Khamis, 2 Ogos 2012

Uncle Seekers Ada Blog Baru?


Uncle Seekers bukan calang-calang
segala mak nenek maklumat ada dalam poket dia
macam kocek doraemon pulak…kebal tuuuu…tak lut hu hu hu

sekarang ni Uncle Seekers dah buat blog baru
tak tahulah pulak apa jadi dengan blog lama dia
dulu tak boleh akses blog uncle seekers walaupun
boleh aje kalau nak baca pun hu hu
masa aku baca blog baru Uncle Seekers tadi…
baru ada 5 entri, semuanya pasal kes penangkapan dan remannya dulu
tapi pengunjung dah lebih 85 ribu hu hu hu
semangat betul aura dia ni…


Rabu, 1 Ogos 2012

Isu NFC, Rafizi Ditahan Kerana Langgar BAFIA


Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli
telah ditahan polis pada pukul 7 pagi tadi berhubung kes
pencabulan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
atas dakwaan terbabit mendedahkan butiran perbankan
berkaitan dengan projek Perbadanan Feedlot Nasional (NFC)
telah didakwa pada jam 9 pagi tadi di Mahkamah Shah Alam
Rafizi mengaku tidak bersalah mendedah akaun NFC di Mahkamah Sesyen.

Rafizi yang hadir ke mahkamah dengan berkemeja kotak berwarna biru
ditemani isteri, Afisza; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Dzulkifli Ahmad.
Turut dituduh atas pertuduhan sama,
bekas kerani Public Bank cawangan Jinjang, Johari Mohamad
atas tuduhan bersubahat menyalurkan maklumat dokumen NFC.

Pada 7 Mac lalu, Rafizi bertindak menzahirkan dokumen NFC
di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
jika didapati bersalah beliau boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara
atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya.
Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.


Komen aku: akaun bilis macam aku didedahkan, BAFIA ka MAFIA ka…
tak hingin nak ambik peduli pun, Maklumlah hanya ada sen-sen je…
wat penat meroyan je buat aduan
akhirnya tetap ramai yang ambil kesempatan menipu kiri kanan
dari jumlah sen yang ada...dunia! dunia!




Pokok Ekor Kucing?


Selasa, 31 Julai 2012

Maklum Balas Akhbar berkaitan "JPA Lengah Naik Gred Guru"

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil maklum dan prihatin di atas perkara yang dibangkitkan oleh Hashim Adnan, Presiden NUTP agar JPA menaikkan gred 400 guru yang memperoleh ijazah melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari Gred DGA32 dan DGA29 kepada Gred DG41 seperti yang dinikmati 7,975 guru lepasan Program Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS).

Untuk makluman, Program Pensiswazahan Guru (PPG) adalah merupakan isu Pertukaran Pelantikan kerana ia melibatkan dua skim perkhidmatan yang berbeza dan bukannya kenaikan gred guru. Isu pelantikan guru adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pihak JPA hanya terlibat dengan keperluan pewujudan jawatan dan tidak terlibat dengan proses pelantikan guru.

Sehingga 23 Julai 2012, JPA telah meluluskan sebanyak 7,975 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) pelbagai Gred ke jawatan PPPS Gred DG41 di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkuat kuasa 2 Oktober 2010. Pewujudan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 adalah bagi menampung keperluan penempatan PPPLD yang telah tamat dan memperoleh ijazah di bawah Dasar Pensiswazahan Guru secara PJJ yang dilaksanakan oleh KPM. 

Kelulusan tersebut telah menyelesaikan isu guru yang telah memperolehi ijazah sebelum tahun 2010 sehingga Disember 2011 dan telahpun lulus temuduga dan diperaku oleh SPP untuk dilantik sebagai PPPS Gred DG41.

Berhubung isu 400 guru yang telah tamat pengajian dan belum diluluskan kenaikan gred oleh JPA dan KPM, KPM kini sedang mendapatkan maklumat daripada NUTP berkaitan sumber data 400 guru tersebut termasuk mengemukakan senarai nama penyandang ke KPM. Untuk makluman sehingga kini, JPA masih tidak menerima sebarang permohonan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM bagi menukar ganti jawatan berhubung kohort baharu guru yang telah tamat PPG.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
26 Julai 2012

Bayaran Khas Kewangan RM500 Kepada Pesara Kerajaan

YAB Perdana Menteri pada 25 Julai 2012 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara Kerajaan.

Bayaran Khas Kewangan itu akan diberi kepada semua pesara Perkhidmatan Awam (Persekutuan dan Negeri serta Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan) yang layak menerima pencen pada atau sebelum 25 Julai 2012 termasuk ahli keluarga tanggungan pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada atau sebelum 24 Julai 2012 dan menerima pencen terbitan pada 25 Julai 2012.

Sehubungan dengan itu, pesara dan penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh mengeluarkan pembayaran tersebut mulai dari 9 Ogos 2012. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen.

Penerima yang perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) tidak perlu berbuat demikian bagi mengeluarkan RM 500 ini.

Penerima yang dibayar melalui waran yang akan diposkan selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2012 boleh menunaikannya dengan serta merta.

Bayaran Khas Kewangan untuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Kementerian Pertahanan. JHEV boleh dihubungi di talian 03-2050 8000 atau laman web http://www.jhev.gov.my.

Sebarang kemusykilan sila hubungi talian 03-8885 4421 / 4438 / 4424 / 4732 /4747.

Dato’ Yeow Chin Kiong
Pengarah
Bahagian Pasca Perkhidmatan
26 Julai 2012