Kalau baca Mstar hari ni, akan terjumpa artikel yang mengulas tentang 39 Peratus Wanita Berkahwin Curang Terhadap Pasangan seperti didakwa media baru-baru ni. Namun begitu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menafikan laporan itu.
Soalnya benarkah 39% golongan wanita kini berlaku curang kepada pasangannya? Soalnya juga, benarkah peratusan itu tidak benar sama sekali?
Ikutkan kata Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon, kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) mendapati kecurangan pasangan bukan merupakan punca utama pembubaran perkahwinan atau perceraian; 41.8 peratus kes perceraian kerana tiada persefahaman, pasangan curang dan enggan dimadu sebanyak enam peratus, dan tidak bertanggung jawab 11.4 peratus.
Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam ke atas 3,312 pasangan pada tahun 2005 pula mendapati kurang dua peratus daripada jumlah pasangan yang berkahwin mengaku berlaku curang kepada pasangan masing-masing.
Bagi kes kaunseling, punca utama perceraian disebabkan; kurang perhatian daripada pasangan, tiada persefahaman, penyalahgunaan media sosial, pengaruh rakan, pergaulan bebas serta lemah tenaga batin.
Siapa nak mengaku curang? Cer angkat tangan!
Mak Menteri kata, curang bukanlah faktor utama penceraian. Mmmmm ada sesiapa TERniat nak curang tak??? Ish! Ish! Ish! tak baik tauuuuuu!
Beliau juga berkata kecanggihan Internet serta laman sosial yang pesat berkembang ketika ini menjadi kebimbangan kepada keharmonian institusi kekeluargaan apabila kecurangan dan hubungan sulit sukar dikesan pasangan.
Pegangan agama sangat penting tak kira zaman mana kita hidup. Selagi kuat pegangan agama, banyak perkara tak elok seperti curang, skandal atau hubungan terlarang dapat dielakkan.