Rabu, 5 Oktober 2011

Doa Didekatkan Jodoh

 
doa didekatkan @ bertemu jodoh dibawah mudah sikit nak baca untuk yang Rabun macam aku;
 
 
 
 
 

Selasa, 4 Oktober 2011

Kujie Giveaway Sempena Ulangtahun Perkahwinan ke 20


Fuyoooooo Kujie2.com buat giveaway
(Errr dalam bahasa Melayu giveaway tu apa ya?
Aku dulu sekolah atap je
Tak reti bahasa orang puteh mutih ni hu hu hu
Dah mula nak terpesong dah entri ni…)

Mmmmm 20 tahun tu bukan sekejab
Bukan senang nak kekal sampai 20 tahun
Ada orang bercinta enam tujuh tahun
Dah kahwin enam tujuh hari
Tetiba je cerai pulak
Siapa kata mudah nak capai usia 20 tahun perkahwinan?
Kalau macam aku ni
Angka 1 pun belum tentu cecah
(errrr…entah kenapa aku nak melencong melalut tempat lain lagi)

Syarat giveaway ni mudah sangat-sangat
Tak payah nak letak sidebar atau like like kat FB segala
Hanya tulis apa yang suka kat kujie2.com
Mmmmm dah tentulah aku suka baca isinya
Terkagum badak dengan pengalaman pribadi akak kita seorang ni
Betul-betul urat dawai, tulang besi
Entah dari mana dia dapat kudrat
Semua benda dia boleh buat dari bab masak memasak
Hingga panjat memanjat
Bela membela, kejar maklumat seluruh isi alam
Bukan sebarang mak boleh buat tu
Walaupun dia sendiri mengaku
Dia hanyalah “surirumah yang suka kecoh”
Kecohpun ada isi

Baca aje setiap entri
Penuh dengan kasih sayang
Sayang anak-anak
Sayang abang Ann (errr boleh ke aku panggil abang sama? Opsss!)
Sayang ikan-kan, kucing, kura-kura ijau
Sayang blogger juga walaupun bukan semua dia kenal
Rasa macam nak tumpang semangkok je kasih sayangnya tu
Hu hu hu hu boleh gitu ek?
Banyak sebab lain lagi
Sebenarnya dah tulis lama dulu lagi
Tak percaya? Cuba jenguk entri Jenis Blog yang aku Suka baca

Syarat ke dua: kelemahan dan cadangan untuk baiki
Aku secara personal sangat suka blognya
Suka warnanya yang lembut, tulisan mudah baca
Tak ada kelip-kelip bulan bintang yang sakitkan mata
Tak bising, tak kecoh, tak semak
Apa lagi nak dicadangkan kalau bagiku
Sangat sesuai dan menenangkan?
Mmmmmm tak ada ayat bodeklah untuk tambah lagi
Errr…dah nak jam 12 ni
Nak kena balik dah, kang berpesta pulak hantu-hantu
Tengok benderang lagi pejabat ni

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 20
Kepada Kak Kujie dan Abang Aan
Biarpun berjauhan, harapnya kasih sentiasa bertaut
Cinta sentiasa membara
Dan kekal dunia akhirat.
Tahniah!

Hari Bersih Dekstop Dari Sampah Sarap




hari ni, aku datang pejabat semata-mata 
nak CUCI perut komputer
patutnya aku buat hari minggu lepas
jimat masa hari berkerja untuk kerja sebegitu
ada hal lainlah pulak...hal sosial; hubungan manusia dengan manusia
nak tak nak memang kena buat hari ni juga
sebab kepala otaknya dah sempit sangat
C hanya muat 0.5% je lagi
D hanya ada ruang 11% sahaja
sebab tu lah HANG memanjang tiap kali klik

30 minit pertama on komputer belum tentu berfungsi lagi
selepas 1 jam baru boleh klik-klik
itupun akan HANG bila terlebih klik
nak buka fail, ambil masa lebih 5 minit
melangut je tunggu tetingkap tak juga terbuka
nak print satu fail, ambil masa berjam-jam
sangat tak SESUAI, buang masa dan paling utama
SAKIT HATI tahap DEWA
rasa nak humban je ke bawah melalui tingkap

dari bazir masa sepanjang hayat dengan cara itu
baiklah aku habiskan sehari suntuk kemaskan kepala otaknya
mana nak simpan semua isi kepala otak tu pun tak tahu
aku baru sahaja kerosakan external
dah tak ada yang lain selain yang aku simpan tesis
tapi yang tu mana boleh ganggu
kang jadi apa-apa hal aku jugak yang merana
masalahnya: kalau buang dari dekstop
mana nak simpan?

delate memang senang tapi kalau nak cari
sangat susah nak jumpa, belum tentu lagi boleh dapat semula
bayangkan, dengan komputer yang sangat-sangat, SANGAT suka HANG tu
aku kena pilih mana fail nak simpan
mana yang boleh masuk TONG SAMPAH
biasanya, tak banyak yang boleh disampahkan
lalunya, bila nak berakhir masalah HANG ni?
Adusssssssssssssss!!!


PsssssT:
Senin Semalam, Cik Bintang dah melanyah ke Tehran
Ohhhhhh aku pun sangat-sangat nak pergi
kalaulah tambang pergi sana RM200
dah lama aku ikut hu hu huhu
Jaga diri ya, Cik Bintang
tangkap mamat Tehran bawak balik sorangpun ok juga

Ahad, 2 Oktober 2011

Permohonan Kemasukkan Pelajar 2012 ke Tunas Permata UKM


Sesiapa yang berminat nak hantar anak ke Tunas Permata UKM yang berada di bawah program Permata Pintar, projek 1dunia Datin Sri Rosmah Mansor tu, iklan untuk permohonan dah dibuka. aku tampal ajelah iklan penuhnya di bawah ya…

Dimaklumkan bahawa tarikh akhir penerimaan borang permohonan kemasukan pelajar ke Tunas Permata UKM bagi  tahun 2012 adalah pada 31 Oktober 2011 (Isnin).  Sehubungan itu, ibu bapa pelajar sedia ada atau pelajar baru yang berminat mendaftarkan anak ke Tunas Permata UKM perlu mengisi borang baru yang disediakan. Borang Baru tersebut boleh didownload secara online. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-8921 5159/5986/5158.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Peguam Saif Ghadafi Email Aku Nak Bagi Duit Raya


Fuyooooooooooo aku kaya! Aku kaya! Aku kaya wehhhhhhh!
sekarang ni, kalau aku nak beli JET pejuangpun dah boleh
apalah sangat takat banglo dua tiga biji dengan Bangla jadi pengawalnya
6.25 juta tuuuuuuuuuuuu siapa kata sikit la la la

Huh! apa cerita ek? kisahnya begini:
dua tiga hari lepas aku terima email dalam akaun rasmi
bolehlah kalau nak gelak golek-golek sampai masuk longkangpun
hu hu hu depa ni kan, kalau dah kaki penipu tu
tahu aje buat cerita nak tipu orang
baca sendirilah email tu ya,
aku tampal kat bawah ni:

Lawyer to Saif Ghadafi
FROM: HACAR VAUGHAN
TELEPHONE: +27710758361
Attn: Director / CEO

Good-Day,
My Name is Hacar Vaughan, Attorney / Legal Adviser to Mr. Saif Gaddafi son of Libyan President who was killed in April 2011 in Tripoli by NATO air strike. Before the brutal killing of Mr. Saif Gaddafi in April, he brought to South Africa a huge amount of US$25,000,000.00 (Twenty Five Million United States Dollars) that he deposited, with a Private Security & Finance Company even before the problem started in Libya. However, I want this to be a top secret between you and me so that the Government of South Africa where the money was lodged or any Libyan citizen will not know about it due to the recent frozen of all his father’s accounts. As a matter of fact, I am in possession of all the documents related to this transaction and with the security & finance company where the consignment was deposited as his Attorney who assisted him to make the deposit.

Would you be interested to partake in this venture, do not hesitate to contact me for details and procedures. Once the final transfer is made on your name as the beneficiary after the change of ownership is executed unto your name, you will help me in the investment of my own share. Upon the completion of the transfer to any bank account of your choice, you will be entitle of 25% of the total sum, 5% will be set aside to defray all expenses incurred during the process of the transaction while 70% will be for me and will be invested in your country under your care. Most importantly is to keep the confidentiality the transaction deserves to avoid any jeopardy.

Would you be interested to join in this deal, kindly forward me the following details of yours to enable the process commence as I would first of all workout the change of ownership unto your name to pave way for a hitch free transfer in your name as the beneficiary / bona-fide owner of the said funds. The money was deposited as a personal valuable in the name of Mr. Saif Gaddafi and not available cash to avoid high demurrage / storage charges and confiscation. Please send along with your acceptance. 

1)      Your Full Names
2)      Name and address of your company
3)      Your private telephone / Fax numbers
4)      Your Profession and Age.

Upon the receipt of these details, I will attach them with an application for the change of ownership of the consignment unto your name to the management of the security & finance company for approvals. Once we secure the approval, believe you me the sky is our limit and the bank here will proceed with the transfer. Your immediate response to this message will be highly appreciated. Looking forward to your favourable response soon. If you can be sincere and honest to me, by the Grace of God the sky is there for us.

Sincerely yours,
HACAR VAUGHAN

Malas aku nak ulas apa-apa
yang aku kagumnya
mereka ikuti perkembangan semasa tu
kemudian jadikan benda tu bagi nampak macam betul
mesti ramai akan percaya

Mmmmmmmmmm bila ntah aku akan kaya
dan miliki RM6.25 juta macam tu
agak-agaknya terbukti di alam nyata tak?
atau akan terusan bermimpi sampai mati?