Rabu, 11 Julai 2012

Keputusan permohonan ke IPTA sesi akademik 2012/2013 diketahui Jumaat


Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat ini.
calon boleh semak keputusan permohonan IPTA mulai jam 12 tengah hari
dengan menyemak melalui:

laman sesawang KPT; http://upu.mohe.gov.my
talian bantuan (Helpline); 03-8870 6777
talian hotline; 03-8870 6767
dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS):
UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Dua hari lagi nak kena tunggu ya adik-adik
mesti makan tak lena, tidur tak basah, minum tak sejuk
sabar ya…kalau dah rezeki tak akan ke mana
kepada adik-adik yang gagal dalam permohonan kali ni
biasanya institusi pengajian terbabit beri peluang
untuk buat rayuan permohonan…silalah pohon ya
jangan mudah putus asa.


Blog Uncle Seekers Pun Dah Tak Boleh Akses?


tengahari tadi aku tergedik nak baca blog Jaya Negara
yang buat amukan di putrajaya dan ditembak,
meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital Putrajaya
tadi dah tak boleh akses lagi

Sambil dok melayan drama dari Tanah Besar China sana di TV8,
kenalah juga isi masa kan
terjah lah pulak blog uncle seekers yang masih lagi dalam tahanan reman
wahhhhhhhhh blog uncle seekers pun dah kena block sama ka?
blog uncle seekers pun dah tak boleh akses lagi ke?

gamaknya, blog siapa lagi dah tak boleh akses ya selain
blog Jayanegara, uncle seekers dan Faisal Tehrani?
mmmmm blog faisal tehrani dah lama kena block
sejak semua orang labelkan dia syiah
kesian si hensem tu ;)


Orang Malaysia Suka Marah Ek?


Blog Jaya Negara Pahlawan Samurai Dah Tak Leh Akses?


Baru ada peluang nak menelaah blog Pahlawan pedang semurai
yang mengamuk di Putrajaya awal minggu ni
sayangnya blog jayanegara1234 at blogspot dah tak boleh diakses
skodeng facebook dia...hanya beberapa entri yang disebarkan sahaja boleh baca
tak pun aku memang tak reti buka facebook hu hu hu

Jadi tahulah aku; blog kita ni bila-bila masa boleh dilupus
kalau ada orang tak suka
masa wujudkan blog dulu,
aku jadikan blog ni sebagai sebahagian daripada catatan kenangan
yang boleh aku tengok semula satu ketika nanti...kalau begini cara gayanya
maknanya, tak bolehlah berharap sangat
kenangan dan cerita hidup kita wujud berpanjangan

mmmmm aku bukannya rajin tulis diari
berbanding tulis blog. jadinya, selepas ni mungkin tak banyak kisah aku
kat blog ni lagi...


Pusat Undi Berubah Automatik???? Pulak????



Aku ada tulis entri pasal semak daftar pemilih
Cuba tengok komen yang best ni:


Faham tak? Perlukan translasi?
“Banyak kali dah mengundi…nak kena semak jugak ke?
manalah tau tiba-tiba nama saya (ambo) tak ada
dalam data di tempat yang selalu mengundi tu”

tetiba hari ni baca di akhbar bahawa
pusat undi akan berubah secara automatik, macam tak percaya je baca:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu mewujudkan
sistem pangkalan data sendiri menangani isu pendaftaran bertindih
atau pengundi mendaftar dua kali.
Menerusi sistem baru itu, pangkalan data SPR akan dihubungkan
dengan beberapa agensi termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
serta syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB)
bagi memastikan kawasan mengundi dan alamat pengundi sama.
pangkalan data terbabit akan dilengkapi perisian bagi membolehkan
kawasan mengundi ditukar secara automatik jika alamat pengundi terbabit
dikesan sudah berubah kerana jumlah peratusan rakyat yang menetap
tidak mengikut kawasan daftar mengundi sangat tinggi,
sekali gus mencetuskan kontroversi pendaftaran bertindih atau
pengundi mendaftar dua kali.

Ramai tinggal tempat lain, tetapi mengundi tempat lain.
Contoh: tinggal di Kuala Lumpur, undi di Kelantan.
Sekarang SPR guna Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (Alis)
dengan JPN untuk urusan pendaftaran dan semak daftar.
SPR nak jadikan sistem diguna di Singapura sebagai rujukan
untuk mewujudkan pangkalan data pengundi baru.
bila pertukaran alamat pengundi dikesan
oleh mana-mana pangkalan data,
automatik kawasan mengundi juga akan diubah.