Sabtu, 26 Mei 2012

Kemaman dilanda Puting Beliung


Sebanyak 64 rumah dan 5 gerai makan di 5 kampung
ranap dan rosak teruk akibat dipukul ribut dan puting beliung
dalam kejadian bermula jam 11.15 malam kemarin.
Jumlah rumah yang rosak membabitkan 34 buah
di Kampung Bukit Anak Dara (34); Kampung Titian Bertayun (22);
Kampung Ibai Penunjuk (4); Kampung Che Wan (3) dan
Kampung Teluk Kalong (1), 5 gerai makan sementara di Medan Selera Geliga.
atap rumah diterbangkan pusaran angin dan ribut,
ada juga rumah yang ranap dihempap pokok tumbang.

Takziah diucapkan kepada semua mangsa
Semoga mereka tabah hadapi ujian ini
Bagi yang berkemampuan, bolehlah hulurkan bantuan

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Pelajaran Johor (Ypj)


Kepada adik-adik berasal dari negeri Johor terutamanya, permohonan dibuka untuk memohon pinjaman boleh ubah Yayasan Pelajaran Johor 2012;

1. Pemohon mestilah Warga Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap tidak kurang lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor;

2. Pemohon mestilah telah mendapat tawaran tempat pengajian atau sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Dalam/ Luar Negara;

3. Pemohon tiada mendapat tajaan dari mana-mana agensi;

4. Pemohon mengisi permohonan secara on-line di laman web http://www,ypj.qov,my dan menghantarkan slip permohonan ke Yayasan Pelajaran Johor dengan menyertakan salinan dokumen sokongan.



DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN (yang telah disahkan)

1. Salinan Kad Pengenalan/ MyKad Pemohon;

2. Salian Sijil Kelahiran;

3. Salinan Kad Pengenalan/ MyKad Ibu dan bapa atau Penjaga;

4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT;

5. Salinan Sijil Berhenti dan Akuan Persekolahan;

6. Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Pengajian :- Sijil SPM,Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana;

7. Salinan Keputusan Peperiksaan IPT (jika ada);

8. Salinan Slip Gaji/ Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa atau Penjaga;

9. Lain-lain dokumen berkaitan.



HANTARKAN PERMOHONAN ANDA KE:-

Yayasan Pelajaran Johor
No. 12A, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya
Karung Berkunci 711, 80990 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

Maklumat ni je ada…kalau nak tahu maklumat lanjut lagi, cubalah cari di Yayasan Pelajaran Johor.


Jumaat, 25 Mei 2012

No Plat WWW 1 Berharga RM520,000


Fuhhhhh…jangan kata kapcai buruk yang akan guna nombor ni ya
Harga nombornya sahajapun dah boleh beli bangle
Bersama pengawalnya seorang Bangla huh u hu

Bidaan tertinggi diterima melalui no plat kenderaan WWW 1
Dengan harga bernilai RM520,000, mengatasi nombor pendaftaran MCA 1
yang dijual dengan harga RM300,100 sebelum ni
teringin nak tahu siapakah yang bertuah itu!

nombor WWW 333 menjadi pembida terbanyak (84 orang)
sebanyak 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 diterima
sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu
dengan kutipan dianggarkan sebanyak RM11.3 juta
keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW
akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini,
dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012.

Aku memang suka nombor. Kalau di jalan raya aku suka memerhati
nombor-nombor kenderaan yang berada di jalan
namun, takat ni tak pernah lagi rasa nak beli nombor tu
apalagi nombor 4D atau nombor kuda yang lain
kalau harganya sampai cecah setengah juta, mmmmm
memang aku tak mampu kan? Tak kan nak tampal nombor tu
di motor buruk aku pulak…macam tak kena pula!


Samsung Galaxy S III akan berada di Malaysia


Diam tak diam dah tiga empat tahun aku guna telefon biru tu
Sangat jauh tertinggal, bagi kat Amir pun
Dia buat tak heran je…ohhhhh sungguh demand itu budak huh u hu

Masa nak beli Nokia XpressMusik yang tak berapa glamer dah tu
Aku main kutu…tiga bulan, dapat beli telefon sebiji
Panjang pula usianya, dah berapa kali terhempas dan pecah
Masih lagi berfungsi dengan baik

Kadang-kadang, ada juga aku jeling jeling hampir nak juling biji mata
Meleleh je ayaQ lioQ bila tengok bebudak sekarang ni guna
Telefon bukan main canggih dan bergaya lagi
Malaysia sendiripun dah keluarkan tablet 1Malaysia Pad
Tapi paling memberangsangkan…tak lama lagi,
Dengar khabarnya, Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung)
Akan melancarkan telefon pintar, Samsung Galaxy S III
(betul ke pintar? tara mana pintarnya dia ek?)
yang dijangka berada di pasaran dan menggumumkan harganya dalam jangka masa terdekat.

Samsung Galaxy III ialah generasi ketiga bagi segmen Samsung Galaxy S
Dengan ciri seperti perkongsian data dengan mudah dan
memahami kehendak pengguna menerusi suara.
Samsung S III juga turut dilengkapi kemudahan kamera belakang 8 megapiksel
dan 1.9 MP bagi kamera depan dengan dua segmen memori iaitu 16 GB dan 32 GB.

Agak-agaknya, yang mana satu sesuai untuk aku?
Ker nanti, ada benda alah tu…aku lupa nak buat kerja
Sepanjang masa dok baling burung huh u hu

Biasanya aku hanya akan tukar telefon bila dah rosak
sekarang masih lagi belum rosak
tetiba je teringin nak joli hu hu hu

Khamis, 24 Mei 2012

Harga Cintanya RM5 Juta


Kerana cinta, ramai yang sanggup korbankan apa sahaja
Sebab tu kita boleh jumpa macam-macam cerita cinta dalam masyarakat
Kalau aku ada RM5 juta, mungkin juga akupun boleh beli cinta tu
Namun, mana kita nak tahu itu sebenarnya cinta?

Mungkin ramai yang akan kata warga emas berusia 63 tahun itu
Pendek akal, bodoh atau apa-apa sahaja atau
Memaki hamun dengan macam-macam tuduhan
Terpulanglah kepada anda, namun aku sangat percaya
Bagi dia, cinta lebih penting dari segala-galanya
Bagi dia, cinta memberikan ketenangan hati ketenteraman jiwa
Malah cintalah jua mampu mengubah segala yang ada atas muka bumi ini
Biar seburuk manapun ia mampu jadi wangi dan indah
Kalau tak, mana mungkin orang berhenti bercinta
Sejak berzaman…sejak adam dan hawa lagi

Kalau kita serik untuk bercinta, masih ramai lagi yang tidak
Masih ramai lagi yang agungkan cinta
Walaupun ramai juga menjadi pengkhianat cinta
Memang cinta itu buta, ada masa orang itu sendiri rela butakan matanya
Sanggup apa sahaja
Errrr….apa yang aku dok bebel ni ya?
Mmmmm oklah aku tampal aje satu kisah cinta nan sebegini mahal
Jarang berlaku cinta semahal ini di negara kita
RM5 juta tu bukan sedikit…tambah pula dia seorang yang kaya
Maknanya, cintanya lebih besar nilai dari nilaian RM itu
Sanggupkah anda?

Aku? Hu huh u sudah semestinya tak sanggup
Daku bukanlah sesetia mana, bukanlah pengagung cinta abadi
Kalaupun tangkap leleh merindu dendam menggebu-gebu dilanda ombak rindu
Biarlah geloranya tersembunyi kemas jauh di dasar hati
Hu huh u tu la pasal taka da siapa tahu aku boleh ditakel kan?
Huh! Salah sendiri juga…nak buat macam mana, aku kan pemalu!

KUALA LUMPUR: Demi cinta terhadap seorang 'jeneral' dalam tentera Amerika Syarikat yang dikenali menerusi laman sosial, seorang ibu tunggal warga tempatan sanggup menjual harta bendanya dan menyerahkan hasil jualan berjumlah RM5 juta itu kepada lelaki berkenaan tanpa menyedari dirinya ditipu oleh satu sindiket antarabangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur ACP Izany Abdul Ghany berkata sejak 2010, wanita berusia 63 tahun itu yang datang daripada keluarga berada, sanggup menjual banglonya di Bangsar di sini, dengan nilai RM3.5 juta manakala RM1.5 juta lagi diperoleh dengan menjual tanah miliknya, berhutang dengan rakan serta saudaranya untuk diberi kepada lelaki itu.

"Polis telah menjejaki sindiket itu sejak anak wanita itu membuat laporan polis pada September tahun lepas, manakala ibu tunggal itu enggan bekerjasama kerana yakin terhadap cintanya itu sungguhpun siasatan mendapati 'jeneral' itu sebenarnya tidak wujud," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Izany berkata hasil intipan sejak lapan bulan lalu, polis menahan 15 lelaki warga Nigeria dan seorang wanita tempatan berusia 50 tahun, yang menjadi pemilik akaun bank untuk transaksi wang mangsa, masing-masing pada Isnin dan semalam, di sekitar Kota Damansara, Subang Jaya dan ibu negara.

Siasatan polis mendapati kesemua 15 warga Nigeria itu, berusia antara 25 dan 30 tahun, adalah pelajar di kolej swasta di sini dan mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan kes penipuan internet mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Wanita tempatan itu pula bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan pihaknya mendapati wanita itu adalah kekasih seorang daripada anggota sindiket yang ditahan. Wanita itu menjadi keldai akaun kepada sindiket berkenaan dengan menggunakan namanya untuk mendaftarkan dua syarikat tempatan serta membuka lima akaun bank di sini.

"Kesemua wang mangsa dimasukkan ke dalam akaun wanita itu dan wang mangsa berjumlah RM5 juta dipindahkan terus ke Nigeria. Transaksi terakhir dibuat wanita itu pada pagi Isnin di sebuah bank di sini bernilai RM50,000,”. 11 buku akaun pelbagai bank, sembilan kad ATM, tiga modem, 14 komputer riba dan 20 telefon bimbit turut dirampas.

Cintaku tak payah dibeli pun taka da orang nak
Maklumlah, aku mana ada RM5 juta. Ya tak?