Khamis, 13 September 2012
Jenazah Pelajar Maut di Jordan Tiba Hari ini
Walaupun kita rasa seronok nak tahu perkembangan
Muhdalena mengamuk di Putrajaya...
yang pakai topeng Power Rangers merah masa ke mahkamah,
semalam gunakan topeng kuning action kamen
dalam siri kartun Kamen Rider Todoroki, namun sudah pasti
perasaan itu tidak sama bila kita baca tentang
kemalangan maut pelajar Malaysia di Jordan.
Awal bulan dulu, dua pelajar Malaysia maut di Rusia,
Kali ini di Jordan pula, Saiful Asyraf Saifudin, 22,
pelajar tahun dua di Universiti Mutah, Jordan
maut dalam kemalangan pada 10 September 2012
DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnnn.
Saiful Asyraf Saifudin melanjutkan pengajian di Universiti Mutah, Jordan
pelajar tahun 2 pengajian Usul Fiqh dalam jurusan Syariah
maut dalam kemalangan jam 9 malam (2 pagi waktu Malaysia).
ketika menjemput 2 rakan pengajianyang baru tiba
selepas bercuti di negara ini awal pagi ini.
Allahyarham yang dikenali sebagai 'Oyak Kayo' maut
manakala tiga rakannya cedera selepas kereta sewa yang dinaiki
hilang kawalan ketika melakukan pusingan U di lebuh raya antara Karak dan Aqaba.
Tiga pelajar yang cedera (Mohd Hanafi Khalis Zainal Abidin,
Nadhirah Husna Ahmad dan Nur Syahirah Saipolbahari) dikejarkan ke
Pusat Kesihatan Hissi sebelum dipindahkan ke Hospital Tentera Karak.
Arwah pula disahkan meninggal dunia di Hospital Kerajaan Jordan, Karak.
Jenazah arwah dibawa ke Mustasyfa Bashir di Amman untuk diuruskan
dan akan diterbangkan ke Malaysia malam ini (awal pagi ini)
Allahyarham berasal dari Bandar Tasik Kesuma, Beranang
Kita kehilangan seorang lagi anak bangsa
yang bakal mencorakkan masa hadapan dan membantu keluarga
semua itu ketentuan Allah, semoga keluarga arwah Saiful Asyraf Saifudin
tabah dengan ujian ini.
Tarian Sumazau Pulak?
Dah makin dekat dengan pilihanraya
Macam-macam isu pulak dok main putar belit
Terkini tentang "Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak"
Yang kononnya disiarkan Pakatan Rakyat (PR) dalam blog
Milik 'Suara Pakatan Rakyat' sehari dua lepas
Namun hari ini PKR menafikan pasal blog berkenaan
Semuanya gara-gara video rakaman PM menari
tarian sumazau dalam satu majlis sambutan hari raya
bersama beberapa menteri kabinet
aku ada jugak tengok rakaman video berkenaan
tapi tak adalah pulak sampai nak merendahkan tarian orang
Kalau kita saling merendahkan orang lain
tak tinggi manapun naiknya kita
politik memanglah politik, namun usahlah sampai menyinggung
perasaan orang lain
soal menteri, bini menteri atau perdana menteri sekalipun
nak menari sampai runtuh pentas, itu hak peribadi
tak perlu rasanya sampai merendahkan tarian tu
tarian tu hak bersama masyarakat…
Selasa, 11 September 2012
Remy Ishak Sangat Kacak Dalam 29 Februari
Dah tengok filem 3D pertama Malaysia dari KRU Studios?
Filem Muzikal ini terisi lagu-lagu yang sangat sedap didengar
Lagu-lagu lama yang sangat suka aku dengar tu
Dan juga 3 lagu baru terutamanya lagu Kelip-Kelip nyanyian Remy Ishak.
Ohhhhh! Remy Ishak sangat kacak hensem dan awesome!
’29 Februari’ menyaksikan Remy Ishak menyanyikan tiga buah lagu
iaitu Kelip-Kelip, Jagalah Diri dan Seperti Dulu yang dicipta dan
digubah Edry Abdul Halim.
aku suka sangat dengan penataan skor muzik yang cantik diiringi orkestra.
jiwang karat berdengung-dengung lagu tu dalam kepala
sampai sekrang…ohhhhh sangat ceria hidup ni kan?
ketika demam Nur Kasih dan Nur Kasih The Movie dulu
tak lah sebegini jiwang karat rasanya hu hu hu
Trailer filem 29 Februari
Bila KRU Studios hebahkan tentang filem baru mereka,
Aku memang sangat teruja…sebelum ni pun aku suka Magika,
Sangat suka juga dengan Hikayat Merong Mahawangsa
hampir nak gila teruja bila Yusry datang komen kat blog...
Kini…hu hu hu sangat puas hati dengan filem 29 Februari
filem 29 Februari ini berkisar tentang kehidupan Budi
yang dilahirkan pada 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali.
fizikalnya kelihatan terbantut dan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu
sebagai suatu sumpahan. Sebab usianya bertambah 4 tahun sekali,
umurnya panjang…lebih kurang 120 tahun
[arwah datuk aku meninggal umur 118 tahun]
jadi Budi lalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia
seperti zaman penjajahan British dan Jepun, masa Jepun ni
Budi kehilangan kedua orang tuanya, kemudian dibesarkan di rumah anak yatim
paling seronok masa Negara menyambut kemerdekaan 1957.
visual asal dari Arkib Negara 'diperbaharui' dan disesuaikan dengan plot
seperti visual laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman
yang disatukan dengan lakonan semula penonton di Stadium Merdeka,
termasuk Budi sebagai saksi kepada hari bersejarah itu.
Malah, Budi juga bersalaman dengan Tun Mahathir
semasa majlis pelancaran kereta Proton Saga.
semua visual dari arkib ini telah diwarnakan, bukannya hitam putih
Seperti dalam filem 1957: Hati Malaya (2007).
Di Sebalik Tabir "29 Februari"
Budi berkenalan dan bercinta dengan gadis Tionghua; Lily,
Cinta mereka mendapat tentangan keluarga Lily
Menyebabkan Lily menghilangkan diri ke Penang
Ayah Lily menyangka Budi yang menyembunyikan Lily
Lalu membelasah Budi dengan teruk, tetapi
Budi pernah menyelamatkan ayah Lily dalam peristiwa 13 Mei 1969.
Lagu Kelip-kelip yang Remy Ishak nyanyikan sendiri
macam jadi lagu tema cinta mereka…fuhhhh syahdunya!
tambah lagi dengan suasana senja tepian tasik…Tasik Taiping tu!
'Kelip-Kelip' - Remy Ishak
Apa yang best, kita boleh tengok perubahan era melalui watak Budi
Boleh tengok zaman afro, rock kapak, pop yeh yeh dan sebagainya
Namun kacaknya Budi @ Remy Ishak boleh kita tengok masa tahun 2012
Dia buka kedai bunga di Pulau Pinang, ada 2 orang pekerja
Rupanya makcik salah seorang pekerjanya tu adalah Lily
sedang menderita kanser…ohhhhh sangat sedih ya kawan-kawan
menitik air hidung kita menahan kesedihan tu
namun kat situlah Nampak kacak tampan dan awesomenya Remy Ishak
dia jaga Lily yang dah tua gayut dan kerepot tu sedangkan dia masih muda
masih muda tau! Umur dia kan berubah 4 tahun sekali huh u hu
bayangkan, dia hiasi bilik Lily dengan kuntuman bunga lily putih
penuhhhhhhhh keliling katil…cantik dan manis jeeee!
tetiba je aku jatuh cinta dengan Remy Ishak! Ohhhhh! Tolong!!!!
Terima kasih kepada penulis skrip yang manis,
Berjaya sisipkan elemen yang menyentuh hati kat situ…syahdu!
'Seperti Dulu' - Forteen
Skrip tulisan Amir Hafizi mengkacukkan kisah fiksyen Budi
dengan peristiwa-peristiwa penting tanah air
seperti penaklukan Jepun, Hari Merdeka 31 Ogos 1957
serta tragedi 13 Mei 1969 seperti teknik dalam filem Forrest Gump (1994)
Remy Ishak sendiri berdepan dengan pengalaman menarik dalam filem ni
“saya jadi macam psiko kerana perlu ambil mood yang berbeza-beza
dalam masa sehari. Misalnya, sebelah pagi saya kena berlakon di era
penjajahan Jepun, menjelang tengahari saya kena berada di zaman 1990-an.
Memang rasa penat sebab kena bermain dengan pelbagai perasaan”.
Aku kagum dengan 29 Februari yang perlu dilihat dari perspektif lebih meluas.
Tidak sahaja sebab filem 3D Negara yang pertama,
penggunaan teknologi stereoskopik yang Nampak setaraf dengan filem luar,
menggabungkan unsur komersial iaitu drama dan romantisme;
dengan elemen sejarah dan patriotisme
bangga betul ada filem keluaran anak tempatan yang begini
semua ramuan ada kat situ termasuk cinta dan setia
masa menonton filem ni bersama Cik Bintang,
ada lebih kurang 15-20 orang penonton sahaja
termasuk pasangan yang buat wayang,
namun jumlah itu lebih ramai berbanding seorang blogger lain
yang hanya menonton berdua sahaja
mungkin, masih belum ramai anak Malaysia sukakan filem
yang ada nilai estetik, ada jati diri bangsa walaupun intinya masih lagi cinta
namun dalam semua preview di akhbar, blog, Facebook filem ini sendiri
atau review yang dihasilkan…ternyata lebih menonjolkan
tentang sejarah, perjuangan dan kemerdekaan sedangkan semua itu
hanyalah latar sahaja, bukan inti utamanya.
Ohhhhhh! Dah lama tak tulis entri sepanjang ini!
Isnin, 10 September 2012
Siti Nurhaliza Style Parody Oppa Gangnam Style
Fenomena Oppa gangnam style tetiba je menular
Di Malaysia ada Orang Sabah style yang ikut gaya Gangnam style ni
Siti Nurhaliza pun ada style gangnam tersendiri;
Entah siapa dah Gangnam stylekan Siti Nurhaliza ni;
Klip video parodi ini dihasilkan sekumpulan peminat fanatik Siti Nurhaliza
yang dikenali sebagai Sitizoner yang menampilkan
kompilasi klip video persembahan Siti Nurhaliza dari zaman muda sehingga terkini
dengan variasi lagu pop, balada dan irama asli
klip video Gangnam Style versi Siti Nurhaliza ni comel jugak kan?
Ehhhh silap, bukan gangnam tu yang comel...siti yang comel ;)
Ahad, 9 September 2012
Politeknik Premier Bakal Jadi Universiti Politeknik
Berita baik kepada adik-adik yang bakal sambung belajar
Terutama yang suka dalam bidang libatkan kemahiran
Bila politeknik premier diiktiraf jadi universiti pada 2015 nanti
Peluang sambung belajar akan lebih luas
Bayangkan berapa banyak politeknik di Malaysia
Namun hanya 3 sahaja bakal diiktiraf jadi university.
Tiga politeknik premier terbabit ialah Politeknik Ungku Omar,
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Politeknik Johor Bahru.
Program perintis telah dilaksanakan di Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama
institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain seperti Universiti Teknologi Mara
dan kumpulan pertama akan menerima ijazah bersama
pada konvokesyen politeknik itu bulan ini.
ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar politeknik
untuk terus menyambung pelajaran di peringkat ijazah di dalam politeknik sendiri
penubuhan universiti politeknik di bawah Agenda Transformasi Politeknik itu
diyakini mampu membina upaya politeknik untuk membangunkan sumber manusia
yang memenuhi keperluan model baru ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti.
Komen aku: kalau nak mudah dapat kerja, ambillah kursus yang ada kemahiran
biasanya kemahiran itu yang payah nak cari
tak bermakna kursus yang tak ada kemahiran susah nak dapat kerja
asalkan dapat merkah yang baik, CGPA tinggi...insyaallah akan dapat kerja
lagi satu, amalkan juga KEBERKATAN bila menuntut ilmu
hal ni sangat jarang ditekankan atau diambil kesah oleh pelajar
sedangkan itu juga elemen penting untuk rezeki yang berkat dan halal
bila dah kerja nanti
macam mana nak dapat rezeki halal kalau ilmu yang kita dapat tu tak halal
Langgan:
Catatan (Atom)