Ahad, 2 September 2012
Rozita Che Wan Kahwin November?
Sama macam PRU13 ek? Dengarnya ada ura-ura mengatakan PRU13
pilihanraya bakal diadakan pada bulan November nanti
Ishhhh! Janganlah perkahwinan Rozita Che Wan tarikh yang sama
Susah jugak kita nak pergi kenduri perkahwinan Rozita Che Wan
Nak pergi mengundi untuk PRU13 lagi…
dah namapun blogger,
dah tentu nak dapatkan gambar-gambar perkahwinan Rozita Che Wan
nak juga rakamkan video perkahwinan Rozita Che Wan @ Cik Ta
baru gempaQ habis! Menderu-deru trafik masuk blog la la la
DRAMATIS jelita yang sering dikaitkan dengan ramai jejaka kacak,
Rozita Che Wan dikatakan bakal mengakhiri zaman solonya
Rozita Che Wan bakal bernikah dengan jejaka pilihan hati,
seorang ahli perniagaan berasal dari selatan tanah air.
Sebelum ini, beberapa pelakon lelaki muda dan kacak sering dikaitkan dengannya,
termasuk juara Akademi Fantasia musim kelapan Shahir, Zain Saidin
dan terbaru, Beego, malah Rozita Che Wan turut dikaitkan
menjalin hubungan intim dengan ahli perniagaan berasal dari Singapura.
Rozita Che Wan @ Cik Ta dikatakan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan
Bernama Bob yang menetap dan mempunyai empayar perniagaan di Johor Bahru, Johor.
Mereka dikatakan sudah lama kenal.
Komen aku: waaaaaa ramailah jejaka Malaya patah hati
Terhempas rasa kechiwa cinta kalau benar Cik Ta bakal berkahwin
Kalau betul berita ni…
tahniah dan selamat pengantin baru Rozita Che Wan
sama-sama kita doakan perkahwinan ini kekal bahagia hingga Syurga.
Yuyu Zulaikha Makin Popular
Blogger comel seperti Yuyu Zulaika, cik Epal, Hanis Zalikha makin popular sekarang
Kalau Hanis Zalikha dah mula berlakon drama dan filem, dua blogger manis
Yuyu Zulaika dan cik Epal tak kurang juga dapat tumpuan
Sering kali keluar wajah ayu mereka di akhbar dan majalah
Hari tu dah keluar kat Majalah Perempuan yang ada gambar Aaron Aziz
Berbaju raya warna biru Aaron Aziz bersama isteri tercinta pada muka depannya tu
Hari ni kalau kalian perasan, wajah Yuyu Zulaika sekali lagi kat Utusan
Mmmmm baru hari ni aku tahu pemilik blog kupu-kupu kecik tu
bernama Asmidayu Zulaikha Eswan
moga dia Berjaya habiskan pengajian semester akhirnya dengan jaya
Sabtu, 1 September 2012
Ugut Bunuh PM di Facebook?
Inikah ganerasi merdeka? Ataukah hanya berani tulis status di FB je?
Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis
terhadap seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang didakwa
mengeluarkan komen berunsur ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laporan itu dibuat oleh Gerakan Memartabat Pejuang Negara Malaysia (GPMN),
Suara UMNO dan Martabat Jalinan Muhibah (MJM) pada pukul 3.30 petang
di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.
pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Aqyun Firdani' itu
didakwa mengemas kini statusnya dalam laman sosial berunsur ugutan bunuh
kepada Perdana Menteri yang kemudiannya dimuat naik dan disiarkan
dalam beberapa blog tempatan antaranya 'Kulaan Niring' dan 'Anak Seberang'.
Mmmmm berani kat situ je kot
Budak-budak lagi…salah hari belum sunatpun lagi
Tapi…budak-budak merdeka ni memang lain macam sikit
Ada masa berani tak bertempat, ada masa nak kasih saying
Komen aku: cer suruh dia jadi artis kalau pakej lengkap ;)
Masa Untuk Tutup Blog?
Keluar bilik air semalam tetiba aku terfikir
nak tutup blog
macam dah malas nak tulis dan kemaskini
tak tau kenapa…
rasa yang tiba-tiba itu muncul
sama seperti masa aku wujudkan blog ni dulu
mmmmm bila dah rasa sebegitu
rasanya dah tak lama hayat blog ni…
Jumaat, 31 Ogos 2012
Gempa Bumi Di Filipina, Penduduk Sabah, Sarawak Diminta Jauhi Pantai
Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter
melanda Kepulauan Filipina pada pukul 8.48 malam tadi
[akemudiannya disahkan sebagai berukuran 7.6 skala richter]
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia,
gempa bumi itu berpusat di 214 kilometer dari timur laut Surigao City,
Filipina dan 1,145 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.
Penduduk di pantai timur Sabah dan utara Sabah serta utara Sarawak
dinasihatkan supaya menjauhi kawasan pantai buat sementara waktu.
Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan
dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan maklumat terkini
berhubung kejadian gempa bumi berkenaan
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengeluarkan amaran tsunami
kepada Indonesia, Taiwan, Jepun, Papua New Guinea dan Haiwaii.
Kemudiannya menarik balik amaran tsunami di Jepun, Taiwan dan Hawai
Tetapi amaran tsunami di Filipina dan Indonesia masih kekal.
Laman web Jabatan Meteorologi Malaysia juga melaporkan
terdapat tiga gegaran di Filipina pada malam ini
iaitu sekuat 7.9 Richter (8:48 malam), 5.2 Richter (9.14 malam)
dan 5.5 Richter (9.27 malam).
Kepada semua penduduk di kawasan pantai di Sarawak dan Sabah
Juga Trengganu diharap jauhi kawasan pantai bagi elak kejadian tak diingini.
Paling-paling pun aka nada ombak besar dan air pasang besar atau
Tiupan angin kencang huh u hu pepandai je aku kan?
Langgan:
Catatan (Atom)