Isnin, 9 Julai 2012

Mak, Saya dah Mati!


Ahad tengah malam...sambil surf cari maklumat
Tengok TV3 Cinema: The Invisible
kisah seorang remaja lelaki yang dibunuh dek rakan sekelas
tetiba hidup secara halimunan dan boleh tengok macam-macam hal
yang berlaku di sekelilingnya tanpa orang nampak
akhirnya dia sedar yang dia dah mati
syahdu sangat bila dia cakap kat maknya:
“Mak, Saya dah Mati!” ...tapi mak dia tak dengarpun!
tak ada siapa yang nampak, kecuali Annie yang bunuh dia
itupun hanya dengar suara je
kira memang dia kena bunuh, tapi masih nyawa-nyawa ikan
kena bunuh ya...bukannya pura-pura mati 

Dia nampak maknya sedih, maknya tercari-cari
semua orang cari dan cuba sembunyikan kejadian sebenar
merata orang cari mayatnya tapi tak jumpa
sebab dia dihumban ke dalam lubang pembentungan dalam hutan
dalam hutan pun ada lubang pembentungan?
ke lubang apa? apa-apa lubang je lah...asalkan lubang
alaaa lubang yang bertutup dengan besi tu...selalu kita jumpa
atas jalan raya kalau kat malaysia ni
kalau kat barat, lubang tu ada terowong bawah tanah sana
jadi orang tak jumpa jasad dia, rohnya pun tak boleh masuk
dalam badan semula, sebab tak boleh masuk ke dalam lubang tu
Ek? Boleh gitu ya? Keluar boleh...masuk tak boleh?
Mmmm namapun filem...namapun fiksyen!

Jadi, dia mengekor je mana si Annie pergi
[annie yang nak bunuh dia sebab ingatkan mamat ni yang lapor polis
rupanya mamat lain yang lapor, kira macam salah sangka je]
sambil pujuk Annie untuk cari badan dia
bila annie ke hutan tempat mereka sorok badannya tu
tetiba jasad tu dah hilang...dek rasa bersalah
annie cari jugak hingga sebabkan dia ditembak rakan sejenayahnya
sempat jugak dia telefon suruh polis pergi cari di empangan
hingga akhirnya jasad tu ditemui
bila dirawat dia koma...syahdu sangat bila tengok
annie dengan rasa bersalahnya cuba sedarkan si hero
padahal dia cedera parah masa tu...cedih! cedih!

cerita ni dah lama...tapi aku memang suka tengok yang lama pun
agaknya sebab dakupun dah nak jadi barang lama kot
dah nak antik hu hu hu


Ahad, 8 Julai 2012

Jom Semak Daftar Pemilih


Pilihanraya dah dekat kan? Kalian dah mendaftar Pemilih kan?
dah buat semakan pemilih? Jom…kita semak pulak!
Cara semak daftar pemilih:
1. menerusi lawan web SPR di www.spr.gov.my
2. SMS “SPRSEMAKNO KAD PENGENALAN” dan hantar ke 15888
3. Telefon ibu pejabat SPR di talian 03-88856565.
4. Pergi sendiri

Setakat ni tak sampai tiga peratus atau hanya 354,436
daripada 12.9 juta pemilih berdaftar Dah semak pendaftaran mereka
sepanjang Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2012 bulan lepas.
daripada jumlah itu 234,592 membuat semakan melalui laman web SPR,
Sistem Pesanan Ringkas (106,238), telefon (6,884), hadir sendiri (6,578),
faksimili (402) dan selebihnya melalui surat.

Daku dah semak, kalian?
Mmmmmm tak sabar pulak nak mengundi tahun ni...


Sabtu, 7 Julai 2012

Promosi arak sebagai ‘Ramadan Sales’?????


Kurang ajar tak? Kurang ajaran tak? Kurang sensitif tak?
Biadap tak? Kalau boleh, nak maki je!

Errrr apa kisah sebenarnya ni?

Dua hari lepas Cik Bintang ada cerita:
adindanya nan comey menawan ayu rupawan itu
ada “like” satu pasaraya, tetiba buat Ramadhan sales untuk arak
apa perasaan kalian? Suka tak? Gembira tak?
Rasa nak lempang je!


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengecam
tindakan sebuah pasar raya yang menjadikan minuman keras
arak sebagai promosi Ramadan, bulan yang dianggap mulia
dan bulan ibadah puasa umat Islam.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman berkata,
tindakan pasar raya di sebuah kawasan perumahan di Selangor itu
sebagai menghina agama Islam dan sengaja dilakukan
untuk menguji kesabaran umat Islam.
bab macam ni tak adalah pulak orang kita nak meroyan bagai
kepada anda yang terjumpa benda-benda gini
silalah buat laporan polis, buat aduan kat Jakim ka apa
biar Jakim ambil tindakan bukan takat dok haramkan novel je
banyak lagi benda haram lain yang mengancam umat Islam

Dah lah tahun lepas sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris
siarkan iklan berbuka puasa promosi masakan berasaskan babi
ingat puasa tu pesta ke apa...pesta makan ek?
pesta mabuk-mabukan eh? macam tak masuk akal pulak
kata dah berpuluh tahun tinggal di Malaysia,
kata dah rakyat Malaysia yang berbilang kaum
guna bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaaan,
agama Islam sebagai agama kebangsaan
tak boleh faham dan tahu apa yang orang Islam boleh,
apa yang orang islam tak boleh?
kenapa boleh tak tahu tentang sensitiviti umat islam?
atau sebenarnya sengaja? tak rasa tercabar dan terhinakah kita?

Tak ada niat nak menghasut,
Tapi sangat kesal...sangat-sangat kesal!

PssssTT:
Ratu Rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, bakal melangsungkan pernikahannya selepas solat isyak malam ni di kediaman keluarganya di Telok Gadong, Klang, Selangor. Ella bakal menerima wang hantaran berjumlah RM50,000 beserta tujuh dulang hantaran dari pihak lelaki. Ella dan Azhar Ghazali, seorang juruterbang syarikat penerbangan Firefly bakal mengadakan majlis resepsi pada bulan Disember ini di Putrajaya International Convention Center (PICC). Tahniah dan selamat pengantin baru kepada Ella dan Azhar Ghazali, semoga perkahwinan mereka akan bahagia dunia akhirat.



Jumaat, 6 Julai 2012

Sembunyi Bayi Dalam Beg Galas Hingga Mati


Tahan nafas je baca tajuk akhbar memalam ni
aduhaiiiii, nak kata tak kena...tak kata lagi tak kena
hingga aku terfikir, apa sebenarnya
anak-anak zaman sekarang nak dalam hidup mereka?
kalau zaman aku dulu, umur macam ni masih tak matang lagi
main ting-ting lompat-lompat terjun tiruk masuk parut
comot jeeee...errr sampai sekarang pun masih comot lagi hu hu hu
sangat berbeza dengan budak-budak sekarang
semuanya terkehadapan dalam semua benda

Contoh paling dekat boleh tengok anak-anak buah aku
yang dah 14 orang tu...7 orang di negeri paling maju,
5 lagi di Kedah walaupun adik dan adik ipar tu kerja Penang,
namun tak mampu nak tinggal di pulau dek kos hidup yang tinggi
manakala 2 lagi kat negeri paling miskin
yang tinggal di negeri paling maju ni...maju betul pemikiran mereka
tak online facebook, tak chat...macam rasa ketinggalan zaman
kecik umur setahun setengahpun, dah tak reti nak pakai telefon kuno
takat nokia 3310 tu, dibuat baling anjing je
naknya yang touch skrin...main pulak baling-baling burung merah
sedangkan yang tinggal di negeri paling miskin nun
facebook pun mereka tak kenal
tengok tikus, gigil-gigil nak pegang risau rosak
tapi anak buah yang dok di negeri paling miskin tu,
walaupun orang kata ketinggalan zaman, tinggi kesantunannya
hormat orang tua, nak bercakap pun ada susilanya
bukan main sampuk, pakai redah je borak dengan orang tua
nasib baik makcik dia...kalau orang lain dah kena lesing...
aduyaiiiii! Ohhhhh apa yang aku merepek ni?

Yang aku dok bebel tu sebenarnya nak bagi tahu
budak zaman sekarang lebih terkehadapan jauh sangat
berbanding zaman aku yang kuno ni...
zaman moden ni, umur 16 tahun pun dah terberanak
kalau beranaknya bulan 7, maknanya terbuatnya tu tahun lepas kan?
masa umur 15 tahun kan?
dah terberanak, simpan pulak anak dalam beg galas hingga mati
Adusssss! Bebi tu tak nangis ke?

Kes berlaku di KUALA TERENGGANU:
Seorang pelajar berusia 16 tahun mengadu sakit perut dan
mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),
akhirnya mengaku dia baru lahirkan anak di asrama sekolahnya
dan sorok anak itu dalam sebuah beg galas
beg galas tu pulak diberikan kepada seorang kawannya
kawannya tu pulak, tak tahupun apa isi beg tu...
Ish! Ish! Ish! Macam cerekarama pulak!

Dia melahirkan Seorang bayi perempuan jam 1 pagi Selasa lepas
[orang yang terberanak cara ni, ramai yang dok cerita macam mudah benarnya beranak
sedangkan kalau mulut gatai dok tanya kawan, sedara mara dah kahwin tu
sampai ada yang taubat tak mau beranak lagi...]
mayat bayi cukup sifat ditemui dalam beg galas itu apabila doktor
yang merawat pelajar terbabit menghubungi rakan pelajar itu dan memintanya
bawa beg berkenaan, bila disiasat tempat pelajar itu melahirkan bayinya,
polis menemui gunting dipercayai diguna untuk memotong tali pusat bayi
dan gunting tu dah dibuang dalam tong sampah.

laporan bedah siasat terhadap bayi itu mendapati ada kesan lebam pada kepala
dan terdapat air dalam paru-paru serta pendarahan yang teruk
kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan
kerana menyebabkan kematian...semak kepala aku, sesak dada aku

hari ni hari Jumaat kan? Nak pergi ofis jab,
urusan dunia banyak lagi belum siap...


Khamis, 5 Julai 2012

Uncle Seekers direman 4 hari


Sebelum ni 30 individu membuat laporan polis berhubung penulisannya
yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor
padahal sebelum tu terdapat lebih 60 entri di blognya
uncle seekers menulis tentang kerabat, Tengku Mahkota dan Sultan Johor
mungkin orang tak sedar kot masa tu
aku pun pernah lepak juga di blog dia, saje nak tengok trafik blog
kalau pergi blog orang lain, glamer macam manapun
tak lah setiap saat ada orang masuk
tapi kat blog dia ni...pergerakan masuk visitor tak berhenti
macam gerakan jarum saat pada jam...kagum gilerrr!

malam semalam, uncle seekers dan teman wanitanya
dah ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya
jam 9.45 malam di Tol Senawang, Negeri Sembilan
untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.

Polis dah dapat perintah tahanan reman empat hari
pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas 
bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel
dalam blognya yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim.
perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah
blog uncleseekers.blogspot.com itu
dibacakan Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret di Johor Bahru

sebelum ni blogger uncle seekers pernah menimbulkan kontroversi
bila menulis tentang bekas permaisuri Agung Siti Aishah,
kemudian memaparkan entri-entri berkaitan tafsir mimpi
yang ada antaranya melibatkan penyanyi nombor satu negara
Datuk Siti Nurhaliza