Rabu, 11 Julai 2012

Orang Malaysia Suka Marah Ek?


Blog Jaya Negara Pahlawan Samurai Dah Tak Leh Akses?


Baru ada peluang nak menelaah blog Pahlawan pedang semurai
yang mengamuk di Putrajaya awal minggu ni
sayangnya blog jayanegara1234 at blogspot dah tak boleh diakses
skodeng facebook dia...hanya beberapa entri yang disebarkan sahaja boleh baca
tak pun aku memang tak reti buka facebook hu hu hu

Jadi tahulah aku; blog kita ni bila-bila masa boleh dilupus
kalau ada orang tak suka
masa wujudkan blog dulu,
aku jadikan blog ni sebagai sebahagian daripada catatan kenangan
yang boleh aku tengok semula satu ketika nanti...kalau begini cara gayanya
maknanya, tak bolehlah berharap sangat
kenangan dan cerita hidup kita wujud berpanjangan

mmmmm aku bukannya rajin tulis diari
berbanding tulis blog. jadinya, selepas ni mungkin tak banyak kisah aku
kat blog ni lagi...


Pusat Undi Berubah Automatik???? Pulak????



Aku ada tulis entri pasal semak daftar pemilih
Cuba tengok komen yang best ni:


Faham tak? Perlukan translasi?
“Banyak kali dah mengundi…nak kena semak jugak ke?
manalah tau tiba-tiba nama saya (ambo) tak ada
dalam data di tempat yang selalu mengundi tu”

tetiba hari ni baca di akhbar bahawa
pusat undi akan berubah secara automatik, macam tak percaya je baca:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu mewujudkan
sistem pangkalan data sendiri menangani isu pendaftaran bertindih
atau pengundi mendaftar dua kali.
Menerusi sistem baru itu, pangkalan data SPR akan dihubungkan
dengan beberapa agensi termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
serta syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB)
bagi memastikan kawasan mengundi dan alamat pengundi sama.
pangkalan data terbabit akan dilengkapi perisian bagi membolehkan
kawasan mengundi ditukar secara automatik jika alamat pengundi terbabit
dikesan sudah berubah kerana jumlah peratusan rakyat yang menetap
tidak mengikut kawasan daftar mengundi sangat tinggi,
sekali gus mencetuskan kontroversi pendaftaran bertindih atau
pengundi mendaftar dua kali.

Ramai tinggal tempat lain, tetapi mengundi tempat lain.
Contoh: tinggal di Kuala Lumpur, undi di Kelantan.
Sekarang SPR guna Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (Alis)
dengan JPN untuk urusan pendaftaran dan semak daftar.
SPR nak jadikan sistem diguna di Singapura sebagai rujukan
untuk mewujudkan pangkalan data pengundi baru.
bila pertukaran alamat pengundi dikesan
oleh mana-mana pangkalan data,
automatik kawasan mengundi juga akan diubah.


Selasa, 10 Julai 2012

Video Amukan di Putrajaya


Dah dua hari dok kalut pasal amukan Imam mahdi di Putrajaya
macam-macam komen kita boleh jumpa merata tempat
tak kiralah blog atau FB, malah komen di berita akhbarpun sakan

malas nak komen pasal komen-komen tu semua
aku hanya nak tampal pasal satu video amukan putrajaya
yang taklah ramai sangat orang tengok

Bagi sesiapa yang rasa nak pening mata,
bolehlah tengok video rakaman kejadian amuk putrajaya ni
rakaman amatur je, jadi jangan harap sangat
macam awan studio rakam perkahwinan gilang gemilang Irma hasmie dan Redza
dah namapun rakaman amatur kan?



kalau aku berada di tempat kejadian pun
belum tentu lagi berani pergi buat rakaman
walaupun yang dirakamkan tu lebih banyak jalan tar
dari gambar orang mengamuk

Sayang nyawa oiiii...jangan tahu nak komen je!


ANEH!!!! Nelayan Tangkap 420 KG Kembung Dalam Sejam???


Sekumpulan nelayan Kampung Kempadang di KUANTAN
berhadapan dengan situaasi aneh dan pelik tetapi benar-benar berlaku apabila
berjaya menaikkan hasil tangkapan ikan kembung seberat 420 kilogram (kg)
hanya dalam masa satu jam dengan dua kali naikkan pukat sahaja
mmmmm macam nelayan ni dapat ikan runtuh pula...

Fuhhhhhhhhh! Ikan kesukaan aku ni!
dengan dua kali lepas pukat, dah boleh dapat sebanyak ni?
biar betul!!!! banyaknya ikan! mana datang???
biasanya mereka hanya dapat tangkap antara 30 hingga 50 kg sahaja
tetiba hari ni berpuluh kali ganda
alhamdulillah, rezeki…kalau selalu macam ni, harga ikan murah sikitlah di pasaran ya
bolehlah aku selalu makan ikan, sebelum ni nak makan cicit ikan pun payah
mahalnya mengalahkan tukun tiruan
hu hu hu perumpamaan tak boleh blah langsung!

Dua nelayan muda yang juga adik beradik,
Mohd Hafizan Abdul Jalil, 22, dan Ahmad Firdaus Abdul Jalil, 18,
turun ke laut jam 6.30 pagi dengan memandu bot sejauh 12 kilometer
dari pesisir pantai sebelum melabuhkan pukat
belum pernah memperoleh tangkapan hingga 300 kg sebelum ni
biasanya mereka hanya balik ke pantai pada lewat petang
dengan membawa hasil tangkapan yang tidak seberapa.

Aku malas nak komen apa-apa atau buat apa-apa spekulasi
namun bagi anda yang biasa baca tentang beberapa bencana besar berlaku
mungkin pernah baca tentang hal sebegini
kalian carilah sendiri apa maksud aku...
namun, aku harap agar semuanya berpanjangan begini
biar murah rezeki nelayan pantai kita
biar banyak ikan di pasaran...turun sikit harga ya
selama ni ikan kembung dua ekor pun dah dekat lima ringgit