Khamis, 3 Mei 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia Petang Tadi


DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali
Alfatihah.
petang hampir maghrib tadi Cik Bintang SMS
khabarkan yang artis @ pelawak Bob Kuman meninggal dunia petang tadi

sebelum ni ramai dah tahu arwah masuk hospital dan masih tak sihat
ramai yang menolong dan membantu arwah ringankan beban
membantu mana yang terdaya...
minggu lepas dah tersebar khabar angin arwah Bob Kuman ni dah meninggal
tak sangka pula hari ini khabr angin itu benar-benar jadi nyata
memandangkan kesihatannya dah agak baik
walaupun belum sihat sepenuhnya lagi.

sama-samalah kita sedekahkan Alfatihah,
moga rohnya ditempatkan bersama golongan orang yang beriman
dan disayangiNya. Aminnnn.

Nak tahu cerita kematian Bob Kuman
boleh baca di blog Mazidul...ada beberapa entri tentang ini.



Siaran Langsung Pernikahan Scha Dan Awal Ashaari


Pernikahan Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari akan disiarkan secara langsung
Di Astro Awani dan Astro Ria pada 4 Mei 2012
Jam 9 malam…jom nikah ramai-ramai Opssss!
Jom tengok mereka nikah secara langsung ramai-ramai!
Huh! Latah la pulak ek?


Rabu, 2 Mei 2012

Banjir Kilat di Ampang, Cheras, Kajang


Asal hujan je, mesti ada banjir kilat
Nampak sangat bumi kita ni tak sempat nak serap air
Semua tempat dah diturap,
Longkang pulak tersumbat…akhirnya, air melimpah!

Hujan lebat lebih daripada sejam melanda Lembah Klang
menyebabkan banjir di tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras
dilanda banjir kilat lagi…dua insiden pokok tumbang juga
hujan lebat sejak 1 tengah hari sebabkan air naik mendadak
dan surut pada 4 petang

ni bukan kali pertama berlaku
November dan Disember 2011 lepas pun banjir juga
hingga seorang wanita terpaksa memanjat bumbung kereta selamatkan diri
banjir kilat juga turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan
dan Cheras, air naik kira-kira 1.5 meter.

Ekoran kejadian banjir kilat, hujan lebat
menyebabkan berlaku tanah runtuh di Taman Tasik Permai, Ampang
dan tanah runtuh di Taman Supreme, Cheras kira-kira pukul 3 petang
kejadian di sebuah di Taman Supreme Cheras:
tebing bukit runtuh dan memasuki bahagian dapur rumah mangsa.
di Kampung Tasik Permai 22, Ampang: tanah bukit hadapan
tiga buah rumah papan runtuh & menghalang laluan

Jabatan Meteorologi pula mengeluarkan amaran
ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga di Kuala Lumpur dan Selangor,
dijangka berterusan sehingga petang tadi

Amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga
kawasan yang terlibat di Selangor: daerah Petaling,
Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Klang.
Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Kedah
(daerah Kulim dan Bandar Baharu),
Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar,
Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang),
Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol),
Johor (Segamat, Kluang dan Mersing),
Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin, Pekan dan Kuantan),
Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Sarawak di bahagian Mukah (daerah Mukah) dan Sibu (Selangau),
Pahang (daerah Temerloh dan Bera),
Terengganu (Setiu, Kuala Terengganu dan Marang) dan
Sarawak (bahagian Limbang, Miri dan Bintulu).
dijangka hujan lebat berterusan sehingga lewat petang.
Keadaan ini mungkin menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) pula
ditutup sepenuhnya kepada trafik bagi pengaktifan sistem aliran banjir.

Kalau rajin jelajah blog-blog atau baca akhbar online
Banyak juga gambar banjir kilat sekitar Kajang, Ampang & Cheras
Dah disiarkan blogger, malas pulak kau nak tampal
Cuba jugak cari kalau-kalau ada yang muat naik
Video banjir di kajang & Cheras di youtube
Tapi bruk aku yang kelaparan belum sempat bayar bil ni
Tak mahulah pulak bagi aku tengok.

Bilalah Boleh Jadi Permaisuri Dok Kat Sini...


Cara Baru Si Penipu Kenakan Mangsa


Macam-macam cara si penipu akan guna
untuk putar beli dan tipu orang
siapa yang lalai dan cuai, memang akan kena makan
kalau kenyang tak apalah jugak
sakit hati lagi adalah…

kalau sesiapa yang berangan nak dapat telefon canggih
dengan harga yang murah
fikirlah semula, sebab kalau barang tu patutnya mahal
memang tak ada alasan untuk orang jual murah kan?
Awas! Kalau anda didekati dengan orang tak dikenali
tawar harga murah untuk telefon canggih kerana dah banyak kes penipuan berlaku
masa tunjuk untuk kita tengok telefon tu
memanglah telefon asal, tapi entah bila
akan ditukarkan kepada telefon tiruan atau replica
yang biasanya diguna untuk pameran di kedai telefon tu
masa kita kalut dok kira duit nak bayar

dah banyak kes sebegini berlaku
salah satunya berlaku kepada seorang penjawat awam di Putrajaya

Moral the story: belilah telefon canggih yang mahal 
Adussssssssssssssss! Ada sesiapa nak bagi Samsung Nexus percuma tak?