Memaparkan catatan dengan label pengguguran haram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengguguran haram. Papar semua catatan

Rabu, 4 April 2012

Gugur Janin Semurah Seribu hingga Dua Ribu???

Terkejut badak sejab masa baca metro online hari ni
fuhhhhhhh! murah gilerrr nak melupuskan bayi zaman moden ni
kalau tak lupus masa janin, payah pulak nak lupus bila dah lahir
itu yang terapung merata sungai dan longkang
tak cukup seribu dua untuk dilupuskan Ish! Apa yang aku membebel ni?

beberapa klinik swasta di KL dilaporkan tawarkan khidmat gugurkan janin
dengan bayaran antara RM1,800 hingga RM2,000 mengikut usia kandungan
pakej termasuk khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam
kononnya mereka mengupah seorang ‘ustaz’ pada harga RM100 setiap janin.
Perkhidmatan gugurkan janin ini dilakukan jururawat kanan.
[Opsss! di Ipoh, bayarannya hanya RM750 sahaja
lepas ni ramailah serbu Ipoh ya...]
macam peliklah pulak…dah bunuh ikut cara tak sepatutnya,
lepas tu panggil ustaz untuk uruskan cara Islam
teringin jugak nak kenal siapa ustaz tu
tak kan ustaz tu tak tahu kot huh u hu ataukah
betul ke ustaz?



Sedihkan?
ada orang, dah kahwin bertahun-tahun tapi tak dapat anak
usaha macam-macam, dah mengandungpun boleh keguguran lagi
orang yang tak nak anak ni pulak
buat macam-macam cara tak bagi lekat
tetiba termengandung juga, cari macam-macam cara pulak
tak nak bagi anak itu dilahirkan
dah lahirpun, masih juga usaha nak bunuh

Opssss…minggu lepas ada dapat seorang lagi anak saudara
yang ke 14 ni…perempuan. lupa pulak nak tanya nama
apa punya makcik lah ek huh u hu
tahniah untuk adik aku kat kulim tu
mesti lagi meriah rumahnya dengan anak perempuan seorang
bolehlah beli banyak baju budak perempuan yang lawa-lawa
masa balik kampong bulan lepas, aku tanya abang kembarnya
nak adik lelaki ke perempuan,
depa semua (4 orang lelaki, termasuk kembar) nak adik lelaki
senang main bola huh u hu jangan buli adik sudahlah ya

Ingat! Adik hangpa tu perempuan…jangan gusti!