Khamis, 16 Februari 2012

Dua Hari MengCek Mek Molek...Molek Benar Tuuuu!

Hah, tu diaaaaaa....sape suruh teringin nak makan benda payah nak dapat
nak beli pun susah, jarang orang jual sini
kalau adapun...adakah rasanya sama?
ke keras macam kunyah biskut bantat tak jadi
baling ke dinding...dinding yang tembus!


jadinya kawan-kawan, dua hari makan Cek mek Molek ni memang molek benarlah
tambah lagi bila adunan campak-campak itu sangat kena
cukup syarat tak keras tak juga sangat lembut
maka berpesta rialah daku mengunyahnya
PssTTT: warnanya memang sengaja digelapkan
supaya kena dengan kegelapan kulit pembuatnya hu hu hu
Errr aku memang suka kalau garing...gelap tak apa la la la

Jemput ya semua...selamat menikmati
jamu mata ajelah ya
kalau nak resipi dan cara nak buat Cek Mek Molek versi Cik Anyss Si Jelita ni
bolehlah belek entri lepas kat link atas tu ya...

Rabu, 15 Februari 2012

Perempuan Melayu Terakhir Posing Maut di Seremban


Sabtu yang dah lepas
jenjalan di Seremban dengan penuh kesopanan dan kesusilaan
rasa macam perempuan Melayu terakhir je
cantik tak awan yang berkepul-kepul tu?



Selasa, 14 Februari 2012

Valentines Day Dah Jadi Budaya?


Barangkali aku memang sangat kolot
hari lahir sendiripun boleh lupa
apalagi nak sambutnya, tiup lilin segala
kalau cik bintang tak ingat, maknanya
tak siapa ingati tarikh itu termasuk aku

lagi kolot jadinya bila tak pernah sambut hari kekasih
orang sekarang sebut Valentines Day
nampak sangat kan tak punya koleksi kekasih hu hu hu
gitu ek?

Ramai yang buat kesimpulan bahawa antara penyebab buang bayi
Adalah sambutan Hari kekasih a.k.a Valentines Day
Tak dinafikan ada benarnya, namun kajian secara ilmiah belum buat lagi kot

Kalau kita buka mata sikit
Bila tiba  musim 14 Februari setiap tahun
Harga bunga, coklat melambung tinggi
kek comel pun tetiba terlebih harga
Pakej makan malam juga ada masa dah tak masuk akal
Di hotel dan restoren tertentu, pakejnya cecah ratusan
Makan malam romantic dalam cahaya lilin
[Yaaaa ampun, sangat tak sesuai untuk aku yang rabun ya]
Belum campur hadiah, atau kurang-kurangnya bunga
Kalau bunga pulak, tak kan sekuntum kot
Paling cikai 3 kuntum mawar merah
Sebagai pelahiran rasa “I Love You”
Mmmm bila mawar yang berkata-kata, harga akan melambung
[aku nak 99 kuntum, boleh?]

Aku pernah tulis tiga entri tentang sambutan Hari Kekasih ni
Boleh baca di Sambut Hari Kekasih

Rasanya semua orang dah tahu hukum menyambut hari kekasih
Dah banyak tersebar tulisan tentang hukum sambut Valentine day
Tak kira dalam entri, di akhbar dan majalah, di TV pun sering sebut
sejak seminggu lepas...
Malah boleh juga jumpa di youtube melalui petikan ceramah
Ustaz dan ustazah yang memang pakar dalam bidang hukum ni



Jom, dengar apa kata mereka…

 

Sambung yang ni pulak...


Errr…ada sesiapa nak bagi bunga sepasu dua tak? Sekebun dua? Seladang dua?
Fuhhhhhh! rasa macam nak pi Amstardam jap nyorok balik pokok tulip



PsssTT: Kagum, sokong dan SETUJU dengan gerakan besar-besaran seluruh negara dianjurkan JAKIM dengan kerjasama beberapa badan lain yang akan buat serbuan sepanjang Hari Kekasih tahun ni,
cer kita tengok apa hasilnya. Harapnya lebih banyak kebejatan dapat dibenteras dengan
tindakan berkenaan. Kalau buat sepanjang tahun, lagi bagus apa!


PssssT: Apa ke halnya pulak ni?...
Pejabat penjaga gol kebanggaan negara Khairul Fahmi @ Apek, 
Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn. Bhd.
 yang terletak di Jalan Seri Cemerlang Kota Bharu Kelantan disimbah cat hitam.
Bukan kali pertama pulak tu...dah tiga kali!
tak kanlah sebab orang lain putus tunang, Apek pulak kena ugut macam tu
ataupun, peminat misteri Nora Danish yang buat kerja?
maklumlah, Nora Danish kan sedang bersimpati dengan hero pujaan Malaya ni
Kita serahkan ajelah kes ni kepada pihak berkuasa...ataupun mulai hari ni
Apek perlulah pasang CCTV keliling rumah dan pejabatnya
...langkah keselamatan!





Isnin, 13 Februari 2012

Mi Goreng Panas Pedas Pada Hari Yang Panas

tak sedap manapun tapi hati berbunga-bunga
makan tengahari dengan mi goreng basah
tuang kicap, campak cili api
....berasap ke telinga hu  hu hu 
Nikmat!


Sila! sila! Jommmm makan!
Bismillah...


Ooopssss! termasin sikit hu hu hu
redha ajelah ya

Ahad, 12 Februari 2012

Pelajar Malaysia Tak Minat Sains?

Hari ini, ramai dikejutkan dengan berita 
Ratu muzik pop dunia, Whitney Houston
Yang terbabit dalam penggunaan dadah berlebihan
meninggal dunia pada usia 48 tahun di Hotel Beverly Hilton
dengan punca kematian masih lagi dalam siasatan

namun, bagi aku…
lebih terkejut bila baca Berita Minggu online
kemerosotan ketara minat pelajar dalam jurusan sains di sekolah
Timbalan Perdana Menteri kata akan buat kajian secara menyeluruh
Baguslah tu…kalau dibiarkan lama,
Akan ada masalah besar nanti

Zaman aku jadi budak sekolah dulu
Dapat masuk aliran sains memang sangat membanggakan
Macam dah terjamin masa depan
Padahal tu baru tingkatan empat
Sebabnya: pelajar yang dapat masuk aliran sains dikatakan
Pelajar yang pandai
Walaupun taklah semua pandai sangatpun (akulah tu!)

Bayangkan, kalau pelajar di Malaysia sekarang ni
Dah tak minat lagi perah kepala otak dengan semua formula,
Semua dah malas nak masuk makmal buat ujikaji
Semua dah tak kuasa nak hafal teori dan angka
Apa jadi ya?
Siapa nak jadi jurutera?
Siapa nak jadi saintis?
Siapa nak jadi angkasaawan?
Siapa nak jadi doctor?
Siapa nak jadi…siapa nak jadi…
Huih! Banyak bidang pekerjaan kat Malaysia
Kena import dari luar nanti

aku yang dulu-dulu zaman Tok Janggut masuk aliran sains pun
bila kerja, taklah pula jadi saintis
jadinya, kalau tak minat sains, adakah mereka ini mampu
untuk jadi saintis?

Errrrr…kalau tak suka mata pelajaran sains,
Mereka suka belajar apa ek?

Opsssss! jangan bagi tahu aku mereka suka nak jadi artis
Dan masuk rancangan reality TV je!