Khamis, 30 Ogos 2012

Mudah Benarkah Jadi Seorang Anak?


Kalau tanya aku, jawabnya memang tak mudah
ataupun sebenarnya mudah, asal sahaja ibu bapa itu masih muda
kuat lagi kederat tenaganya, segar bugar tubuh badan

Bila usia dah makin renta, tenaga dah susut
nak berdiripun payah, nak berjalan tak dapat lagi
tambah pulak dengan kelupaan dan kepongohan
sangat-sangat susah untuk jadi seorang anak
apalagi jadi anak yang menyenangkan hati ibubapa

Ketika masih sihat dan berupaya, dengar suara anak di telefonpun
dah cukup menyegarkan emosi dan minda mereka
bila dah tiada upaya dan kederat, bertambah pula tahap barannya
silap letak barangpun boleh sebabkan naik angin
lambat menyahut dipanggil pun boleh mengundang bebelan
salah atur ayat juga boleh menyimbah rasa pilu
tanyanya kita terjawab “perlahan” yang tidak didengarinya
hati tersentuh dan menjeruk rasa
terlebih keras suara dek tutur kita tak didengari juga
mengundang rajuk menyentap emosi
entah bagaimana andai sampai tahap guna lampin pakai buang

Sensitif warga emas intan berlian mengalahkan budak-budak
kita cakap perlahan, mereka tak dengar
bila suara dikuatkan, dikata menengking pula
berdepan dengan situasi serba tak kena
memang menguji tahap kesabaran
sehari dua mungkin masih mampu
sebulan bagaimana? Setahun? Bertahun-tahun?
Ohhhh! Sebab tu ramai anak-anak angkat bendera putih
hantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua!
tua nanti, sama sebegitukah nasibnya?

Siapa kata mudah jadi anak-anak?
bila situasinya jadi serba tak kena
memang teruji minda…



Rabu, 29 Ogos 2012

Peniaga Ditipu Pegawai 'Bank Negara' KeRugian RM100 Ribu


Sekarang ni, mudah sangat harta benda kita nak hilang
Adakala dah hati-hatipun, dah bayar zakat pun
Dah dermapun…tetap juga akan hilang
Anggap ajelah dugaan dan ujian hidup
Allah menguji kita ikut tahap kemampuan diri kita sahaja
tak lebih dari itu...jadi yakinilah kita berjaya laluinya.

Di LIMBANG, Seorang peniaga berusia 33 tahun
kerugian RM116,769 dalam tempoh dua hari
ditipu seorang wanita yang mengaku pegawai Bank Negara.

Mangsa seorang lelaki rakyat tempatan itu menerima panggilan
dari wanita berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Miss Tan,
petang Isnin lalu, menyatakan mangsa mempunyai
hutang kad kredit UOB tertunggak sebanyak RM5,796,
pembayaran perlu dibuat segera bagi mengelakkan akaun lain
dibekukan Bank Negara.

Mangsa yang panik sebenarnya tidak pernah memiliki kad kredit itu
membuat pembayaran pada hari yang sama.
Keesokannya (28 Ogos) orang yang sama membuat panggilan
Dan meminta mangsa memindahkan wang dari akaun Maybank mangsa
ke akaun lain bagi mengelakkan akaunnya dibeku
mangsa segera memindahkan wang berjumlah RM111,000
ke akaun milik seorang yang bernama Azimah Abdullah.
Apabila mangsa membuat panggilan ke Bank Negara hari ini
untuk tindakan susulan, beliau dapati tiada pegawai bernama Miss Tan

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu
boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Polis Limbang,
Inspektor Kantharuban Rajoo, di telefon bimbit 012-3029896.

Komen aku:
Sekarang ni ramai sangat orang dah tak fikir pun pasal
berkat, halal dan haram pendapatan sebab tu kes tipu sebegini
berleluasa, belum campur lagi tipu dalam peperiksaan,
tipu dalam kerja dan macam-macam tipu lagi lah
asal dapat duit, asal dapat hidup mewah…semua kira jadi
huh u hu mungkin aku terlihat sedikit bongok sebab
terlalu pentingkan rezeki yang barakah itu
namun nak buat macam mana, memang benda tu besar nilainya
kalau dah bukan hak aku jangan memandai nak ambik
tapi kalau memang hak aku…sanggup buat apa saja pertahankan
huh u hu darah pendekar, nak buat lagu mana

Ok aku mengaku, kalau tersepak emas 14 jongkong
[takat syiling buang masa je kutip hu hu hu]
tepi pagar rumah esok pagi, memang aku akan ambik
kalau tak ada pemilik nak mengaku,
aku tetap tahu kat mana nak letak 14 jongkong tu
antaranya…Lebuh Raya Rakyat, okey tak gitu?
Jangan marah ya!





Masih Lagi Mengejar Dunia!


Kebelakangan ni hidup sangat suntuk
masa bagaikan terlalu laju berputar
tidur sangat tidak terurus, adakala hanya 2 jam sehari
selama berminggu-minggu
biarpun agak terdera, namun kena juga buat
itu antara urusan dunia yang perlu diselesaikan di dunia
kelak akan dituntut di akhirat, aku nak jawab apa?

Kekangan itu menyebabkan banyak perkara perlu dikesampingkan
terutama aktiviti bersosial…tak kiralah secara nyata atau maya
hingga kerap kali juga insan yang tak begitu memahami
terasa hati…namun bagi aku, andai dia tak mampu untuk faham aku,
ada gunakah untuk aku kesah tentang terasa hatinya itu?

Realitinya, kita nak orang faham kita
tanpa terlebih dahulu kita suka untuk faham orang lain
kita nak orang mementingkan kita
padahal kita sendiri tak pernah rasa orang itu penting
apalagi faham tentang kepentingan dia

Makcik sihir yang tak ada kerja lain selain menyihir orang itu
pernah suarakan tak puas hatinya padaku:
dia (merujuk seorang rakan yang mengaku aku ini sahabatnya dunia akhirat)
dah lama awak kenal, awak tak rasa rugi ke kehilangannya?
aku tahu makcik itu dah lama hidup, namun dia kena akui
hidup yang lama itu belum tentu menyumbang pengalaman yang luas
untuknya kenal erti hidup sebenar, lalunya aku menjawab:
dalam hidup ni, kita hanya seorang…jangan tamak nak buat semua benda
kita hanya mampu pilih sesuatu yang nak buat ikut kepentingan
sedangkan, darjah dan nilai kepentingan tentang sesuatu perkara itu juga
berbeza untuk setiap orang
dalam senarai hidup saya, dia bukanlah nombor wahid
kalau dia betul-betul kawan saya nan sejati
sepatutnya dia memahami tentang itu dan berada di sisi saya
seperti janjinya…sahabat dunia akhirat
bukannya menuntut sesuatu yang tidak mampu saya berikan
setelah sebegitu banyak permintaannya saya tunaikan
sekarang, saya tidak mampu menunaikan harapan itu lagi
terutama meletakkan dia sebagai nombor wahid
jika di dunia lagi dia gagal menjadi sahabat saya,
saya sangat percaya, dia tidak layak jadi sahabat di akhirat

Sejak itu, makcik sihir tersangat suka menyihir aku
kerana tidak puas hati dengan jawapan itu
salah ke jawapan yang sebegitu?

Semenjak dua menjak ini, kiranya daku tidak berkesempatan ziarahi FB
Dan blog anda, ampunkanlah daku…kerna
itu bukanlah urusan dunia yang nombor wahid
daku tahu ada yang terasa hati hinggakan sentiasa tag di fb
mohon aku baca, kemudian komen panjang-panjang
andainya urusan itu bukan nombor wahid dan boleh dikemudiankan
makanya, dipaksa pancung matipun ia tetap tidak jadi keutamaan
dalam hidupku…harap maaf!

Ada masa, aku hanya sempat ke blog & FB kalian
untuk baca catatan sepintas lalu dan membisu tanpa kata…
namun ada yang anggap, bila tak komen, maknanya tak baca
namun, ada aku kesah apa anggapan orang?
selama inipun aku bukannya kesah sangatpun
kalau kali ini tidak juga kesah…tidak jejaskan apa-apa kan?

Prinsip aku: Utamakan yang lebih utama
andai kalian rakanku, letaknya kepentingan itu berbeza
berbanding keutamaan yang lain,
usahlah memaksa untuk jadi nombor wahid,
kerna yang wahid itu tentulah bukan rakan, tidak sahabat…
itu normal bagi sesiapa pun
tak ada orang di dunia ini yang abaikan keluarga demi rakan atau sahabat
walaupun ramai yang buang keluarga demi pasangan dan cinta.

Opssss! Aku dah melalut panjang
Sebenarnya entri ni nak tulis tentang:
“maaflah tak sempat nak balas komen di FB dan blog!
aku masih lagi sibuk mengejar dunia…”
 entah bila nak selesai!







Penggali Kubur Ditimbus Liang Lahad Digalinya



Ajal maut di tangan Tuhan, kita tak tahu bagaimana kita akan kembali
Itu juga yang berlaku kepada seorang penggali kubur yang
maut selepas liang lahad yang sedang digali runtuh dan menimbusnya.
kejadian berlaku di Mentakab, Pahang.
Dalam insiden jam 10.15 pagi semalam berlaku
di tanah perkuburan Kampung Penak dekat Mentakab,
mangsa, Zailan Hamid, 40, sedang menggali kubur bersama
seorang lagi rakan, Mohd Nasir Musa, 40 semasa menggali liang lahad
bagi mengebumikan jenazah seorang warga emas, Minah Ishak, 76,
yang meninggal dunia akibat sakit tua.
mangsa dipercayai meninggal akibat cedera parah di kepala dan patah leher.

Ketika menyiapkan bahagian akhir liang lahad itu,
tiba-tiba ia runtuh dan menimbus keseluruhan badan mangsa.
Mangsa tertimbus lebih setengah meter, hanya kaki kanan mangsa
yang terjulur keluar. Rakan mangsa dan beberapa penduduk
yang berada di kawasan berkenaan menggali dengan tangan
dan berjaya mengeluarkan mangsa kemudiannya, tetapi
mangsa telah meninggal dunia sejurus selepas itu.

DariNya kita dating, kepadaNya jua akan kembali
alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan
ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.



Selasa, 28 Ogos 2012

Keputusan penuh Piala Malaysia 2012


Huh u hu Piala Malaysia 2012 dah bermula
Kepada kaki bola, memang tak akan lepaskan peluang
Untuk tengok dan sorak ramai-ramai
Seronok lepak kedai mamak kan?

Aku? Aku hanya suka tengok perlawanan final @ akhir sahaja
Itupun kalau pasukan yang beraksi tu menarik
Macam TRW Kelantan The Red Warriors huh u hu

BERIKUT keputusan penuh perlawanan ketiga saingan Piala Malaysia 2012:


KUMPULAN A

Johor FA (0) (0) Lions
(Stadium TSDH Hassan Yunos)

PKNS (1) (1) Johor FC
(Stadium MBPJ)


KUMPULAN B

ATM (1) (1) Kelantan
(Stadium MPS, Selayang)

Kedah (2) (1) Terengganu
(Stadium Darul Aman)



KUMPULAN C

Negeri Sembilan (0) (0) Perak
(Stadium Tunku Abd Rahman)

Felda (2) (3) Sime Darby
(Stadium Hang Jebat)


KUMPULAN D

T-Team (0) (1) Selangor
(Stadium Sultan Ismail)

Pahang (6) (0) Sarawak
(Stadium Darul Makmur)


Tak kiralah menang ke kalah, paling utama
bila bersukan tu kena ada semangat kesukanan
jangan dok baling mercun, bedil, bom atau bom atom
main je pun…apa ke halnya nak baling-baling segala
ingat kandang sarkas ka? Apa-apalah labu!!!!!