Jumaat, 22 Jun 2012

Permohonan Tawaran Pinjaman Kerajaan Negeri Kelantan


PERMOHONAN TAWARAN PINJAMAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS BAGI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DAN DIPLOMA DI UNIVERSITI / INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN SESI 2012/2013

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan serta berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama / Diploma di Universiti tempatan (IPTA sahaja) dan peringkat Diploma di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Diploma / Ijazah di UniSZA (kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah) serta Diploma dan Sijil di Politeknik Kementerian Pelajaran sahaja.

2. Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai kelayakan-kelayakan berikut:
Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan.
Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi tempatan (IPTA sahaja).
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.
Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.

3. Cara-cara memohon adalah seperti berikut :

Permohonan hendaklah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dibeli di pejabat YAKIN dengan harga RM1.00 secara tunai.
Permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulanwang Yayasan Kelantan Darulnaim dan menyertakan sampul surat bersaiz 22 cm x 10 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos RM1.00.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti / Institusi, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada Pejabat YAKIN di alamat berikut :


PENGARAH

YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
TINGKAT 5 , KOMPLEKS YAKIN
JALAN GAJAH MATI
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
Tel : 09-7483213/7446127

- En. Mohd Khairil Hazmie b. Yusof
- En. Wan Mohd Sabri b. Wan Yusoff
- Pn. Rosseinni bt. Mohd Yusoff
- En. Mohd Azman b. Mohd Yusoff
- Pn. Wan Faridah bt Wan Mamat

4. Permohonan adalah dibuka pada 04.06.2012 ( Isnin ) :-
i) Permohonan yang lengkap bagi Kursus Peringkat Sijil Dan Diploma hendaklah diserahkan sebelum @ pada 31.07.2012, manakala permohonan lengkap bagi Kursus Ijazah pula hendaklah diserahkan sebelum @ pada 30.09.2012.

5. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi kriteria-kriteria di atas tidak akan dilayan.

6. Hanya pemohon-pemohon yang berjaya sahaja akan diberitahu.


Khamis, 21 Jun 2012

Astaka Runtuh Di Jertih


BESUT: Dua kritikal, manakala enam lagi masih terperangkap
bila sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih,
runtuh, kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Ketika kejadian, semua sembilan pekerja kontrak terbabit
sedang menyiapkan bangunan yang kini sudah 50 peratus siap,
terperangkap di dalam runtuhan bangunan itu.

Setakat jam 5 petang tadi, tiga daripadanya sudah dikeluarkan daripada runtuhan, 
dengan dua daripadanya kritikal 
mereka dibawa ke Hospital Besut.



Rabu, 20 Jun 2012

Dah Lama Berlalu Tapi Nak Tayang Juga Si Cantik Ni...Jelita Tak?








Selasa, 19 Jun 2012

Debat Sinar II Saifuddin dan Salahuddin


Sinar Harian sekali lagi buat debat antara dua orang tokoh
nama pun hampir sama, cara mereka berdebat pun comey jugak
taklah nampak sangat menang sorak kampung tergadai
itu pada peringkat awal...lama sikit nanti kita tengoklah ya

tajuk kali ni panas macam tajuk-tajuk yang pernah didebatkan
Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi
Debat Sinar kali kedua malam ini boleh diikuti secara langsung
di Astro Awani saluran 501 dan juga radio Bernama24 mulai jam 9 malam ini.
aku hanya dengar melalui saluran Radio Bernama24
walaupun awalnya tak jelas dan terdengar macam berada dalam tin biskut
akhirnya siaran langsung itu sangat jelas untuk dengar buah butir
apa yang didebatkan...hu hu aku sangat suka dengan profesor sejarah tu
kaw-kaw soalan diberikan, macam kopi kapal api terlebih sukatan

Debat kali ini “Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi".
menemukan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah
dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, dipengerusikan
Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Pendengar dan penonton juga boleh mengemukakan soalan
kepada kedua-dua pendebat melalui akaun twitter
https://twitter.com/#!/sinaronline atau
http://www.facebook.com/SinarHarian
atau e-mel editor.online@sinarharian.com.my

Liputan langsung boleh diikuti menerusi www.sinarharian.com.my
mulai jam 9 malam ini, masalahnya bruk aku dah habis limit
hu hu hu sedih tak? Sangat sedihhhh okeh!

Komen aku: debat kali ni nampak cerdik sikit, dah matang
berbanding debat sebelum ni, tak adalah menjerit suara
tinggi terpekik-pekik tapi isinya tadak apapun
memang berbeza kalau bandingkan debat antara
Anwar Ibrahim dan Saberi Chik, dan debat Khairy dan Rafizi
cer tengok semula video debat Khairy dan Rafizi dulu kalau tak percaya
debat hari ni pun seronok nak dengar sebab
kedua-dua tokoh ni faham bahasa Malaysia
mereka ni dapat A kot Bahasa Malaysia masa sekolah dulu
sebab tu lah mereka pandai menjawab soalan la la la

aku memang sokong kalau selalu buat debat macam ni
barulah fikiran terbuka sikit, cakap depan-depan
bahas terus...bangsa kita dah selalu sangat dituduh
suka pukul belakang, dah debat gini kita pun boleh nilai
pemimpin mana yang kita nak pilih
pilihanraya kan dah dekat hu hu hu



Saham dan Pelaburan Paling Menguntungkan


Aku suka dengar ceramah secara online kat youtube
maklumlah, zaman sekarang ni…sibuk dok kejar dunia
macamlah nak angkut bawak emas dinar masuk kubur sekali
sampai tak sempat nak pi kejar ilmu agama dah
sibuk benar kan hidup kita hari ni…tak dan nak jenguk masjid
jauhnya dari rumah sepelaung aje pun
tapi tak dan…tak sempat, tu belum kira lagi bab
ada unsur fitnah bila pergi masjid tu

Pergi masjid pun ada fitnah?
ada…apa pulak tak adanya
tambah-tambah kalau anak dara comey lawa
pergi masjid sensorang diri tanpa mahram

Zaman dah berubah, kita pun boleh ikut perubahan tu
Nak tampung zat rohani dan minda ni
nak ingatkan semula diri sendiri yang selalu sangat lupa ni
kerap jugalah aku buka youtube dan dengar ceramah
tapi kena pastikan juga ceramah tu dari Ustaz yang layak
beberapa orang yang selalu aku jenguk
Ustaz Azhar Idrus yang selalu kena kecam sebab ceramahnya
terdengar kasar dan keras dek orang tak berapa nak faham dialek trengganu
kadang-kadang Dr. Maza walaupun orang kata dia salafi
tapi paling kerap dengar ceramah Ustaz kazim Elias
walaupun ada orang kata dia UMNO

Opssss! Terpulanglah kat kalian nak labelkan mereka ni apa
Wahabi ka, UMNO ka, Pas ka, Syiah ka…ada aku heran?
bukan kita yang tentukan siapa masuk syurga dan neraka
kita sendiripun belum tahu kena masuk mana, baik tak payah buat
dosa kering tohmah pasal orang lain, apalagi kalau orang tu ustaz
paling tidak depa ni lebih alim dari kita (akulah tu maksudnya)
selagi ilmu yang mereka bagi tu tidak mengakibatkan syirik
dan menduakan Allah, aku dengar je…aku fahamkan je

Bagi sesiapa yang nak kumpul sebanyak-banyak saham
dan tinggi pula pulangannya yang akan kita dapat masa depan
bolehlah dermakan seikhlas hati ke jalan Islam

Pusat Pendidikan Al Barakah ni, sekolah tahfis…
dibina dengan usaha Ustaz Mohammad Kazim Elias.
Segala sumbangan dalam bentuk derma dapat dibuat
ke dalam akaun (boleh digunakan untuk zakat dan wakaf):

CIMB Islamic
Pusat Pendidikan Al Barakah
0816 0000 1291 07


Bank Al Rajhi
Pusat Pendidikan Al Barakah
1520 0188 1970 137


Bank Islam
Pusat Pendidikan Al Barakah
0801 3010 0547 43


Bank Simpanan Nasional
Pusat Pendidikan Al Barakah
0810 0410 0009 7966

Sayang juga, tak ada maybank, kalau tak boleh transfer je
semua yang tersenarai kat atas tu, kena masuk mesin
hu hu hu ampunnnnnn! nampak sangat kan malas hu hu hu

Secara personal, aku lebih suka melalui cara ni
berbanding hulur seringgit dua kepada anak-anak yang mintak derma
kat stesyen minyak atau masa makan kat mana-mana kedai makan
sebabnya sangat mudah: kalau tangan kanan memberi
biarlah tangan kiripun tak tahu
bila guna cara ni, papan kekunci je tahu berapa banyak kita derma,
berapa kerap kita derma, malah kita boleh buat bila-bila masa je
boleh transfer je bila-bila masa, berapa banyakpun nak bagi
seringgit pun tak apa…sepuluh ringgit pun tak apa
ratus-ratus atau ribu-ribu lagilah tak apa kalau mampu
ya tak?



Bagi sesiapa yang berada di Bandar Baru Bangi
Mungkin akan perasan bahawa di sebelah Maybank
berhampiran pasar malam tu, sedang dibina sebuah pusat pendidikan Islam
dulu satu bangunan kecil setingkat yang tak nampak pun
tak perasan pun tempat tu jadi anak-anak belajar
terlindung sebalik pokok kelapa, usang je bangunannya
sekarang ni dah bertukar dengan sebuah bangunan baru yang besar
gah, cantik dan terlihat ciri-ciri seni bina Islam
walaupun nampak macam dah siap
aku pasti masih lagi memerlukan banyak kos
menampung pengurusan dan pelbagai keperluan


Bila kita melaburkan saham dalam bentuk begini
insyaAllah pelaburan Amanah Akhirat ni berpanjangan
akan diperolehi bonus dan pendapatannya
juga sangat mudah untuk lakukannya
hanya transfer melalui maybank2u je

Kompleks Pendidikan Islam Bangi
Maybank 5622 6302 3410

Ramadhan pun dah dekat kan?
Selamat melabur! Selamat menambah pelaburan juga!