Isnin, 9 Julai 2012

Rumah Ahli Korporat Dihujani Tembakan


Antara amukan suami isteri di Putrajaya dengan pedang samurai
yang berakhir dengan tembakan, cedera dan kematian
dan hujan peluru di rumah seorang ahli korporat
kepala jadi pening sekejab…macam mabuk neskepe ais pulak!

Polis telah temui 10 kelongsong peluru berukuran 9mm
di rumah seorang ahli korporat akibat tembakan rambang suspek bertopeng
melepaskan tembakan secara rawak dalam kejadian di Subang Jaya SS19
kira-kira jam 4.45 pagi.
ahli korporat itu bersama keluarganya, dua orang tetamu
dan tiga pekerja sedang tidur.

Siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV),
seorang suspek bertopeng dilihat melepaskan tembakan rawak
mengakibatkan kerosakan dua buah kereta mewah dan
kesan tembakan pada dinding, tingkap rumah pula telah pecah.

Pengawal keselamatan bertugas di rumah mangsa menyangka
bunyi tembakan itu adalah bunyi mercun sebelum menyedari
itu adalah amaran daripada suspek dan terus menghubungi polis

Polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat
mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.

Komen aku: semenjak dua menjak ni aku rasa sangat tak selamat
risau kalau-kalau kejadian sebegini perlu aku depani
walaupun aku tak punya rumah mewah, kereta mewah atau
tak pernah hidup mewah…


Amuk Dengan Pedang Samurai Di Putrajaya Nak Gulingkan Kerajaan. Seorang Meninggal


Seorang lelaki dan wanita [dipercayai] pasangan suami isteri,
cedera ditembak selepas membuat kecoh dan cuba menceroboh Kompleks B,
Jabatan Perdana Menteri sambil bawa pedang samurai jam 2.30 petang tadi
lelaki bertubuh sasa itu berseluar jeans dan tidak berbaju,
pasangannya yang berhijab hitam masuk ke pondok pengawal keselamatan
pada pukul 2.30 petang, dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan
dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.

pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,
namun mereka bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil
dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas
tidak diendahkan memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya
cedera dibahagian peha kiri
mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Terkini 5.45 petang:
salah suspek lelaki yang mengamuk di Putrajaya meninggal dunia di hospital


Kemaskini 11.25 malam:

polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan
kedua-dua suspek dan ketika berada di Kompleks B,
suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta
jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.
[laporan awal kata wira milik orang awam]

Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,
anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian
dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang
oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.
Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan
turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota
melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek,

suspek lelaki, Khalil Afandi Hamid, 47 seorang penganggur berasal dari Petaling Jaya
cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan
manakala suspek wanita juga seorang penganggur,
berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.
Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita
menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mempunyai seorang anak
mengaku dirinya 'Imam Mahadi',"
maklumat yang diperoleh daripada suspek lelaki mengatakan,
isterinya yang bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
mempunyai dua orang anak, baru seminggu saling mengenali
[hebatnya dia, kenal seminggu dah kahwin…opsss!]

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis


Video Pertunangan, pernikahan dan resepsi Irma Hasmie Ibrahim & Redza Syah Azmeer Radzuan


Cerita dah basi, aku tahu...hanya koleksi di blog ni
mana tahu kemudian hari aku nak belek semua entri yang ada
kenapalah bersusah payahnya nak tampal?
sebab koleksi pertunangan, pernikahan, pra perkahwinan Irma & Redza ni
sangat comel, sejuk mata memandang dan terisi cahaya kebahagiaan
doakan kebahagiaan mereka dunia akhirat
jom kita tengok video perkahwinan mereka


Video Majlis pertunangan Irma Hasmie Ibrahim & Redza Syah Azmeer Radzuan



Yang ni paling comel...
Dayang-dayang yang iringi pengantin pun comey
Hebat betul kreativiti awan studio ni
Bagi sesiapa yang nak tengok lebih banyak gambar perkahwinan Irma hasmie
Boleh tengok di facebook Irma Hasmie
Tumpang seronok tengok semua gambar-gambar cantik
Tumpang bahagia tengok orang bahagia
Moga berkekalan hingga syurga...

Video Majlis Pernikahan Irma Hasmie Ibrahim & Redza Shah Azmeer Radzuan



Tertanya-tanya, kat mana mereka buat pergambaran
UPM ek? ...

Exclusive Pre Wedding Irma Hasmie Ibrahim & Redza Syah Azmeer Radzuan



Ni pulak majlis resepsi mereka,
Hanya gambar je divideokan...lupa lak nak godek
Siapa yang buat...rasanya bukan awan studio
Sebab gambarnya kurengg meriah sikit ;)
Opsssss! Komen pulak aku ek? TERkomen nak buat macam mana


Resepsi Perkahwinan Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer 1 july 2012



Jarang tengok Photo Guestbook divideokan
Fuhhhh setiap tetamu yang datang diabadikan dalam foto
Terus cetak dan tampal dalam buku tetamu tu siap dengan catatan
Kagum giler akuuuuu...

Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer Wedding - Photo Guestbook Service 01.07.2012



Selamat pengantin baru kepada Irma Hasmie dan Redza
Moga bahagia hingga syurga...


Mak, Saya dah Mati!


Ahad tengah malam...sambil surf cari maklumat
Tengok TV3 Cinema: The Invisible
kisah seorang remaja lelaki yang dibunuh dek rakan sekelas
tetiba hidup secara halimunan dan boleh tengok macam-macam hal
yang berlaku di sekelilingnya tanpa orang nampak
akhirnya dia sedar yang dia dah mati
syahdu sangat bila dia cakap kat maknya:
“Mak, Saya dah Mati!” ...tapi mak dia tak dengarpun!
tak ada siapa yang nampak, kecuali Annie yang bunuh dia
itupun hanya dengar suara je
kira memang dia kena bunuh, tapi masih nyawa-nyawa ikan
kena bunuh ya...bukannya pura-pura mati 

Dia nampak maknya sedih, maknya tercari-cari
semua orang cari dan cuba sembunyikan kejadian sebenar
merata orang cari mayatnya tapi tak jumpa
sebab dia dihumban ke dalam lubang pembentungan dalam hutan
dalam hutan pun ada lubang pembentungan?
ke lubang apa? apa-apa lubang je lah...asalkan lubang
alaaa lubang yang bertutup dengan besi tu...selalu kita jumpa
atas jalan raya kalau kat malaysia ni
kalau kat barat, lubang tu ada terowong bawah tanah sana
jadi orang tak jumpa jasad dia, rohnya pun tak boleh masuk
dalam badan semula, sebab tak boleh masuk ke dalam lubang tu
Ek? Boleh gitu ya? Keluar boleh...masuk tak boleh?
Mmmm namapun filem...namapun fiksyen!

Jadi, dia mengekor je mana si Annie pergi
[annie yang nak bunuh dia sebab ingatkan mamat ni yang lapor polis
rupanya mamat lain yang lapor, kira macam salah sangka je]
sambil pujuk Annie untuk cari badan dia
bila annie ke hutan tempat mereka sorok badannya tu
tetiba jasad tu dah hilang...dek rasa bersalah
annie cari jugak hingga sebabkan dia ditembak rakan sejenayahnya
sempat jugak dia telefon suruh polis pergi cari di empangan
hingga akhirnya jasad tu ditemui
bila dirawat dia koma...syahdu sangat bila tengok
annie dengan rasa bersalahnya cuba sedarkan si hero
padahal dia cedera parah masa tu...cedih! cedih!

cerita ni dah lama...tapi aku memang suka tengok yang lama pun
agaknya sebab dakupun dah nak jadi barang lama kot
dah nak antik hu hu hu


Ahad, 8 Julai 2012

Jom Semak Daftar Pemilih


Pilihanraya dah dekat kan? Kalian dah mendaftar Pemilih kan?
dah buat semakan pemilih? Jom…kita semak pulak!
Cara semak daftar pemilih:
1. menerusi lawan web SPR di www.spr.gov.my
2. SMS “SPRSEMAKNO KAD PENGENALAN” dan hantar ke 15888
3. Telefon ibu pejabat SPR di talian 03-88856565.
4. Pergi sendiri

Setakat ni tak sampai tiga peratus atau hanya 354,436
daripada 12.9 juta pemilih berdaftar Dah semak pendaftaran mereka
sepanjang Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2012 bulan lepas.
daripada jumlah itu 234,592 membuat semakan melalui laman web SPR,
Sistem Pesanan Ringkas (106,238), telefon (6,884), hadir sendiri (6,578),
faksimili (402) dan selebihnya melalui surat.

Daku dah semak, kalian?
Mmmmmm tak sabar pulak nak mengundi tahun ni...