Khamis, 17 Mei 2012

Annuar Musa Akan Dipecat EXCO FAM???


Sejak keluar dari negeri maju, Selangor
dan berada di negeri paling miskin di Malaysia, Kelantan
jarang sangat aku berkesempatan jenguk dunia maya
sebab dunia realiti aku lebih menarik untuk diteroka
dek kerana itu, agak banyak juga gossip dan perkembangan terkini
dunia penuh huru hara dan kacau bilau ini aku lepaskan
kepala otak tak serabut mana, setenang angin sepoi-sepoi
berbisik kata manja tiap petang mohon diaurakan mood hepi

Jadinya, tak banyak perkara aku tahu sangat
nak baca akhbar online pun tak berkesempatan
jenguk blog pun curi-curi masa, fb memang terabai
malas sangat nak intai apa ada kat sana
mood macam ni bukan senang nak dapat dek non oiiii
nikmati ajelah sepuasnya

Lepas masak mi kuah versi kelate kat anak buah
yang sangat suka mengekor makcik dia sorang ni
lepak depan tv sambil tengok berita,
sambil servis first klas punya urut Mek
sambil usik-usik Ain yang kechiwa mama dia tak datang
akhirnya online sekejab buang gian
cuba baca akhbar tetapi terjumpalah pulak berita ni:

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, berdepan tindakan dipecat daripada barisan EXCO badan induk bola sepak itu sekiranya terbabit dalam aktiviti sukan tersebut ketika menjalani hukuman penggantungan selama 30 bulan.

Berikutan hukuman tersebut, Annuar tidak dibenarkan terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri berkuatkuasa 4 April lalu. Annuar didapati bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad negara, sekali gus melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Februari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak, berkata tindakan boleh diambil terhadap Annuar sekiranya presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu gagal patuh kepada tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

"Jika Annuar terus ingkar, Jawatankuasa Tatatertib FAM boleh mengemukakan cadangan kepada EXCO FAM untuk mengambil tindakan selanjutnya untuk memecat beliau dari barisan EXCO FAM," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FAM di Kelana Jaya, dekat sini, hari ini. Taufik berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada pihak luar bahawa beliau (Annuar) terus aktif dalam aktiviti bola sepak di peringkat negeri.

"Tindakan Annuar tersebut jelas melanggar perkara 6.11.5 kod etika tatatertib FAM 2011 apabila beliau terbabit dalam aktiviti yang berkaitan dengan sukan bola sepak," katanya.

Taufik berkata, antara dakwaan itu ialah Annuar hadir merasmikan perjualan tiket bagi perlawanan akhir Piala FA dan pelancaran CD Dikir Warrior di Kafe The Red Warrior di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu, Kelantan semalam selain dilihat kerap menghadiri perlawanan Liga Malaysia sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, Taufik berkata FAM tidak melarang Annuar daripada hadir sebagai penonton biasa ke perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

"Namun demikian Annuar tidak digalakkan hadir kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah kepada pihak penganjur untuk mengatur tempat duduk bagi memenuhi protokol beliau yang berstatus Tan Sri," katanya.


Apa criter ni Bro? cer citer! Cer citer!
Macam pelik je kalau Tan Sri tak pergi Bukit Jalil Sabtu ni
nak kena pangkah? fuhhhh! panasssss!
isu ni memang tengah panas…banyak hati pun tengah panas
ramai orang juga lega bila semuanya jadi panasss

Aku???? Kat kampong ni memang panas
tak ada ekon, kipas buruk je ada
kenalah berkipas juga bila hari panas sangat
tapi bila malam…besttt sejuk
tidurpun lelap dengan baik walaupun
orchestra angsa bersimponi lagu syahdu

apa-apa hal pun, Sabtu ni…
Gomo tetap Gomo!
Ko guano boh?


Cerita Kahwin Artis Semalaya


Awal dan Scha selamat diijabkabulkan pada 4 Mei lalu
di Hotel Pullman Lakeside di Putrajaya manakala
majlis resepsi mereka telah diadakan di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC).

Bekas anggota kumpulan Elite iaitu Watie dan Azza
melangsungkan persandingan perkahwinan mereka secara serentak
pada 1 Mei lalu di Bandar Baru Bangi di sini.

Fasha Sandha sah bergelar isteri kepada usahawan Rizal Ashram Ramli (Jejai)
di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur,
sekarang ni dah heboh pasal Fasha bunting pelamin.
Dahpun mengandung Fasha Fandha ya
Tahniah Fasha Sandha bakal jadi ibu tak lama lagi.
Tahniah Jejai, bakal timang anak lagi sekali.

Entri ni cerita pasal hari bahagia artis, hari perkahwinan mereka,
bukan pasal kes mahkamah atau cerai berai ya.

Sekarang ni giliran Perkahwinan penyanyi Nurul errr alaaaa,
Nurul Huda Wahab janda composer terkenal Ajai tu…
entah kenapa kalau sebut pasal Nurul, kena sebut jugak pasal Ajai.
Entahlah. Mungkin sebab mereka sentiasa bergandingan berdua kot
…serasi, mesti sebut Nurul-Ajai ooooopsss! Tu lagu nyanyian mereka masa bahagia dulu.
Selepas bercerai pada 2007, masing-masing ada kehidupan bahagia mereka sendiri ya.
Hidup solo tak semestinya tak bahagia kan?
Aku pun bahagia errrr…ada sesiapa Tanya?
Hu huh u tak ada…tetiba je tersasar jalan!

6 Jun nanti hari bahagia untuk penyanyi, pelakon dan pengacara,
Nurul Huda Abdul Wahab, 35, dengan jejaka Perancis, Eric Daniel Depp, 47,
Oklah tu, seorang janda anak satu…seorang lagi duda tanpa anak
perunding dan jurulatih kesihatan sebuah syarikat nutrisi antarabangsa tu
hidup akan lebih sihat kalau ikut nutrisi yang betul…sesuai sangat tu
aku kan tengah diet hebat sekarang ni, memerlukan rundingan pakar
bolehlah kongsi-kongsi maklumat pemakanan dengan aku nanti
Opsssss! Entah macam mana aku boleh terinterprem dalam ini cerita hu hu hu
Nak jugak mencelah tu ya…marah karang peminat Nurul!

Dengarnya banyak tajaan untuk perkahwinan mereka
Pereka fesyen terkenal tanah air, Bon Zainal dan Rizman Ruzaini
menaja pakaian pengantin
Bon Zainal mereka dua pasang suit untuk dipakai oleh pengantin lelaki,
manakala Rizman pula, mereka baju pengantin Nurul.
lokasi majlis perkahwinan Nurul-Eric yang akan diadakan di Duchess,
Jalan Ampang juga dapat tajaan...siapa taja tu?
dah tentu bukan aku!

Nurul berkenalan dengan Eric melalui rakan artis Zahida Rafik
pada September 2010, dan mulai serius pada Januari 2011
Eric melamar bersaksikan keluarga Nurul pada 14 Februari tahun lalu
dan menerima cincin tanda ikatan pada 14 Februari tahun ini
Orang Perancis YOU, mestilah romantic gilerrrrr
Kalau ke Paris tu, tetiba je rasa nak bercinta cintan cintun je
Mood romantis datang melambai-lambai
Dengan drebar teksi pun rasa macam nak bercinta
Maklumlah…dia orang punya romantic tu lain macam sikit
Hati boleh terbuai la la la

Walaupun Nurul yang akan bernikah pada 6 Jun
mahu merahsiakan wajah bakal suaminya, kononnya hanya boleh
dipertontonkan pada umum pada majlis pernikahannya kelak
tapi kalau rajin ziarahi blog-blog, ramai yang dah tampal muka Eric
tetiba je dah tak jadi rahsia lagi hu hu hu

majlis pernikahan Nurul-Eric pada pukul 11 pagi dan
majlis resepsi pihak pengantin perempuan diadakan selepas majlis pernikahan tu
katanya, majlis tu hanya sederhana, jemputan 200 orang tetamu je
Ajai pun tak dijemput….opssss! Aku apalah lagi kan!
resepsi sebelah pihak lelaki pada 14 Jun ini di Pulau Bali Indonesia
hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.
kira sebagai bulan madu sekali.

Apa-apahal pun, sama-samalah kita ucapkan
Selamat pengantin baru kepada Nurul dan Eric
Semoga perkahwinan mereka kali ini kekal hingga syurga
Fuhhhhh! Ucapan tak leh blah abad ni…

Rabu, 16 Mei 2012

Hadiah Hari Guru: Peluang Cikgu Naik Pangkat?


Sempena sambutan Hari Guru ke-41, Seramai 24,053 guru
yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan
akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat,
mulai 1 Jun hingga 31 Dis ini

guru lepasan Ijazah: 8,222 orang
guru lepasan Diploma: 15,831 orang

Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini

Kenaikan pangkat ikut time based adalah:

guru lepasan Ijazah gred DG41: 8 tahun berkhidmat untuk ke gred DG44,
gred DG44 ke DG48: 8 tahun berkhidmat
gred DG48 ke DG52: 8 tahun berkhidmat
gred DG52 ke DG54: 3 tahun berkhidmat

Bila ntah aku nak naik pangkat ni?
Sampai pencen la jadi kuli botak huh u hu


Siapa Jutawan Malaysia Hadiah Ferari Kepada Kim Kardashian?????


Fuhhhhhh! Ferari kuning tak ada ke? Hu huhu

Ferrari putih bernilai RM1 juta telah dihadiahkan
ahli perniagaan Malaysia kepada Kim Kardashian
sempena perkahwinannya dengan Kris Humphries

Akhbar tabloid Britain, Daily Mail melaporkan:
hadiah ‘hangat’ itu tersebar selepas Kardashian, 36, memfailkan perceraian
terhadap Humphries, 27 bintang bola keranjang NBA
bertindak menderma nilai hadiah perkahwinan mereka kepada sebuah badan kebajikan.

Sumbangan Kardashian kepada Dream Foundation bernilai RM700,000
tidak termasuk nilai kereta sport mewah itu

Ferrari putih menjadi hadiah perkahwinan paling mahal
pada majlis perkahwinan mereka di California, Amerika Syarikat
pada 20 Ogos, yang hanya bertahan selama 72 hari.

“Lelaki itu adalah jutawan, tidak mungkin dia berikan kepada mereka sebuah pasu. Humphries juga mempunyai bukti ahli perniagaan Malaysia itu memberikan mereka hadiah yang sangat bernilai,’’ lapor satu lagi portal hiburan antarabangsa, RadarOnline.

Dah lama aku dok tunggu orang hadiah ferari merah ni
Bila tah nak dapat
Hari-hari dok pandang ferari biru
Kat atas peti besi di pejabat je huh u hu
Tolong jangan muntah hijau!
Mata ferarikah aku? Hu huh u
Aku sangat bersyukur bila mataku ini asli,
Mata manusia yang ori, bukannya lampu ferari
Walaupun rabun ayam (kesianlah pulak kat ayam,
Tetiba terpalit sama dalam ini kes) mata ini lebih tinggi nilainya
Dari ferari kuning Remy…kalau diberi pilihan antara
Ferari kuning dan mata, aku tetap pilih mata
Walaupun juling seketika dok terpandang Remy sebelah ferari hu hu hu
PsssT: rasanya Cik Bintang akan pengsan ke muntah hijau baca statement ni?



Sabtu, 12 Mei 2012

Kelantan Dapat Cuti Sempena Piala FA???


Aku malas nak ulas panjang-panjang,
Nanti jadi Hasbullah Awang pulak, lagipun…
Errr macam tak kena je kalau aku ulas huh u hu
Jadi aku tampalkan ajelah kerata berita yang aku ambil dari Metro ya:

KOTA BHARU: Keputusan sama ada penjawat awam dan swasta di negeri ini akan diberi cuti peristiwa khas sehari atau sebaliknya, berikutan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini, akan diketahui pada mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu depan.

Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu. Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus menerusi laman sosial kononnya kakitangan awam dan swasta Kelantan bakal diberi cuti peristiwa selama sehari atas kejayaan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Mei ini.

Sebelum ini, penjawat awam dan swasta di Kelantan pernah diberi cuti peristiwa apabila Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010. Mereka juga mendapat cuti peristiwa apabila pasukan Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu tahun lepas.

Bercakap kepada Bernama di sini, Dr Zainuddin berkata cuti peristiwa yang diberikan sebelum ini ialah bagi memberi peluang dan keselesaan kepada peminat bola sepak Kelantan pergi ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.

"Jika tidak diberi cuti, kebanyakan penyokong akan menghadapi masalah untuk pulang bekerja pada keesokan harinya yang merupakan hari bekerja," katanya bahawa kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara itu. – BERNAMA

Kalau baca status FB Tan Sri Anuwar Musa
Khabarnya 3 ekor lembu akan ditumbangkan di Stadium Bukit Jalil
Pada hari berkenaan, khusus untuk anak-anak Kelantan
yang sampai awal (jam 1-4 petang) dan berkampung di sana
Fuhhhhhh! Hari Ini Dalam sejarah tu
Mana ada pasukan lain buat begitu
Meriahlah pulak…macam nak raya!

Dijangkakan 60 ribu rakyat Kelantan akan terpekik pekik di Bukit Jalil
Pada hari berkenaan…fuhhhhh mesti hebat
Mesti meriah, Mesti besttttttttttttttt….semuanya MERAH je Nampak
Jangan lupa lagu dikir ya

Aku? Kalau ingat aku tengok depan TV
Masa tu rasanya aku balik kampong, jadi…
Sorak je lah sana dengan Ain huh u hu


KEMASKINI:

Belum sempat sampai Hari Rabu pun lagi,
Keputusannya dah ada...
Cuba pergi tengok wall FB Tok Guru Nik Abdul Aziz kalau tak percaya
Kat Utusan Malaysia pun dah keluar ceritanya
Aku tampalkan aje kat sini ya:


Piala FA: 20 Mei cuti peristiwa di Kelantan

KOTA BHARU 13 Mei - Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada 20 Mei ini sempena kejayaan pasukan "The Red Warriors" melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby pada Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata, keputusan memberi cuti tersebut tanpa mengira sama ada 'Si Kijang' kalah atau menang adalah sebagai hadiah kepada penyokong terutamanya bagi ribuan peminat dari negeri ini yang akan turun ke Bukit Jalil.

Abdul Fatah berkata, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu penyokong terpaksa tergesa-gesa pulang selepas perlawanan memandangkan Ahad adalah hari bekerja bagi negeri ini.

"Menteri Besar mahu perkara ini diumumkan awal bagi membolehkan penyokong merancang perjalanan dengan sempurna.

"Cuti peristiwa ini juga adalah sebagai rangsangan dan titik mula kepada kejayaan seterusnya dalam Liga Super, Piala Malaysia dan saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Kita berharap penyokong yang akan memenuhi kerusi stadium berkelakuan baik dan dapat menjaga nama negeri Kelantan," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Kota Darulnaim di sini, hari ini. - UTUSAN


Puashati???
Dah boleh pergi beli BAJU MERAH
jom rama-rama kita pakat sorok sapa abis soro