Jumaat, 22 Jun 2012
Doakan Kajol Kembali Ke Pangkal Jalan
Aku memang suka lagu-lagu dikir barat
Tak kira yang jenis moden, klasik, dikir patani ataupun irama bollywood
Tak kesah Seman Wau Bulan, Daud Bukit Abal, Cikgu Sulizi, Ropi
Zaidi Buluh Perindu, hinggalah Man Khan dan Halim Yazid...
memang naik angin bila dengar dikir barat ni
tak pun dengan suara merdu Faridah, ROSALINDA, adik wani
hinggalah penyanyi bergetah lain dalam kumpulan Jaguh
Elyana, Ezrin...kalau nak sebut memang tak habis
Masa pergi UM jumpa penyelia pagi tadi
Terpandang akhbar, ada gambar Kajol...
Awalnya ingatkan Kajol heroin Shah Rukh Khan tu
Rupanya Kajol si penyanyi dikir barat moden terkenal tu..
‘Kajol’ atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26 kata
“Saya akan cuba insaf” selepas Mahkamah Tinggi Syariah
menerima rayuan berhubung sabitan hukuman penjara sebulan
oleh Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah, tahun lalu bersabit tuduhan
“berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai”
di tapak ekspo, 15 April tahun lalu.
Tahun lalu Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah menjatuhkan hukuman
penjara sebulan dan denda RM1,000 atau
lima bulan penjara jika gagal membayar denda.
Dia menjelaskan denda tersebut dan mengemukakan rayuan
supaya hukuman penjara itu diketepikan.
Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya
bagaimanapun menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu
selama setahun dengan syarat “Kajol berkelakuan sopan” dalam tempoh itu
iaitu, tidak ada kesalahan sama berbangkit.
Jika perayu gagal, maka hukuman akan terlaksana.
Mohd Hafiz adalah Orang Asli suku Temiar dari
Rancangan Penyusunan Semula (RPS) Orang Asli, Kuala Betis, Gua Musang.
Menurutnya, dia akan cuba berubah dan mengurangkan aktiviti
persembahan dikir barat...
“Saya akan cuba insaf secara perlahan-lahan, kalau hendak secara mendadak
saya tidak pasti tetapi perkara yang berlaku ini memberi pengajaran kepada saya,”
aku setuju sangat keputusan Pak Hakim yang berpandangan jauh ni
beri Mohd Hafiz peluang...beri dia dorongan
bukan semua perkara jadi baik dengan hukuman
sama-samalah kita doakan agar Mohd Hafiz ni diberikan lebih kekuatan
bukan mudah nak jadi baik, nak kembali ke jalan yang benar
pasti akan banyak cobaan, ujian dan setan-setan yang
cuba menariknya kembali ke arah tak betul
Jadi jahat sangat mudah, nak jadi baik tu yang susah
Orang macam Mohd Hafiz ni lah patut kita dorong,
kita dekati dan berkawan moga-moga membantu dia
bukannya kita kutuk, hina, sindir, perli atau sisih
kita bukanlah sesiapa untuk menghukum dia
sebab kita sendiripun belum tahu lagi masa depan akan bagaimana
Permohonan Tawaran Pinjaman Kerajaan Negeri Kelantan
PERMOHONAN TAWARAN PINJAMAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS BAGI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DAN DIPLOMA DI UNIVERSITI / INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN SESI 2012/2013
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan serta berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama / Diploma di Universiti tempatan (IPTA sahaja) dan peringkat Diploma di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Diploma / Ijazah di UniSZA (kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah) serta Diploma dan Sijil di Politeknik Kementerian Pelajaran sahaja.
2. Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai kelayakan-kelayakan berikut:
Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan.
Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi tempatan (IPTA sahaja).
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.
Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.
3. Cara-cara memohon adalah seperti berikut :
Permohonan hendaklah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dibeli di pejabat YAKIN dengan harga RM1.00 secara tunai.
Permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulanwang Yayasan Kelantan Darulnaim dan menyertakan sampul surat bersaiz 22 cm x 10 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos RM1.00.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti / Institusi, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada Pejabat YAKIN di alamat berikut :
PENGARAH
YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
TINGKAT 5 , KOMPLEKS YAKIN
JALAN GAJAH MATI
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
Tel : 09-7483213/7446127
- En. Mohd Khairil Hazmie b. Yusof
- En. Wan Mohd Sabri b. Wan Yusoff
- Pn. Rosseinni bt. Mohd Yusoff
- En. Mohd Azman b. Mohd Yusoff
- Pn. Wan Faridah bt Wan Mamat
4. Permohonan adalah dibuka pada 04.06.2012 ( Isnin ) :-
i) Permohonan yang lengkap bagi Kursus Peringkat Sijil Dan Diploma hendaklah diserahkan sebelum @ pada 31.07.2012, manakala permohonan lengkap bagi Kursus Ijazah pula hendaklah diserahkan sebelum @ pada 30.09.2012.
5. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi kriteria-kriteria di atas tidak akan dilayan.
6. Hanya pemohon-pemohon yang berjaya sahaja akan diberitahu.
Khamis, 21 Jun 2012
Astaka Runtuh Di Jertih
BESUT: Dua kritikal, manakala enam lagi masih terperangkap
bila sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih,
runtuh, kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.
Ketika kejadian, semua sembilan pekerja kontrak terbabit
sedang menyiapkan bangunan yang kini sudah 50 peratus siap,
terperangkap di dalam runtuhan bangunan itu.
Setakat jam 5 petang tadi, tiga daripadanya sudah dikeluarkan daripada runtuhan,
dengan dua daripadanya kritikal
mereka dibawa ke Hospital Besut.
Rabu, 20 Jun 2012
Selasa, 19 Jun 2012
Debat Sinar II Saifuddin dan Salahuddin
Sinar Harian sekali lagi buat debat antara dua orang tokoh
nama pun hampir sama, cara mereka berdebat pun comey jugak
taklah nampak sangat menang sorak kampung tergadai
itu pada peringkat awal...lama sikit nanti kita tengoklah ya
tajuk kali ni panas macam tajuk-tajuk yang pernah didebatkan
Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi
Debat Sinar kali kedua malam ini boleh diikuti secara langsung
di Astro Awani saluran 501 dan juga radio Bernama24 mulai jam 9 malam ini.
aku hanya dengar melalui saluran Radio Bernama24
walaupun awalnya tak jelas dan terdengar macam berada dalam tin biskut
akhirnya siaran langsung itu sangat jelas untuk dengar buah butir
apa yang didebatkan...hu hu aku sangat suka dengan profesor sejarah tu
kaw-kaw soalan diberikan, macam kopi kapal api terlebih sukatan
Debat kali ini “Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi".
menemukan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah
dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, dipengerusikan
Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.
Pendengar dan penonton juga boleh mengemukakan soalan
kepada kedua-dua pendebat melalui akaun twitter
https://twitter.com/#!/sinaronline atau
http://www.facebook.com/SinarHarian
atau e-mel editor.online@sinarharian.com.my
Liputan langsung boleh diikuti menerusi www.sinarharian.com.my
mulai jam 9 malam ini, masalahnya bruk aku dah habis limit
hu hu hu sedih tak? Sangat sedihhhh okeh!
Komen aku: debat kali ni nampak cerdik sikit, dah matang
berbanding debat sebelum ni, tak adalah menjerit suara
tinggi terpekik-pekik tapi isinya tadak apapun
memang berbeza kalau bandingkan debat antara
Anwar Ibrahim dan Saberi Chik, dan debat Khairy dan Rafizi
cer tengok semula video debat Khairy dan Rafizi dulu kalau tak percaya
debat hari ni pun seronok nak dengar sebab
kedua-dua tokoh ni faham bahasa Malaysia
mereka ni dapat A kot Bahasa Malaysia masa sekolah dulu
sebab tu lah mereka pandai menjawab soalan la la la
aku memang sokong kalau selalu buat debat macam ni
barulah fikiran terbuka sikit, cakap depan-depan
bahas terus...bangsa kita dah selalu sangat dituduh
suka pukul belakang, dah debat gini kita pun boleh nilai
pemimpin mana yang kita nak pilih
pilihanraya kan dah dekat hu hu hu
Langgan:
Catatan (Atom)