Khamis, 9 Ogos 2012
Keputusan kemasukan ke IPTA lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi esok
Bermula malam ni, adik-adik kita lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi
Dah tak berapa lena nak tidur…berdebar-debar je rasa kan?
Berbuka puasapun rasa tak bersemangat ya…maklumlah
Esok akan diumumkan keputusan kemasukan ke IPTA
Bagi lepasan STPM, Matrikulasi, dan Asasi
untuk calon yang tidak ditawarkan dalam pemilihan awal,
semakan boleh dibuat mulai 12 tengah hari.
calon boleh mendapatkan maklumat itu melalui
hotline 03-8870 6767,
helpline 03-8870 6777,
talian am 03-8870 6755/6766 atau
laman web:
http://upu.mohe.gov.my.
http://www.jpt.utm.my,
http://jpt.uum.edu.my,
https://jpt.unimas.my
dan http://jpt.ums.edu.my.
Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip
UPU RESULT (no kad pengenalan) dan hantar ke 15888,
calon yang terpilih merupakan calon yang
tidak mendapat tawaran ke IPTA dalam pemilihan awal
kerana tidak bersetuju ditawarkan program pengajian luar pilihan,
dan melibatkan mereka yang mendapat PNGK 2.8 ke atas.
keputusan tawaran ini adalah muktamad dan calon tidak dibenar
mengemukakan rayuan terhadap tawaran itu.
"Proses pemilihan dilaksanakan mengikut pilihan calon atau rayuan, atau pilihan bidang calon, atau mengikut program pengajian yang mempunyai kekosongan dan bersesuaian dengan bidang pilihan calon,"
Calon yang berjaya akan mendaftar pada 1 dan 2 September,
sebarang pertanyaan boleh hubungi
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6767 atau 03-8870 6777
Olimpik: Pandelela Mara Ke Final, Ada Aiskrim Percuma Lagi Tak?
RATU terjun negara Pandelela Rinong menghidupkan harapan Malaysia
dalam usaha memburu pingat kedua Sukan Olimpik 2012
selepas berjaya menduduki tangga kelima pada pusingan separuh akhir
acara 10m platform individu wanita, sebentar tadi.
Doakan dapat emas ya…masih ramai yang nak beratur
Tuntut aiskrim percuma di Baskin Robin ni…
errrrr ada tak ni? ada tak?
Kemaskini: Tahniah kepada ratu terjun negara Pandelela Rinong yang
mengutip gangsa negara jadikan itu pingat kedua Malaysia
selepas Lee Chong Wei meraih Perak dalam perlawanan badminton sengit
Nuffnang Berwajah Baru
Terkejut badak sekejab bila buka nuffnang hari ni
Fuyoooooooooooooooo nuffnang dah berwajah baru
Comel! Comey! Jelita! Ayu!
Pendek kata…Nampak ekslusif sensangatlah!
nampak mewah tak?
nampak comey sebab ada BUDU ek?
Rabu, 8 Ogos 2012
Bila Ku Li Bersuara…Apa Kata Ikut Je Nasihat Ku Li?
Bila Ku Li bersuara minta Selesai segera isu royalti minyak petroleum,
Sebelum PRU13 nanti, aku rasa orang politik patut dengar nasihat tu
Ku Li memang banyak pengalaman dalam politik Kelantan sejak berzaman
Sejak kecik lagi aku dah kenal Ku Li…glamer tak dia?
Tengku Razaleigh Hamzah berharap isu tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan
akan diselesaikan segera kerana ia bukan rumit dan tidak melibatkan Kerajaan Pusat.
Bekas Pengerusi Petronas itu berkata, isu berkenaan timbul hanya kerana
Petronas tidak menunaikan hak Kerajan Negeri Kelantan
seperti yang termaktub dalam perjanjiansemasa Kelantan menyerahkan sepenuhnya
hak milik Petroleumkepada syarikat minyak negara itu.
persoalannya, siapa di belakang petronas yang mungkir janji itu?
Isu royalti lima peratus itu adalah antara Kerajaan Negeri dan Petronas,
tak ada kaitan dengan BN, UMNO, PKR atau Anwar Ibrahim…apa lagi Sharizat Jalil
Sekarang ni Petronas yang bertanggungjawab menyelesai perkara ini
dengan kerajaan negeri…tak berbangkit soal pertikaian antara sesiapa
tetapi sebenarnya kelemahan Petronas kerana tidak membayar kepada kerajaan negeri
aku memang tak berkenan pun penubuhan Jawatankuasa Tuntutan Royalti
Negeri-negeri Pantai Timur yang diumumkan Perdana Menteri, Sabtu lalu.
Jawatankuasa itu akan dianggotai wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan
Terengganu yang diperkenan sultan masing-masing.
Ia akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
Macam-macam hal boleh jadi dalam siasatan yang hanya akan diumumkan
Selepas enam bulan hu huh u macam sinetron lah pulak
Padahal, masa nak gali dulu…berapa lama ambik masa untuk setuju?
Tengku Razaleigh adalah Pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian tersebut
dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1975…macam tu punya lama?
Jadi, apa guna wujudnya Akta 144 - Akta Kemajuan Petroleum 1974?
yang menyatakan dengan jelas kedudukan royalti minyak
untuk Kelantan dan lain-lain negeri.
Berapa orang baca entri ni dah lahir masa tu?
Jadi kalian tahu kan kena aku sokong R?
Macam Ku Li kata, mudah je: rujuk balik kepada akta dan perjanjian
Dah habis ke segala peguam bijak pandai di Malaysia ni?
Mintak tolong karpal sigh tak leh?
Komaen aku: sebenarnya dah tulis komen panjang lebar
tapi dah padamkan semula…
Cerita Tentang Negeri Paling Miskin di Malaysia...
Novel Barbara inspirasi hidup masyarakat Kelantan
|
BERCAKAP mengenai wayang kulit, ternyata kebudayaan yang wujud lebih
1,000 tahun dahulu diasimilasi secara berperingkat dari beberapa negara,
sebelum ia meresap ke dalam budaya masyarakat Melayu.Wayang kulit Melayu yang agak popular di Malaysia rata-ratanya adalah
dari pantai timur Malaysia dengan kebanyakan mempunyai ciri dan
sentuhan Siam.Antaranya ialah wayang kulit Kelantan atau lebih dikenali sebagai
wayang kulit Siam. Ia dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk
melalui Patani, selatan Thailand.Dasarnya, kisah-kisah yang dipersembahkan adalah berdasarkan Hikayat
Ramayana dan penglipur lara tempatan dan disampaikan menggunakan loghat
Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi,
Maharaja Rawana dan Laksamana.
Sebagai negeri yang bersempadan dengan selatan Thailand, Kelantan
mempunyai persamaan dari segi elemen kebudayaan, sosial dan
sesetengahnya memiliki loghat serta gaya hidup masyarakatnya.
Kekayaan budaya Kelantan
“Berdiri sebagai sebuah negeri yang khusus, Kelantan kaya dengan
kerja kraf, seni, makanan dan bahasa yang sangat unik. Tidak ketinggalan
wayang kulit dan lain-lain seni persembahan yang menjadikan warga
Kelantan bangga dengan siapa diri mereka,” kata seorang penulis buku
bersiri misteri Shadow Play, Barbara Ismail dari Brooklyn, New York,
Amerika Syarikat.
Wanita berdarah Inggeris itu menjadi saksi kepada beberapa
persembahan wayang kulit di Kelantan, khususnya Kota Bahru pada era
tahun 1970-an hingga 1980-an. Tergerak hati untuk membukukan memori tersebut, novel beliau bukan
sahaja diolah seperti kisah misteri ala Sherlock Holmes, bahkan
menyentuh kehidupan masyarakat Kelantan terutamanya wayang kulit. Dalam novel itu, Barbara tampil dengan siri penyiasatan penuh
misteri membabitkan watak Maryam, seorang penjual kain songket di pasar
Kota Bharu.
Mungkin agak luar biasa untuk menceritakan bagaimana seorang wanita
yang menjual kain di pasar menjadi penyiasat dalam membantu polis
menyelesaikan sebuah pembunuhan melibatkan pemain wayang kulit.Namun, Barbara ternyata bijak menggunakan watak-watak hidup yang
ditemuinya di Kota Bahru dan memanipulasi secara bijak. Semua garapan
penulisan itu adalah hasil daripada adaptasi diri beliau dalam kalangan
penduduk tempatan.
“Saya belajar di Kolej Hamilton di New York dan menerima falsafah
kedoktoran di Universiti Yale juga di New York. Pengenalan saya dengan
wayang kulit buat pertama kali adalah ketika saya berada di Jawa semasa
belajar dulu. Profesor saya, Doug Raybeck seorang antropologis yang belajar di
Kelantan, mengajar saya bahasa Melayu,” kata wanita itu melalui temu
bual e-mel yang dilakukan baru-baru ini.
Fasih berbahasa Melayu tetapi dalam loghat Kelantan, Barbara
terpengaruh dengan Raybeck dalam melanjutkan pendidikan mengenai wayang
kulit Siam di Kelantan.
“Pertama kali saya menonton wayang kulit Siam, saya terus jatuh hati,” katanya.
Ibu kepada dua orang anak, Jerushah, 25 dan Arielle, 21, itu amat
mendalami penceritaan dan persediaan wayang kulit termasuk mempunyai
hubungan rapat dengan tok dalang sehinggalah kepada para penonton
tempatan. Mengimbas pengalaman menonton wayang kulit, masih segar dalam kotak
fikiran Barbara mengenai persembahan yang melarut hingga lewat malam
itu.
“Ada orang yang melintas ulang-alik di hadapan tabir putih dan urusan
jual beli snek serta kopi berlangsung di tepi pentas. Ada yang duduk,
merokok, berbual-bual dan makan sewaktu persembahan itu. Ia seperti
sebuah majlis keramaian,” ujar beliau yang turut mendirikan rumah tangga
dengan lelaki Melayu.
Wanita lebih berkuasa
Pemerhatian Barbara di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu turut berkisar
mengenai pengaruh wanita. Wanita tempatan dilihat bukan sahaja cantik
pada rupa, malah amat berkuasa. Laksana ketua dalam keluarga, peranan
mereka merentasi kemahiran berniaga dan menjaga kebajikan ahli keluarga. Beliau juga berpendapat, golongan lelaki pula digambarkan sebagai
kurang reputasi dalam berniaga lantas lebih suka membantu isteri dan
lepak di kedai-kedai kopi selepas bersara.
“Seperti watak utama novel saya, Maryam, wanita di Kelantan sangat
berbakat, berani dan mampu berdiri di kaki sendiri tanpa bayang-bayang
lelaki. Mungkin juga ia menjadi sebab mengapa Kelantan agak mendahului
statistik perceraian kerana wanita-wanita tidak perlu bergantung kepada
lelaki,” katanya lagi sambil menambah bahawa pada tahun 1970-an,
Kelantan agak ketinggalan dan terasing daripada bahagian barat
Semenanjung Malaysia dari segi pembangunan. Keramahan dan kemesraan penduduk di Kelantan juga menambat hati
Barbara dan dia berharap pada suatu hari nanti kedua-dua anak
perempuannya dapat merasai pengalaman yang sama.
Budaya Melayu
Kisah yang dibawa dalam novel Barbara banyak dibantu oleh rakannya, Ijan Shaari.
“Dia membaca draf novel dan banyak membantu dalam penelitian penggunaan bahasa Melayu serta penerangan tentang budaya.Jiran saya di Kota Bharu yang ketika itu berusia 12 tahun, Ashikin
Mohd. Ali, turut menawarkan bantuan dalam mendapatkan maklumat mengenai
budaya dan orang Kelantan,” ujarnya Barbara yang menetap sekitar lima
tahun di Kelantan.
Barbara juga amat berterima kasih kepada ramai lagi orang
perseorangan, jiran-jiran dan rakan-rakan beliau di Kelantan yang banyak
membekalkannya dengan pengalaman yang indah tatkala di Kelantan.
“Bryn Barnard, seorang artis yang saya kenali sejak kami di Kelantan
pada tahun 70-an, membaca draf dan memberi komen membina. Pengarang
saya, Richard Lord, memberi idea dalam saya menjayakan novel ini, tidak
dilupakan adik ipar, Shahmim Dhilawala, yang berkerja keras untuk novel
ini,” kata Barbara.
Wanita kulit putih yang lebih menyukai kehidupan fasa perlahan
Kelantan berbanding New York itu turut menggambarkan kebudayaan orang
Melayu khususnya di Kelantan.
“Orang Melayu amat menjaga hati orang lain dalam setiap tindakan dan
percakapan. Di New York, kami cakap sahaja apa yang terlintas, tanpa
memikirkan impak kepada orang lain. Pengalaman di Kelantan membuatkan
saya lebih kemelayuan. Kini saya bercakap, makan, masak, bertindak,
semuanya dipengaruhi resam Kelantan,” katanya bangga.
Walaupun sudah sekian lama tidak melawat Kelantan, negeri itu menjadi
kegemarannya di Malaysia memandangkan, dia masih mempunyai ramai
kenalan di situ selain di Melaka dan Kuala Lumpur. Merindui pemandangan semula jadi Kelantan dan makanannya seperti nasi
dagang dan kek Kelantan, Barbara mengakui, rasa cintanya terhadap
Kelantan sesuatu yang tidak dapat dipadam begitu sahaja dan akan terus
dihidupkan melalui penulisan buku beliau.
“Saya masih ingat apabila balik ke rumah selepas menonton wayang
kulit, segala-galanya gelap gelita. Apabila mendongak ke atas, saya
dapat lihat awan yang cantik dipenuhi bintang-bintang.Tidak mungkin saya mendapat perkara yang sama di New York. Itu adalah kecantikan milik Kelantan,” ujarnya.
Sumber: Kosmo
Komen aku: alangkah bertuahnya kalau boleh jumpa dengan dia...nak bawak dia nyuluh ikan, mmukat burung puyuh ;)
Langgan:
Catatan (Atom)