Selasa, 17 Julai 2012

JOM bagi idea secara online untuk Bajet 2013


Bermula hari ini sehingga 29 Julai 2012 kita
boleh menyumbang idea, berkongsi cadangan dan
pendapat mengenai Bajet 2013 secara online
ramai-ramai kita bantu PM kita tu untuk buat bajet tahun depan
nanti bolehlah kita nikmati mengikut citarasa kita
barulah kita tahu susah senangnya nak buat bajet
barulah Pm tahu apa yang diperlukan rakyat jelata yang melata ni

inilah peluang berkongsi idea dan cadangan
menyuarakan apa yang kita perlukan
kalau selama ni, ada sebahagian tertentu masyarakat Malaysia
kelihatan terpinggir dan tak siapa diambil tahu
kali ni, sila bagi idea di www.1malaysia.com.my
klik bertajuk 'Bajet 2013: Saya Hargai Cadangan Anda'.

Pembentangan Bajet Negara 2013 akan dibuat pada 28 September
apa tunggu lagi? karang blog panjang-panjang boleh pula
apa salahnya karang pendapat dan kemukakan kepada PM
aku? ohhhhh! bukan tak nak kongsi,
bukan tak mahu beri pendapat…kang aku bagi
ada orang naik darah tinggi sebab
aku akan mintak turunkan harga barang
turunkan harga petrol, turunkan harga minyak masak
turun harga minyak, turun harga emas
turun harga kereta, turun harga rumah, turun harga tanah
pendek kata semuanya turun kecuali gaji je naik
boleh gitu?

Mmmmm kan aku dah kata, aka nada orang naik darah
Kerrrrr kalian jugak nak mintak benda yang sama?



Isnin, 16 Julai 2012

Juara Master Chef Selebriti Malaysia 2012


Bagi yang mengikuti rancangan Realiti Master Chef Selebriti Malaysia Pertama
dah tentu tertunggu-tunggu nak tengok final malam ni
nak juga tahu siapa yang bakal menjuarai master Chef Selebriti Malaysia
yang julung kali diadakan
mereka bukan sahaja hebat berlakon, melawak atau menyanyi
tapi hebat memasak dengan saingan yang sengit

Malam ni kita akan saksikan persaingan peringkat final @ akhir Master Chef
antara Dato’ Fazley Yaacob dan Angah Raja Lawak
malam ni juga kita akan tahu juara Master Chef Selebriti Malaysia 2012

ok, cuba teka siapa yang menang?
Gamaknya Dato’ Fazley Yaacob ke juara Master Chef Selebriti Malaysia?
Gamaknya, boleh tak Angah Raja Lawak pemenang dalam Master Chef ni?
Errrr tak ada gamaknya aku nak teka
jom kita tengok ramai-ramai ya...


PsssT: ada angin yang bergoyang-goyangan berkata
angah pemenang master chef selebriti malaysia yang pertama
betul ke? cer kita tanya sama pokok 


Jadi, siapa yang menang?

Dato' Fazley adalah juara rancangan realiti masakan 
Master Chef Selebriti Malaysia yang pertama

tahniah kepada Dato' Fazley Yaacob...
nanti boleh masak untuk kita rasa masakan tu pulak kan?

Tahniah kepada Angah Raja Lawak juga...dah masuk final tu kira hebatlah kan?
lagi banyak tahniah kepada kalian yang bukan sahaja seronok tengok
rancangan master chef malaysia 2012, tapi...baca pula entri ni...
terima kasih!






Tarikh Tengok Anak Bulan Ramadan


Wahhhhhh! Cepat betul masa berlalu
tak sedar pun setahun berlalu, macam baru aje
bersesak jem teruk balik kampong halaman sambut Aidilfitri
tetiba Khamis nanti nak tengok anak bulan Ramadhan lagi
yaaaa….dah nak puasa
memang teruja, namun risau pun ada sebab masa cepat benar berlari
aku masih terhegeh-hegeh terkial-kial mengejar duniawi
aduhaiiiiii!

kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
istiharkan Khamis nanti bersamaan 19 Julai 2012
adalah tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan tahun ni
di 30 tempat di seluruh negara

Tempat untuk melihat anak bulan adalah;
di Pontian Kecil Johor;
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka;
Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
Bukit Melawati, Pulau Angsa, Kuala Selangor;
Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam;
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak;
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah;
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi;
Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah;
Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman;
Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi Pasir Puteh, Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan;
Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan;
Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak;
Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah;
Bukit Tanjung Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands;
Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan;
Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.

Majlis Raja-Raja bersetuju bahawa cara menetapkan
tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan
pada malam itu juga tarikh permulaan puasa
yang akan disiarkan melalui radio dan televisyen

Mmmmm netah bila tercapai untuk skodeng tengok sendiri anak bulan
mesti lagi teruja untuk puasa esok harinya tu kan?

Tak sabar nak puasa…
banyak azam nak kena laksana sempena puasa tahun ni
banyak harapan nak kena capai ni
moga-moga tahun ni dapat mendulang sebaik mungkin
InsyaAllah, asal ada usaha, asal ada keinginan dan kehendak
Hasrat yang baik moga-moga dipermudahkan

Selamat menjalani ibadah puasa ya...

Walaupun TRW, Kelantan The Red Warriors
Juara Liga Super dan Piala FA 2012  ohhhh piala yang sangat bermakna tu
dapat cuti sehari walaupun belum menang, akan beraksi menentang
kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers, QPR
TRW Kelantan lawan bola dengan Queens Park Rangers QPR
yang ala-ala atromen taro gitu pada 20 Julai di Stadium Shah Alam
jam 9.15 malam…jangan risau ya kalau nak pergi tengok
solat sunat terawih berjemaah akan diadakan dalam stadium
sebelum sepak mula…harapnya cara begini akan dilakukan pasukan lain juga
bukan apa, main bola tetap main bola, tambah lagi bulan Ramadhan...
sokong pasukan bola tetap sokong
usah lupa pula kewajipan yang kena laksana. Tak gitu?

Apa lagi? Gomo Kelate Gomo je lah!
Gomo…jange tak gomo!


Final Master Chef Selebriti Malaysia 2012 Dato’ Fazley Yaacob vs Angah Raja Lawak


Akhirnya rancangan Realiti Master Chef sampai final juga
dengan senarai selebriti yang hebat memasak
akan bersaing untuk peringkat final @ akhir Master Chef iaitu
Dato’ Fazley Yaacob dan Angah Raja Lawak
Ingatkan Juliza Adzlizan, selama ni aku tahu dia pandai masak
mungkin sebab dalam rancangan Master Chef ni
kena masak macam-macam masakan serata alam kot
bukan semua orang boleh masak semua menu kan?
kalau boleh begitu, lagilah best…errr macam aku jugak
reti masak air je untuk celup megi segera
boleh gitu?

Cerita pasal master chef, memang tak lengkap
kalau tak masukkan artis kontroversi Azwan Ali yang kecoh tu
bila dia disingkirkan, agak tenang sikit rancangan realiti masakan ni
tapi kecoh tu lah yang buatkan rancangan ni berperisa
dah lah hanya ada Dato’ Fadzly je yang boleh jadi cuci mata
Jehan miskin dan si Tomok pun dah lama disingkirkan
dah tak ada muka cun hensom kacak jejaka malaya dah…

Jom sama-sama kita tunggu Isnin malam
untuk melihat kehebatan kedua-dua finalis Master Chef ni
bertarung di dapur masakan, gamaknya sempat rentung tak?


Rumah Syarifah Shahirah Pula Dirompak


Dulu Wardina saffiyah jadi mangsa rompakan
hingga dia trauma…
kemudian diikuti dengan penyanyi sms ternama
rumah mawi dan ekin pula disamun tengah malam
sekeluarga diikat, nasib baik mereka semua selamat
dan tidak dicederakan, terkini
rumah pasangan artis Syarifah Shahirah dan Ijoi pula dirompak
itu belum kira rumah orang yang bukan artis
pendek kata, kalau tak samun, akan ada rompakan
tak pun ragut…ish! Seram sejuk bulu kaki kalau ingat pasal ni
walaupun negara kita diistiharkan sebagai Negara paling selamat
[ya, maknanya memang sangat berbeza dengan negeri paling miskin]
di Asia, namun setiap hari, kepala otak ni dok risau je
entah-entah akan datang rumah kita pulak jadi sasaran
dahlah dalam rumah tu terang benderang macam padang bola
tak ada apa yang nak disamun
namun, harta paling bernilai dalam rumah tu adalah
diri aku sendiri…tak ada jual tempat lain untuk beli ganti dah!

Ketika kejadian rompakan malam kelmarin di rumah pasangan tersebut
semua anak mereka (Allisya, 14, Airell, 8, Airra, 5, serta Auddra, 3,)
berada bersama pembantu rumah, dan langsung tak sedar
rumah mereka dipecah masuk
Syarifah Shahira berada di Miri, Sarawak dan suaminya,
Ijoy Azhari, menghadiri majlis perkahwinan rakan.

Bila mereka balik jam 2.30 pagi semalam, ada sesuatu tidak kena
pintu bilik tidur gagal dibuka sedangkan ia tidak berkunci sebelumnya.
Ijoi memanjat balkoni dari luar untuk masuk ke dalam bilik
terkejut mendapati pintu terkopak, baru sedar rumah mereka dipecah masuk
dan kehilangan barang kemas milik anak dianggarkan bernilai RM1,500

Alhamdulillah, walaupun rumah kena pecah masuk,
Ahli keluarga ada kat dalam, Cuma hilang banyak tu je
Nyawa dan keselamatan diri lebih utama dari duit
Walaupun tak ada duit memang susah nak hidup
Tapi kalau dah tak ada nyawa, maknanya memang tak hidup dah
Ada duit banyak manapun bukan hak kita lagi
Dah jadi harta pusaka…adoiiii apa aku melalut ni?

Takziah kepada Ijoi dan Syarifah Shahira dengan kejadian ni
moga mereka sentiasa tabah hadapi hari yang dukacita ni
anggap je sebagai ujian yang menambah eratkan kasih sayang sekeluarga
ceeeeeewah! ayat…tak boleh blah kan?
tapi aku memang maksudkan begitu.
Perkara sebegini akan sedarkan dan beri isyarat kepada kita
betapa Allah beri peluang untuk lebih menghargai orang yang kita sayang
ya…peluang bukan selalunya begitu!