siapkan kerja.
Malam tu lelapkan mata jam 4 pagi, celik mata jam 6.30 terus sambung kerja selepas bersiram segala dan teguk kopi puteh bersama oat.
Tengahari balun pizza, malas nak keluar cari makan. Sekali ngap je melantak habis sebiji pizza sederhana besar tu. Tak cukup sebenarnya. Masih lagi terasa lapar. Maklumlah, malam semalam hanya mengadap kopi putih dan biskut sahaja.
Balik petangnya selepas maghrib. Singgah di Tat Nasi ayam, bungkus satu set untuk makan malam. Kononnya balik awal nak kemas rumah. Lantai dah melekit untuk dipijak. Semak samun penuh satu rumah.
Masa di lampu isyarat, aku terlupa nak gerak masa lampu hijau hingga lampu bertukar merah semula. Semua kereta kat depan dah hilang dari pandangan, aku sensorang je dok kat tengah jalan tu…tak gerak-gerak. Nasib baik tak ada kenderaan lain di belakang.
Nasib baik lampu isyarat sebelumnya juga merah, kalau dah hijau…memang sangat pasti kena rempuh dari belakang sebab kat depan (lebih kurang 5 kenderaan) dah lama berdesup tekan minyak ke depan. Tinggal aku sorang je kat situ!
Elly Mazlein - Sabarlah Hati (With Lyrics)
Sebenarnya, apa jadi dengan aku? Kenapa otak tetiba sahaja jem untuk berfikir waktu tu?
Mungkinkah dah terlalu lama menafikan masa untuk rehat, buatkan biological badan dah jadi tak betul?
Kenapa jadi waktu maghrib begitu?
Sebenarnya, terlalu banyak persoalan dan kemuskilan terapung dalam minda, tapi tak tahu nak Tanya siapa, tak tahu nak Tanya ke tidak.