Selasa, 31 Julai 2012

Terjun Flat Lari Dari Penculik, Anak Pukul Bapa Hingga Koma


Mmmmmm tajuk tak leh blah!

Hidup ni memang tak mudah, perlu berjuang
Banyak yang perlu diperjuangkan, banyak tanggungjawabnya
Bila jadi anak, tanggungjawab kepada ibu bapa sangat besar
Kalau takat sediakan makan minum ibu bapa memang tak besar cabaran
Namun bila dah libatkan perasaan, sensitiviti dan “angin”
Apalagi kalau ibu bapa dah uzur…Itu yang ramai anak-anak
boleh terjebak dan jatuh hukum jadi anak tak kenang budi anak derhaka
belum lagi kes buang ibu bapa atau hantar ke rumah orang tua
malah, ada ibubapa kena halau dek anak menantu sendiri

di Kuching, seorang warga emas 77 tahun yang koma lebih seminggu
dipercayai akibat dipukul anak sendiri, telah meninggal dunia
di Hospital Umum Sarawak (HUS)
adik suspek mendakwa bapanya ditolak dan dipukul suspek
menyebabkan dia patah tulang rusuk.
menyedari mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri,
suspek membawa mangsa ke HUS bagi mendapatkan rawatan
sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hingga mangsa meninggal
macam dah tak pelik bila jumpa anak pukul ibu bapa...

hidup juga perlu berjuang untuk diri sendiri
berjuang belajar, berjuang kerja, berjuang dapatkan cinta
berjuang demi keluarga sendiri yang adakalanya
berlaku kesilapan sasaran…itu yang buang anak merata
tersalah langkah mengubah haluan hidup
berpusing entah berapa ratus darjah
cabaran hidup sangat banyak hingga ada kala kita boleh rasa lemah
rasa tak kuat, rasa lelah…namun kalau ingat bahawa
Allah hanya menguji hambaNya mengikut keupayaan kita je
dah tentu kita mampu tangani sebaiknya
dan tentu kita mampu harunginya

di Kuala Lumpur, seorang lelaki berusia 22 tahun cedera parah
setelah nekad terjun dari tingkat tiga sebuah flat di Taman Jinjang Baru,
mangsa terjatuh 20 meter parah di kepada, badan & patah pinggang
kerana menyelamatkan diri daripada empat lelaki yang menculiknya
bagaimanapun, selepas bertarung nyawa hampir seminggu di hospital,
mangsa telah stabil dan ceritakan kejadian itu kepada keluarga.

mangsa bersendirian meletak kereta di kawasan flat untuk bertemu seorang rakan
dihampiri empat lelaki sebelum seorang daripada mereka terus menumbuknya
mangsa diancam dengan parang dan terpaksa mengekori ke tingkat tiga salah satu flat
dan dikurung di rumah berkenaan dengan 4 lelaki itu menjaga di luar rumah.
“Selepas 15 minit dikurung, seorang daripada suspek masuk ke dalam rumah,
bertanya di mana bapanya dan arahkan diberi nombor telefon keluarganya
bagi memudahkan mereka menuntut wang tebusan sebanyak RM100,000,”
kumpulan penculik itu meninggalkan rumah selepas mengunci semua pintu dari luar
gagal memecahkan pintu di rumah berkenaan,
mangsa nekad terjun melalui tingkap rumah untuk bebaskan diri.

bapa mangsa berusia 70 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang
dan mengaku tidak menerima sebarang panggilan tuntutan wang
daripada mana-mana pihak dipercayai membatalkan hasrat mereka
selepas mengetahui mangsa meloloskan diri.

Banyak lagi perlu diperjuangkan dalam hidup ni
kalau aku senaraikan…panjang pulak
kita sambung dalam entri lain ya ;)





Adi Putra Ditipu RM19,000 Gara-gara Melabur Di Internet


Satu ketika dulu banyak sangat orang berkempen
melabur di internet, forex la…memasing untung juta-juta
itu kata mereka, tak tahulah betul ke tak
kita tak dapat akses akaun mereka untuk tengok bukti
setakat ni hanya seorang je yang aku kenal
jadi kaya…tu pun kena usaha keras juga jual produk
tapi tetap ada kos melepas; anak-anak jadi mangsa
tak cukup kasih sayang, keluarga tak dapat keutamaan
sesekali balik kampong dengan merz mata belalang
terlopong jugak orang kampung

Hari ni kalau baca metro ka, mstar ka…kat mana-manalah
boleh jumpa tentang kes Pelakon Adi Putra, rugi RM19,000 ditipu
selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet.
laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah Sentul
pelakon terbabit menyertai satu pelaburan
yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi Internet.
"Dia memasukkan RM19,000 ke akaun milik suspek tetapi
komisen yang dijanjikan belum diterima sehingga kini,"
kes disiasat mengikut Seksyen 420 kanun Keseksaan.

Bukan mudah nak senang, tapi lebih mudah untuk susah
kat mana-manapun akan ada orang suka ambil kesempatan
biasanya, orang yang bendul jadi mangsa
orang yang bengkang bengkok akan bahagia senang lenang
namun aku tetap percaya satu je: di dunia dia senang
di sana nanti, dia tak mampu lari dari undang-undang Allah.
Paling tak boleh tahan bila orang yang sebangsa dan seagama kita
Buat hal gitu… macam tak ingat nak mati!



Isnin, 30 Julai 2012

Eksekutif TV9 Ditemui Meninggal Dunia, Mudahnya Kita Menghukum


Kematian Eksekutif Pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaffar, 29,
di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya,
malam kelmarin telah diklasifikasikan mati mengejut oleh pihak polis
ditemui tak sedarkan diri oleh suaminya, Norazman Bashah,
yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota
di dalam salah sebuah bilik di kediaman pasangan itu jam 7 malam
ketika bersiap untuk berbuka puasa.
Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat,
lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.

Suaminya kemudian menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan
dan wanita itu dikejarkan ke Hopsital Sungai Buloh (HSB)
sebelum disahkan meninggal dunia. Siasatan awal polis mendapati
tidak ada unsur jenayah dan Polis sudah merakam percakapan
dari suaminya selain keterangan beberapa saksi termasuk jiran.

Menurut jiran, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam,
menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.
Mungkin berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun
[ada akhbar kata anak lelakinya berusia tiga tahun, mana yang betul?]
dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.
"Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir
yang sempat dicatat mangsa sebelum ditemui meninggal dunia

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian
tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya atau
menghubungi Rakan Cop Polis Selangor,
talian 03-20529999 bagi membantu siasatan.


TERKINI:
 
Doktor pakar mengesahkan terdapat kesan jerutan di leher mangsa & lebam di tubuh.
kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, 
kerana membunuhmaklumat lanjut boleh baca di 
blog Maziduldan blog En. Hazrey 
pihak polis mengesahkan bahawa kematian mangsa akibat dijerut,
bukannya menggantung diri...
kepada anda yang terlalu lancang menyebarkan komen dan buat fitnah kering
anda lebih tahu dari daku apa yang perlu dilakukan...
semoga Ramadhan memberi rahmat kepada kalian

Komen aku:
Pagi ni banyak benar komen-komen dan pendapat hakim tak bertauliah
tentang kes ni, macam-macam spekulasi juga ditimbulkan
tak kiralah apapun sebab, punca atau kejadian sebaliknya
pada bulan Ramadhan yang mulia ni,
ada baiknya kita tidak panjangkan lagi dengan pelbagai spekulasi.
semuanya dah jadi, kita dah tak boleh ubah apa-apa, namun
kita masih lagi boleh ubah agar tidak terjerumus ke arah
menghukum orang lain sedangkan apa yang kita nyatakan itu
kita sendiripun tidak tahu apa sebenarnya.
kita juga tak mampu nak tentukan diri sendiri sama ada ke syurga
atau sebaliknya, jadi sudah tentu kita juga tidak tahu
bagaimana penyudahnya arwah ini di sisiNya.
sesungguhnya rahsia Allah hanya Dia yang tahu
dan Dia jugalah paling tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Entri ini lebih kepada peringatan kepada diri aku sendiri,
sekiranya beri kalian pengajaran, Alhamdulillah.

DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah.





Kerepek Untuk Raya


Dah pun 10 Ramadhan, baru nak war warkan tentang jualan kerepek raya
seperti tahun lepas, kerepek raya rembow menawarkan kerepek sedap
yang rapuh dan ragup untuk tempahan hari raya Aidilfitri bakal menjelma
maklumat lanjut, harga dan gambar-gambar boleh tengok
di Kerepek Raya Rembow

tahun lepas, aktiviti bawah tanah aku bergerak awal sikit, sebelum Ramadhan
tahun ni, masuk Ramadhan baru mula nak gerak
sibuk mengejar dunia, tak sempat nak letak di entri
tak sempat nak promosi, tetapi beberapa orang rakan terdekat
kat ofis tu dah mula menempah bermula Ramadhan
mereka ni dah tahu kesedapan dan keenakan kerepek Rembow
yang sangat rangup kruk kruk dikunyah tak sedar habis setengah kilo
bila tahun ni aku masih lagi jadi ejen, mereka tak lepaskan peluang
terima kasih kepada DJ, DZ dan kak maz yang order
kerepek pedas kering, pedas basah, BBQ, kerepek Pisang Abu dan lada hitam.

Tahun ni, maruku homemade dan simpul kasih tak dapat kami tawarkan
walaupun sebelum ramadhan lagi dah ada yang tanya
sebabnya tak berapa nak cukup kaki dan tangan dah
kami juga kerja, nak menyimpul tak sempat sangat-sangat
curi-curi masa untuk sempurnakan semua tempahan ni

Tahun ni juga, sebenarnya harga dah naik
tapi, kami masih lagi mengekalkan harga tahun lepas
walaupun kami dapat untung yang sedikit kurang, namun
moga-moga tidak membebankan sangat rakan-rakan
maklumlah, musim raya…keseronokan itu biarlah
sama-sama dikongsi. Moga dengan kesedapan kerepek dari Rembow
menambah sedikit lagi keriangan dalam sambutan aidilfitri kalian.

Kali ni juga kami tak ambil banyak bekalan dek alasan yang sama;
tak sempat dan tak cukup kaki serta tangan nak uruskan
tambah pula, aku cadang nak balik kampong awal sikit kali ni
selain nak berbuka dan berpuasa di kampong dengan Mek Ayah,
nak buat maruku sikit untuk rumah kami, dah janji dengan anak buah
dia cukup teruja nak tolong, jadinya…siapa yang cepat akan didahulukan
aku anggarkan tarikh akhir untuk buat tempahan adalah 10hb Ogos 2012
itupun bergantung kepada stok yang ada
Ahad lepas, kerepek pisang Abu tak ada stok langsung
selain harganya dah naik mencanak
jadi, kali ni kami tak ada bekalan kerepek pisang Abu

kepada rakan-rakan yang berada di sekitar kajang, Bandar baru bangi,
serdang, nilai, nilai 3, Bandar seri putra, Bukit mahkota
yang memerlukan bekalan kerepek sempena musim perayaan,
ataupun kalau bukan musim perayaan
masih juga boleh diusahakan jika kuantiti yang besar
[tetapi kami tak jual pukal ya…kami jual runcit]
Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi kami
di 012-274 1940, atau emelkan ke annieyss@gmail.com atau
kerepekrembow@gmail.com atau boleh juga tinggalkan masej
di FB kerepekraya.rembow

tempahan dibuka hingga stok habis.

Ahad, 29 Julai 2012

Peneroka FELDA Dapat Duit Raya RM400


Wahhhhh! Peneroka felda boleh senyum dah tu
PM dah umum nak bagi duit raya kepada peneroka sebanyak RM400
Libatkan 112,635 peneroka FELDA seluruh negara
membabitkan jumlah peruntukan RM43.2 juta.

RM400 seorang bagi setiap peneroka FELDA dan
RM200 seorang bagi peneroka yang bukan bersama FELDA.

Komen aku: bagi lagi banyak…lagi aku suka
Walaupun aku bukan orang FELDA ;)