Rabu, 4 April 2012

Model Baru Proton Preve dilancar 16 April



Model baru kereta nasional, Proton Preve berenjin 1.6 liter
akan ditawarkan dalam tiga varian
menggunakan transmisi manual lima kelajuan dan automatik tujuh kelajuan.
harga proton Preve ni antara RM62,000 dan RM75,000 mulai 16 April ini.
[RM59990 standard eksekutif manual, RM629990 standard eksekutif automatik CVT
RM72990 bagi versi premium]
















Preve yang disebut “prey-vey”  dari perkataan Inggeris
“proof” (bukti) dan “to prove” (untuk membuktikan) dengan hasrat mencapai pasaran global
Proton Preve akan dilancarkan pada 16 April ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Fuhhhhh hebatnya! Jom tengok:




Hebat tak? Meleleh ayaQ lioQ den!




Aku memang bangga jadi rakyat Malaysia terutama kalau bab kereta ni
tanya Cik Bintang kalau tak percaya
kan Cik Bintang kan? Hu hu hu --------> nanti banjer sate ayam ya la la la

Errrr ada sesiapa nak derma kat aku tak?
Warna merah menyala ada tak?



Gugur Janin Semurah Seribu hingga Dua Ribu???

Terkejut badak sejab masa baca metro online hari ni
fuhhhhhhh! murah gilerrr nak melupuskan bayi zaman moden ni
kalau tak lupus masa janin, payah pulak nak lupus bila dah lahir
itu yang terapung merata sungai dan longkang
tak cukup seribu dua untuk dilupuskan Ish! Apa yang aku membebel ni?

beberapa klinik swasta di KL dilaporkan tawarkan khidmat gugurkan janin
dengan bayaran antara RM1,800 hingga RM2,000 mengikut usia kandungan
pakej termasuk khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam
kononnya mereka mengupah seorang ‘ustaz’ pada harga RM100 setiap janin.
Perkhidmatan gugurkan janin ini dilakukan jururawat kanan.
[Opsss! di Ipoh, bayarannya hanya RM750 sahaja
lepas ni ramailah serbu Ipoh ya...]
macam peliklah pulak…dah bunuh ikut cara tak sepatutnya,
lepas tu panggil ustaz untuk uruskan cara Islam
teringin jugak nak kenal siapa ustaz tu
tak kan ustaz tu tak tahu kot huh u hu ataukah
betul ke ustaz?



Sedihkan?
ada orang, dah kahwin bertahun-tahun tapi tak dapat anak
usaha macam-macam, dah mengandungpun boleh keguguran lagi
orang yang tak nak anak ni pulak
buat macam-macam cara tak bagi lekat
tetiba termengandung juga, cari macam-macam cara pulak
tak nak bagi anak itu dilahirkan
dah lahirpun, masih juga usaha nak bunuh

Opssss…minggu lepas ada dapat seorang lagi anak saudara
yang ke 14 ni…perempuan. lupa pulak nak tanya nama
apa punya makcik lah ek huh u hu
tahniah untuk adik aku kat kulim tu
mesti lagi meriah rumahnya dengan anak perempuan seorang
bolehlah beli banyak baju budak perempuan yang lawa-lawa
masa balik kampong bulan lepas, aku tanya abang kembarnya
nak adik lelaki ke perempuan,
depa semua (4 orang lelaki, termasuk kembar) nak adik lelaki
senang main bola huh u hu jangan buli adik sudahlah ya

Ingat! Adik hangpa tu perempuan…jangan gusti!

Baru 777 Entri...Lambat Lagi 1K





Selasa, 3 April 2012

Gaji Baru SSM Dibayar Hujung April




dua tiga hari lepas dah keluar pekeliling tentang kenaikan gaji SSM
dah boleh semak pun secara online
sebahagian daripada isi pekeliling itupun aku dah tulis di entri lepas
di UKM pun dah keluar makluman tentang ni:

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012: Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dibawah Sistem Saraan Malaysia bagi menggantikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah dibatalkan oleh kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPgSM), Jabatan Pendaftar sedang melaksanakan tindakan berikut bagi tujuan pelaksanaan penggajian gaji baru :

(a) mendapatkan kelulusan LPU bagi mengguna pakai dan melaksanakan PP Bil. 1/2012.
(b) membuat penyelarasan dan tunggakan gaji berdasarkan PP Bil. 1/2012. Gaji baru akan dibayar pada 25 April 2012.

Ya…gaji bulan April akan bayar ikut kenaikan gaji yang telah dicanangkan serata pelusok Negara tu. Termasuk tunggakan?

Harapnya.

Bagus jugak bila ada tunggakan, bolehlah simpan sikit
Ganti semula duit yang guna untuk bayar yuran ari tu
Kalau ada apa-apa, tak lah terduduk tak tahu buat apa
Mmmmm tetiba rasa macam nak bawa dirilah
Nak pergi mana ek?
Ada tak tempat bajet rendah? Yang murah-murah gitu

Jommmmmmmmmm!!





Isnin, 2 April 2012

Simpanan KWSP Cukup Untuk 3 Tahun Sahaja?



Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata
pekerja yang memperoleh pendapatan bulanan RM700 dan ke bawah
menghadapi masalah kewangan selepas bersara
wang simpanan KWSP akan habis dalam masa tiga tahun.
pelbagai faktor yang menyebabkan duit simpanan KWSP habis
antaranya kos harian semakin meningkat dan hutang pinjaman belum diselesaikan
jumlah caruman sedia ada tidak sesuai diguna pakai kerana
jangka hayat rakyat Malaysia sudah meningkat sehingga 75 tahun ke atas
harga barang juga melambung-lambung macam bola baling je
errrr bola baling memang melambung ek?
Jadi, Jumlah caruman bulanan daripada pekerja dan majikan akan dikaji semula

kementerian akan mencari kaedah terbaik untuk memastikan
golongan pekerja menikmati kehidupan yang selesa sepanjang hayat
selepas melepasi usia persaraan dengan skim caruman KWSP yang lebih baik.
antaranya beri insentif kepada majikan yang guna khidmat warga emas
opsssss! Aku dah tak nak kerja bila jadi warga emas
nak melancong keliling dunia, nak dok sebulan dua di Mekah
nak nikmati hidup selepas kerja macam orang gila bagai tak ingat mati
sekarang ni…ish! Macamlah pencen aku nanti cukup nak tanggung diri
padahal masa tu nak masuk jambanpun entah-entah kena bayar RM10

selain itu  cadangan kepada majikan sektor swasta
meningkatkan usia persaraan 55 tahun sekarang …errrr 60 juga ke?

Mmmmm Nampak gayanya kenalah plan kehidupan masa tua
Dulu aku tak plan betul-betul sebab selalu kata:
Aku hanya hidup hingga umur 45 sahaja...pas tu padam!
Lupa pula nak rancang kalau terlebih umur hingga 65 tahun
Maknanya, aku kena pastikan semua hutang habis bayar
Sebelum habis umur bersara 60 tahun
Ish! Ish! Ish! Mampukah aku?
pinjaman belajar pun belum bayar habis lagi ni, belum lagi hutang lain
Masih banyak impian belum tercapai ni
Dan impian tu lagilah tak akan tercapai kalau aku tak meminjam bank
Mana nak mampu untuk beli tunai kan?
Aduhhhhhh! Ingatkan bila dah pencen nanti
Aku adalah juga sekebun buah untuk tanam durian dan kantan
Mmmmm agak-agaknya, bila umur lepasi 60
Aku masih mampu lagi tak angkat cangkul?
Ker masa tu dah ada cangkul elektrik?