setelah alami stress kronik lebih seminggu
aku tak pernah rasa stress
sebegini sebelum ni
walaupun ketika dunia aku pernah
runtuh satu ketika dahulu
alhamdulillah, akhirnya tekanan
mula mereda
mereka juga dah boleh beri
kerjasama
walaupun ada masanya liat
sensangat
ye lah, dah terbiasa semua ummi
yang buat
tetiba kena buat sendiri
dahlah kena tinggal kan
kena dera buat kerja rumah pulak
hu hu hu
minggu ni, hadiah berkelakuan
baik adalah;
ke Istana Negara, Platerium
Negara, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan
semua tu pengalaman baru bagi
mereka
nampak sangat seronok terutama
bila menonton tayangan
di Planeterium Negara
makcik dia ni pun turut seronok
maklumlah skrinnya sebesar-besar
alam bak mangkuk memayung kepala
kalau tengok kartun @ cerita
perang kat skrin begini
mesti best kan?
sayangnya, dek kepenatan…terlelap
sekejab la la la
maklumat tentang tayangan di
Planeterium Negara
boleh dibaca di Kosmo ni
macam-macam maklumat tentang
angkasa lepas boleh dapat kat sini
siap boleh jalankan eksperimen
main tekan-tekan butang
yang sangat menyeronokkan
yuran tak mahal hanya RM3 seorang
sahaja
hanya kena sahkan masa di kaunter
tiket
sama ada kita nak menonton
tayangan atau tak
sebaiknya tengoklah, kan dapat
pengalaman baru tu
bukan mudah nak jumpa skrin
tayangan berbentuk kubah macam tu
walaupun tiket tak mahal
banyak pengalaman dapat ditimba
kat sini
budak-budak yang aktif juga
sangat suka
maklumlah boleh buat dan tekan
macam-macam benda
sampai lupa nak balik
teruja nak pergi tak?
daku dah pergi, bawak 4 orang
anak orang,
anda bila lagi?
cuti sekolahpun dah nak dekat
apa salahnya buat lawatan sambil
belajar hu hu hu