Memaparkan catatan dengan label blogger popular. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger popular. Papar semua catatan

Ahad, 2 September 2012

Yuyu Zulaikha Makin Popular



Blogger comel seperti Yuyu Zulaika, cik Epal, Hanis Zalikha makin popular sekarang
Kalau Hanis Zalikha dah mula berlakon drama dan filem, dua blogger manis
Yuyu Zulaika dan cik Epal tak kurang juga dapat tumpuan
Sering kali keluar wajah ayu mereka di akhbar dan majalah

Hari tu dah keluar kat Majalah Perempuan yang ada gambar Aaron Aziz
Berbaju raya warna biru Aaron Aziz bersama isteri tercinta pada muka depannya tu
Hari ni kalau kalian perasan, wajah Yuyu Zulaika sekali lagi kat Utusan
Mmmmm baru hari ni aku tahu pemilik blog kupu-kupu kecik tu
bernama Asmidayu Zulaikha Eswan
moga dia Berjaya habiskan pengajian semester akhirnya dengan jaya


Jumaat, 18 Mei 2012

Blogger Hanis Zalikha Dah Jadi Pelakon?


Opsssss! Minggu ni minggu pasal artis ya…
Minggu kosongkan minda dari masalah dunia la la la

Ada sesiapa tengok drama bersiri Memberku Hawa di TV3 tak?
Drama ni ditayangkan setiap Ahad 10.30 malam dengan pelakon utama
Faezah Elai dan beberapa pelakon lain termasuk pelakon kacak
Mmmm nama apa tah dia, lupalah!
Huh u hu dah nyanyuk rupanya aku ni…

Entri aku hari ni nak mengumpat pasal seorang blogger tersohor ni
Siapa lagi kalau bukan blogger cantik manis ayu jelita comel menawan tu...
Masa tengok drama Memberku Hawa yang boleh buatkan aku
Aku tersengih macam kerang busuk tu
Tetiba je ada watak model kepoh tak boleh blah perasan diva
watak apa tah dalam drama tu...
Comel je dia berlakon walaupun watak kekwat lagu tu
Tengok punya tengok…macam pernah nampak pelakon tu
Garu-garu dagu, tenung dinding dok ingat semula
Tak juga menyala mentol aku
Last sekali Tanya Cik Bintang
“Bukan tu blogger popular seantario alam ke?”

Cik Bintang pandang aku buat dakkk je
Mmmmm memang aku tak puas hati selagi tak sahkan
Memang tu adalah blogger tersohor tu,
Tapi entah macam mana nama dia tak mau muncul kat kepala aku
Hanya senyum dia yang comel menawan tu je tertayang-tayang kat mata

Tengok juga drama tu sampai habis
Kemudian terpacak ngendap senarai nama pelakonnya
Haaaaaaaaaa kan dah kata, betullah tu…
Hanis Zalikha lah siapa lagi…errr betul ke eja nama dia macam tu?

opssss!
Entri ni dah jadi macam rancangan gedik Kiah Propa pulak!
Tapi kan…Hanis Zalikha memang pandai berlakon pun
Berbakat. Tak Nampak macam tiang gol piala FA pun dalam drama tu
Seingat aku, Fasha Sandha masa pertama kali berlakonpun
Nampak macam tiang lampu…nasib baik sekarang ni
Dia dah pandai berlakon
Maknanya…tak lama lagi akan muncul pelakon baru cantik jelita
Hanis Zalikha lah siapa lagi…

Taklah bosan asyik tengok muka sama je kat TV kan?
Tapi kalau tengok muka Hanis Zalikha hari-hari kat TV pun tak bosan
Hu huh u macam ayat mengampu pulak
Aku ampu pun bukan dapat apa
Bukannya dia Tersesat kat blog ni pun
Errrr…aku puji tau…bukan kutuk dia ;)
Tak percaya? Jom tengok reramai drama tu!
tetiba lah pulak aku jadi tukang iklan hu hu hu