Rabu, 26 Oktober 2011

Dapat Upah Berkelakuan Senonoh Minggu Sudah



Selasa, 25 Oktober 2011

Jelajah Angkasa di Planeterium Negara

setelah alami stress kronik lebih seminggu 
aku tak pernah rasa stress sebegini sebelum  ni
walaupun ketika dunia aku pernah runtuh satu ketika dahulu
alhamdulillah, akhirnya tekanan mula mereda
mereka juga dah boleh beri kerjasama
walaupun ada masanya liat sensangat
ye lah, dah terbiasa semua ummi yang buat
tetiba kena buat sendiri
dahlah kena tinggal kan
kena dera buat kerja rumah pulak hu hu hu

minggu ni, hadiah berkelakuan baik adalah;
ke Istana Negara, Platerium Negara, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan
semua tu pengalaman baru bagi mereka
nampak sangat seronok terutama bila menonton tayangan
di Planeterium Negara
makcik dia ni pun turut seronok
maklumlah skrinnya sebesar-besar alam bak mangkuk memayung kepala
kalau tengok kartun @ cerita perang kat skrin begini
mesti best kan?
sayangnya, dek kepenatan…terlelap sekejab la la la
maklumat tentang tayangan di Planeterium Negara
boleh dibaca di Kosmo ni



macam-macam maklumat tentang angkasa lepas boleh dapat kat sini
siap boleh jalankan eksperimen main tekan-tekan butang
yang sangat menyeronokkan

yuran tak mahal hanya RM3 seorang sahaja
hanya kena sahkan masa di kaunter tiket
sama ada kita nak menonton tayangan atau tak
sebaiknya tengoklah, kan dapat pengalaman baru tu
bukan mudah nak jumpa skrin tayangan berbentuk kubah macam tu

walaupun tiket tak mahal
banyak pengalaman dapat ditimba kat sini
budak-budak yang aktif juga sangat suka
maklumlah boleh buat dan tekan macam-macam benda
sampai lupa nak balik
teruja nak pergi tak?
daku dah pergi, bawak 4 orang anak orang,
anda bila lagi?
cuti sekolahpun dah nak dekat
apa salahnya buat lawatan sambil belajar hu hu hu

Isnin, 24 Oktober 2011

Pelumba Marco Simoncelli Kemalangan Semasa Berlumba


Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal
selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain
Colin Edwards dan Valentino Rossi
pada pusingan kedua perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, semalam.
Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11
apabila tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar
dilanggar Edwards dan Rossi
Edwards turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius
Rossi pula berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit
tragedi itu menyebabkan
Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan


PSSTT: sekarang ni musim pelumba kemalangan ke? 

PSSST: Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh) menjangkakan lebih 10,000 penyokong Terengganu akan memberi sokongan moral kepada pasukan Penyu apabila bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Shah Alam, 29 Oktober ini.

Ahad, 23 Oktober 2011

Manjakan Diri Sejukkan Hati di Sungai Tekala



ini kisah sabtu lepas yang baru sempat nak cerita
dah sampai ke batas sabtu yang baru dah ni

kami ke sungai tekala untuk mandi manda
berendam sampai kecut gigil-gigil sejuk
sebagai ganjaran kerana sepanjang minggu jadi budak baik
tak sampai 20km sahaja dari rumah
ikut jalan Sungai Lalang
akan jumpa Nirvana memorial yang popular itu

minggu pertama peralihan kuasa
memang aku stress gila
bila dah lepas minggu kedua
rasa lega sikit
semua kegatalan kulit dek habuk dan debu
dah diatasi bila servis rumah tergila khinzir
tertonggang terbalik kuang tertonggeng
terjerit laung macam makcik sihir terlolong bak mak tiri
serak anak tekak dibuatnya

bila seminggu dah berlalu
bila dah ada peraturan dan garis panduan
semuanya beransur baik dan lancar
sepah semak samun tonggang terbalik terkapal karam
dah makin kurang
mereka dah boleh basuh pinggan sendiri
sental bilik air walaupun kemudiannya aku kena basuh juga
dah boleh ambil kain baju di lipatan
tanpa selerakkannya dan kemas katil sendiri
walaupun kerapkalinya terbabas juga

sebagai ganjaran jadi orang baik
yang sabar ikut peraturan sekalipun langgar juga berkali-kali
kami pakat ramai-ramai terjun Sungai Tekala
bawa bekal nasi dan sup, mehun dan kuih
biskut dan kerepek
yang banyaknya berendam dalam air
bekal separuh sahaja makan, lebihnya dihabiskan di rumah

tiga jam berendam macam tak puas
macam tak nak balik
macam nak duduk lama-lama di situ
kalaulah tidak kerana langit dah gelap memanggil hujan
mahu kami mengecutkan diri lama-lama
errrr….gambar-gambarnya lain kali, boleh?


Khamis, 20 Oktober 2011

Kita Tak Boleh Kawal Dunia


biar bagaimana kita inginkan sebuah kehidupan dunia berlangsung
kita tak akan mampu mengubahnya
dengan tangan sendiri
dengan kotak fikir kita sahaja
kerna di dalamnya penuh dengan pelbagai aksi
dan cerita dari bermacam rencam manusia
dan cerita kita hanyalah satu cerita kecil
yang tidak terpandang sedikitpun
dari ceruk dunia yang lain.

kita tak akan mampu mengubah manusia
andai dia sendiri tidak sudi untuk berubah
dia sendiri tidak ingin berubah
dia sendiri sengaja cuba untuk tidak berubah
hanyalah kerja sia-sia
bagai menolak batu besar ke puncak gunung
makin ditolak
kian memberat menghempap

kita tak akan mampu mengubah dunia
ubahlah diri sendiri
moga nanti dunia akan berubah
sedikit demi sedikit
dengan seluruh kebaikan yang kita kongsikan di dunia ini
andai tiada terpengaruh
anggap sahaja dunia sebagai pentas lakonan
dan heronya adalah kita;
penuh dengan kebaikan