hari ni, aku datang pejabat semata-mata
nak CUCI perut komputer
patutnya aku buat hari minggu lepas
jimat masa hari berkerja untuk kerja sebegitu
ada hal lainlah pulak...hal sosial; hubungan manusia dengan manusia
nak tak nak memang kena buat hari ni juga
sebab kepala otaknya dah sempit sangat
C hanya muat 0.5% je lagi
D hanya ada ruang 11% sahaja
sebab tu lah HANG memanjang tiap kali klik
30 minit pertama on komputer belum tentu berfungsi lagi
selepas 1 jam baru boleh klik-klik
itupun akan HANG bila terlebih klik
nak buka fail, ambil masa lebih 5 minit
melangut je tunggu tetingkap tak juga terbuka
nak print satu fail, ambil masa berjam-jam
sangat tak SESUAI, buang masa dan paling utama
SAKIT HATI tahap DEWA
rasa nak humban je ke bawah melalui tingkap
dari bazir masa sepanjang hayat dengan cara itu
baiklah aku habiskan sehari suntuk kemaskan kepala otaknya
mana nak simpan semua isi kepala otak tu pun tak tahu
aku baru sahaja kerosakan external
dah tak ada yang lain selain yang aku simpan tesis
tapi yang tu mana boleh ganggu
kang jadi apa-apa hal aku jugak yang merana
masalahnya: kalau buang dari dekstop
mana nak simpan?
delate memang senang tapi kalau nak cari
sangat susah nak jumpa, belum tentu lagi boleh dapat semula
bayangkan, dengan komputer yang sangat-sangat, SANGAT suka
HANG tu
aku kena pilih mana fail nak simpan
mana yang boleh masuk TONG SAMPAH
biasanya, tak banyak yang boleh disampahkan
lalunya, bila nak berakhir masalah HANG ni?
Adusssssssssssssss!!!
PsssssT:
Senin Semalam, Cik Bintang dah melanyah ke Tehran
Ohhhhhh aku pun sangat-sangat nak pergi
kalaulah tambang pergi sana RM200
dah lama aku ikut hu hu huhu
Jaga diri ya, Cik Bintang
tangkap mamat Tehran bawak balik sorangpun ok juga