Selasa, 8 Mei 2012

Warga Felda dapat Durian Runtuh????


Wahhhhhh hari ni orang-orang felda senyum panjang kan?
Semuanya tersengih memanjang susah nak tutup mulut tu
Maklumlah warga felda dapat durian runtuh walaupun bukan musim durian

Khabarnya warga felda akan dapat RM15 ribu sekeluarga ya?
Ketua keluarga @ ayah akan dapat RM5 ribu
Mak RM5 ribu dan anak-anak juga dapat RM5 ribu
Kalau anaknya seorang, dapatlah RM5 ribu sensorang
Kalau anaknya 20 orang…errr sila kira sendiri berapa dapat ya
saham pun dapat...bonus pun dapat juga
fuyoooooo durian gred D4 tu hu huhu
Errrrr dah lama tak makan durian ni...

Betul ke durian runtuh sebanyak tu akan luruh di felda ni?
Kalau tak betul tolong betulkan aku ya…teruja ni
Errrrr akulah pulak yang teruja lebih-lebih ek?
Mmmmm tengak cari-cari kot ada sedara mara dok felda
Hu huh u aduhaiiiii! Kongsi sikit!


Keputusan permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM


Kepada adik-adik yang tengah berdebar tunggu jawapan
keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM)
dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
atau setaraf dengannya…dah boleh semak mulai hari ini.
Keputusan permohonan ke Universiti Putra Malaysia (UPM) pula
boleh diketahui mulai 12 tengah hari esok,

Semakan keputusan permohonan ke IPTA boleh dilakukan di laman web
http://www.um.edu.my/kemasukan,
http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran  dan
http://www.smp.upm.edu.my/tawaran
bagi program Asasi Sains, Asasi Pengajian Islam di UM,
program Asasi Pintar di UKM dan
program Asasi Sains Pertanian dan diploma di UPM.

Calon yang berjaya boleh menyemak maklumat tawaran dan
mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web Institusi Pengajian Tinggi (IPTA)
masing-masing untuk membuat pengesahan dalam tempoh tujuh hari bekerja
bermula esok hingga 15 Mei ini.

Tarikh pendaftaran penuntut baru ke program Asasi Pintar UKM pada 23 Mei
bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi,
program Asasi Sains dan Asasi Pengajian Islam UM pada 27 Mei,
manakala program Asasi Sains Pertanian pada 17 Mei di UPM, Serdang
dan diploma pada 7 Jun di UPM, Kampus Bintulu.

calon yang gagal boleh buat rayuan melalui aplikasi e-Rayuan
dalam tempoh 10 hari bekerja
selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan
di laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan: 18 Mei dan
keputusan rayuan ke IPTA lepasan SPM: minggu kedua Jun 2012.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi
Seksyen Kemasukan dan Rekod, Bahagian Akademik, UM
di talian 03-79673448/3440/3502,
Bahagian Pengurusan Akademik UKM
di talian 03-89215336/5041/4126 atau
Pusat PERMATA Pintar Negara ditalian 03-89216265/7507
dan Bahagian Akademik UPM
di talian 03-89466059/6060/6056.

Tahniah kepada adik-adik yang Berjaya, sila belajar rajin-rajin
Kepada yang gagal, sila isi borang e-rayuan secepat mungkin
Mana tahu masih ada rizeki...jangan  mudah putusasa ya!


Ahad, 6 Mei 2012

Gaduh Anak Beranak Pun Boleh Masuk TV

Sekali fikir, pelik pun ada...tapi itulah hakikatnya
Zaman sekarang ni, sangat mudah untuk muncul di kaca TV
Zaman aku bebudak berhingusan dulu...
Bukan sebarang orang boleh muncul di kaca TV
Bila tersesat sekali dua masuk TV...riuh heboh satu kampung
Berbulan-bulan lamanya
Zaman sekarang ni...ada kalanya entah berapa belas kali sehari
Muka boleh terpampang dalam berita utama

Zaman Jepun masih jajah tanah melayu dulu tu
Hal-hal dalam rumah sendiri, gaduh baloh adik beradik anak beranak
Kalau boleh tak mahu orang tahu...sembunyi je
Tapi, itupun lama-lama orang tahu juga
Sekarang ni, bercekau soal jawab teriak tangis
Satu Malaya tengok...
Itu belum campur akhbar, twitter, blog dan FB lagi
Belum juga campur sok seh sokseh tepi tangga tepi jamban

Pening ya?
Pilihanraya dah makin dekat...nak buat lagu mana
Terpaksalah kita telan berita-berita pelik di Buletin Utama setiap hari
Nanti kita dengar pulak komen macam-macam orang lepas ni
Seronok jugak tengok cerita begini kat TV ya...
Tak payah langgan Astro pun untuk dapat cerita menarik!


Sabtu, 5 Mei 2012

Video Penemuan Nayati


Alhamdulillah,
Kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar
yang diculik ketika berjalan kaki berseorangan
ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara Jumaat lalu,
ditemui selamat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R)
Rawang arah selatan sebelum dibawa ke Restoran Jejantas Sungai Buloh
oleh seorang wanita, Norzaini Zainul Abidin, 31,
di luar tandas R&R Rawang kira-kira pukul 7.30 pagi
Nayati, 12, dibebaskan setelah dibayar wang tebusan
berjumlah RM300,000 pada tengah hari semalam




Siapa tak trauma bila berlaku kejadian begini
kita pun belum tentu tak trauma...tapi Nayati tak trauma hu h uhu tabik spring kat dia!



PsssT: Tahniahlah kepada orang Gua Musang, dapat RM3 juta besarkan masjid...balik raya nanti bolehlah aku singgah rasmikan masjid biru nan cantik tu kan? Errrr jalan raya tak nak turap baru ke? Mmmmm takkan 35 ribu orang kampung tak pergi jumpa PM, tak ada yang mintak jalan diturap...nanti BETA nak balik kampung, bolehlah racing sikit la la la...


Jumaat, 4 Mei 2012

Gambar Pernikahan Scha Al-yahya dan Awal Ashaari


Ramai yang tengah serbu Astro Awani dan Astro Ria malam ni
gara-gara siaran langsung perkahwinan artis pelakon Scha dan Awal Ashaari
sekarang ni nama mereka pun dah kena gabung jadi shawal
entah apa masalahnya, siaran langsung yang dijangka jam 9 malam
masih belum mula lagi

bagi sesiapa yang nak tengok gambar-gambar perkahwinan Scha dan Awal
bolehlah terjah blog Feelfreetofly...langsung dari tempat kejadian KOT
kejadian????? macam rompakan pulak lagunya ya hu hu hu
apa-apapun, selamat pengantin baru kepada kedua-dua artis tersohor ni
semoga perkahwinan yang dibina malam ini
akan kekal abadi di dunia dan akhirat
dapat anak-anak yang comel macam Scha Al-yahya
anak-anak yang kacak ganteng hensem macam Awal Ashaari...

PsssT: Akhirnya, Astro memohon maaf kepada penonton yang ternanti-nanti siaran langsung majlis pernikahan artis Scha dan Awal kerana menghadapi masalah teknikal. Maklumlah, benda-benda yang bersiaran langsung ni memang ada risikonya...kos pun tinggi juga.