Aku kongsikan satu rakaman CCTV di stesen minyak Petronas
yang terletak di syeksen 16 Bandar Baru Bangi
rakaman ini memaparkan 2 lelaki tak berapa nak hensem isi petrol,
salah seorang daripadanya masuk kereta sebelah
ambil beg dan berlalu pergi macam tu je tanpa rasa bersalah
sempat lagi tu mencuri kat stesyen petrol ...
cuba tengok video bagaimana lelaki ni mencuri di stesen minyak;
Oohhhhh sangat tak kacak lelaki itu
Bila dah terlalu biasa ambil barang orang
Sangat cekap dan selamba cekodok je samun harta orang
walaupun di stesen pam minyak yang ada CCTV
Peringatan kepada diri sendiri sebenarnya
Bila kat stesyen minyak, selalu je anggap selamat
Selalu je ingat CCTV buatkan orang takut nak menyamun
Padahal ada jugak orang yang tak heranpun
Selamba zirafah je dia rembat
Mulai hari ni, aku berazam untuk lebih hati-hati
Sepanjang masa nak keja waspada
Bukannya sebab aku selalu bawak duit banyak
Atau ada barang-barang berharga sangat, tapi…
Sebab tak ada banyak duit dan tak mampu pakai gelang emas bagai
Maka aku perlu lebih waspada
Telefon cap ayam tu memang tak ada siapa berkenan
Tapi kalau tersalah disapu penyangak
Susah juga nak dapatkan yang baru walaupun murah
Namun, kalau dah waspada, dah hati-hati
Tapi masih juga nak hilang, nak kena samun
…itu namanya takdir!
Paling penting, kita dah usaha kan?
Ahad, 22 Julai 2012
Kedutaan Ditutup, Pelajar Diarah Pulang Dari Syria
Kerajaan telah memutuskan semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria
dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan
yang semakin meruncing di negara Timur Tengah berkenaan.
Kedutaan Malaysia di Syria ditutup serta merta manakala
penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali ke tanah air
atas faktor keselamatan berikutan pergolakan yang semakin meruncing.
proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria akan dimulakan segera
bagi elak kejadian tak diingini
Pemindahan diselaraskan Kementerian Luar Malaysia dan
Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik.
Duta Besar Malaysia dan 4 orang pegawai kedutaan akan turut pulang
buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar diselesaikan.
Terdapat 138 rakyat Malaysia; terdiri daripada 128 pelajar
dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia
dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Kementerian telah membuka Bilik Operasi
orang awam boleh menghubungi talian 03 - 8887 4570
untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pemindahanpelajar di syiria
PsssT: baik juga mereka diangkut bawak balik dari Syiria,
Keselamatan diutamakan, nyawa tak ada harga…
sambil tu bolehlah berpuasa berhari raya bersama keluarga
kita doakan semua mereka selamat kat sana
doakan juga pergolakan di selatan Thai mereda
dan saudara kita di sana menjalani ibadah puasa
dengan lebih tenang
Sabtu, 21 Julai 2012
Imbuhan Aidilfitri Ikut Kemampuan Kerajaan
PM kata Pemberian imbuhan @ bonus sempena Aidilfitri
kepada penjawat awam bergantung kepada kemampuan kerajaan
PM berwajah ceria berkata beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan
terlebih dahulu berhubung perkara itu selepas majlis
penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh FELDA Fasa 2
dan pakaian kepada Pegawai-pegawai Masjid serta
sumbangan Apron kepada peniaga dan
bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan UMNO Pekan.
"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu,
kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun
kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan
kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di Pekan
ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengenai pemberian imbuhan itu.
Pada 16 Julai, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata:
pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik
bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu
dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan
seperti menaikkan harga barangan.
PsssT: maknanya, memang adalah imbuhan @ bonus hari raya Aidilfitri
untuk tahun ni kan? Ada orang kata, selagi belum PRU13,
bonus @ imbuhan hari raya wajib ada
aku juga yakin akan ada bonus raya tu…Cuma tertanya-tanya
berapa jumlahnya…sangat penting untuk tahu
sebab boleh rancang untuk beli keperluan
sebabnya: gaji aku untuk dua bulan ni kena kumpul
buat bayar yuran tertunggak dan juga yuran semester depan
jadi, aku doa-doa PM kita yang baik hati tu (ayat bodek tak reti)
bagilah banyak-banyak sikit..4-5 bulan gaji pun aku tak marah
huh u hu boleh gitu? sabaQ! sabaQ! Jangan marah…
kang kurang pahala puasa!
Saat Hatiku Tersentuh…Marhaban Ya Ramadhan
Alhamdulillah, Ramadhan kita ketemu lagi sekali
Alhamdulillah, kita berpeluang sekali lagi
Untuk sama-sama mengejar bonus bonanza Ramadhan
Ramadhan itu bulan ujian...moga kita berjaya harunginya
Di kesempatan ini, aku ingin merakamkan ucapan
Selamat menjalani ibadah puasa dan mengait segala kelebihan
Sepanjang Ramadhan bulan penuh keberkatan ini
Semoga amalan kita tahun ini lebih baik
Berbanding tahun-tahun sudah
Semoga kita manfaatkan sepenuhnya
Dan barakah Ramadhan yang mulia ini moga-moga
Turut melimpahi seluruh hari kita
Maaf zahir batin seandainya ada catatan di sini mengguris luka
andainya ada tutur kata menyentap jiwa
mengusik minda …andai daku menyentuh hatimu
tanpa sedarku, ampunkan daku, maafkan daku!
Selamat berjuang sepanjang Ramadhan ya…
Bagi yang nak hayati puisi Ramadhan
Yang dah kerap juga aku ulang siar semula
Bolehlah baca semula di entri Marhaban Ya Ramadhan
`pembunuhan bermaruah’ di Pakistan
Sekurang-kurang 705 wanita terbunuh di Pakistan tahun lalu
dalam kes jenayah yang dikenali ‘pembunuhan bermaruah’;
biasanya dilakukan oleh golongan lelaki terhadap ahli keluarga wanita
yang disyaki mempunyai mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
ataupun yang berkahwin tanpa restu keluarga.
Aduhaiiiii kahwin tanpa restu pun kena bunuh jugak?
Media Pakistan yang memetik Yayasan Aurat,
sebuah badan organisasi yang mempertahankan hak-hak wanita,
dalam satu laporan berkata; kes-kes pembunuhan bermaruah itu
meningkat sebanyak 6.7% tahun lalu berbanding tahun sebelumnya
Bayangkanlah kalau cara ni dilakukan juga di Negara kita,
berapa ramai kena bunuh agaknya?
Persoalannya: kalau lelaki pulak yang curang @ ada hubungan sulit?
siapa akan bunuh mereka?
maaflah ya…imaginasi aku memang tanpa kawalan,
aku suka berfikir dengan cara yang berbeza dari orang lain
ada sesiapa nak jawab tak kemusykilan tu?
Langgan:
Catatan (Atom)