Khamis, 9 Jun 2011

30 Ribu Buat Rayuan Ke Matrikulasi

Fuyooooooo ramai betul adik-adik kita yang bersemangat waja
nak sambung pengajian di matrikulasi
ikutkan berita perdana di tv3
lebih 30 ribu orang juga yang membuat rayuan
sedangkan tempat yang ditawarkan
dah tentu seciput dua je

ramai juga yang dapat keputusan bagus
tidak diterima masuk matrikulasi
syarat utama semua empat matapelajar berikut
perlu dapat A plus
matematik, matematik tambahan, fizik dan kimia
huh! kalau aku yang jadi calonnya
memang tak lepas punya
matematik cukup makan je
matematik tambahan ke laut
fizik dan kimia juga
harapkan Biologi mata cangkul orang tak hairan mana

kepada adik-adik yang gagal ke matrikulasi
bolehlah mencuba nasib kat tempat lain pula
mana tahu
rezeki kita tak tahu mana tercampak
usah putus asa ya
belajar di tingkatan enampun okey juga sebenarnya
tapi syaratnya hanya satu:
kena rajin membaca dan ikuti perkembangan semasa
kalau malas,
baik ambil kursus kat kedai kek je
sesekali boleh juga buat kek keju kat aku kan ;)



Pssst: Jumaat lepas aku ke Semenyih bertemu kakak. Orang Semenyih (dan Kajang) dok pening kepala dengan teknik rompakan terbaru; rompak dan bakar. Takat ni 4 buah rumah dah jadi mangsa. Kakak jumpa sendiri salah seorang tuan rumah yang kena tu (Taman Tasik Semenyih), rumah salah seorang anak murid dia. Mereka sekeluarga berada dalam rumah pada ketika itu. Kebakaran di tingkat bawah menyebabkan emak pelajarnya itu campak anak ikut tingkap. Nasib baik selamat disambut jiran-jiran.

Subhanallah...apa dah jadi dengan manusia sekarang ni. Dah hilang pertimbangan dan kemanusiaan. Apa gamaknya yang depa ni makan ek?

Rabu, 8 Jun 2011

Festival Perkahwinan di Putrajaya

Hu hu hu tajuk macam gempak habis
kalau kalian perasan, sekarang ni berlangsung “Kerja Kahwin”
di kraftangan Malaysia
bila masa pulak ada festival kahwin di Putrajaya pulak kan?

Dah seminggu cuti sekolah
tiap hari boleh dengar kelepak kelepong paluan kompang
musim orang kahwin katakan
mana-mana tempatpun meriah
termasuk di Putrajaya

Putrajaya dah jadi antara lokasi wajib
untuk pergambaran pengantin baru
masjid putrajaya, depan bangunan pentadbiran,
masjid besi, malah kat tengah-tengah jalan pun ada pengantin ambil gambar
apalagi kat Wetlands
sangat meriah suasananya
kalau kira berpuluh pasang pengantin ada
macam-macam warna dan fesyen depa pakai
kita yang tengok ni pun terlior nak kahwin juga

tahniahlah kepada semua pengantin baru di Malaysia
selamat layari bahtera di tengah samudera
moga berjaya layarinya hingga ke tanah seberang
kot ya pun dah kahwin
dan nak abadikan momen manis perkahwinan
di merata tempat nan indah-indah
errrr buang make up sekejab boleh?
kita solat asyar dulu
alang-alang dah bergambar di masjid kan
boleh sambung semula nanti
calit make up baru, wajah nampak lebih berseri dan segar
lebih indah gambar kenangan itu nanti
malam haripun cantik juga ambil gambar kahwin
di Putrajaya ;)

Jom skodeng burung di Wetlands
kalau nasib baik
boleh skodeng pengantin tengah ambil gambar juga



PsssT: Terima kasih kepada Cik Bintang yang berjaya merakamkan gambar skodengnya secantik ini.

Isnin, 6 Jun 2011

Gotong Royong Tanam Lalang Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

Hari ini, 5 Jun setiap tahun
disambut Hari Alam Sekitar

marilah sama-sama kita
jaga dan pulihara alam
yang sama-sama kita diami ini
bila dah tercemar
tak ada gantinya
bila dah punah
payah nak pulihkan


hari ini kita masih punya kesempatan
tengok burung
masih boleh skodeng di wetland
kalau tak mahu ke zoo

esok lusa masihkah
boleh ditemu sebegitu?
masihkah anak-anak akan kenalinya
ataukah bila diminta melukis ayam
mereka melukis ayam togel keluaran ayamas
yang sering ditemu di pasaraya?

Jom simpan semak samun belakang rumah
hu hu hu ya ampun!!!!!

Jumaat, 3 Jun 2011

Doaku Hanya Yang Terbaik Untuk Kalian

Sempena hari Jumaat yang mulia, kukongsikan rasa ini dengan semua;


Doaku Hanya Yang Terbaik Untuk Kalian

ketika menadah tangan
mencari Ehsan Sang Pencipta
aku memohon seluruh kebaikan dunia
hanya untuk kalian
seluruh kebaikan akhirat
juga buat kalian

ketika lafazkan doa
meminta perkenan Allah
aku memohon seluruh kekayaan dunia
hanya untuk kalian
seluruh kekayaan akhirat
juga buat kalian

ketika bermunajat mencari cinta Ilahi
aku memohon seluruh kejayaan dunia
hanya untuk kalian
seluruh kejayaan akhirat
juga buat kalian

ketika aminkan doa
mencari redha Allah nan Agung
aku mengharapkan seluruh bahagia hidup
hanya untuk kalian
seluruh bahagia di sana
juga buat kalian

aku akan sentiasa
doakan seluruh kebaikan dunia akhirat
hanya untuk kalian
biar apaunpun sakit yang perlu dirempuh
doa ini tetap untuk kalian
selamanya
percayalah
daku tidak akan mudah jemu
doakan kalian
untuk seluruh kehidupan.
Biarpun kalian tidak pernah tahu…
hinggakan terlupa untuk aminkan doa itu
untuk diri sendiri


~~Anyss~~
25 Mei 2011
Semambu, Kuantan

Khamis, 2 Jun 2011

Skim Latihan 1 Malaysia (SK1M) untuk Graduan



kepada semua graduan yang masih menganggur
walaupun dah konvo lebih 6 bulan
atau dah ada kerja tapi gaji tak setimpal
tak sampai juta-juta lemon
(aku nak mintak, boleh? Huh! usah berangan!)
bolehlah ikuti skim ini
mereka yang terpilih
akan ditempatkan di syarikat milik kerajaan (GLC) selama setahun
untuk jalani latihan secara Corporate Social Responsibility (CSR)
setiap bulan mereka dapat elaun sekurang-kurangnya RM1000
nampak macam sikit kalau nak beli kereta mewah
kalau fikir jangka panjang
apa salahnya puasa setahun
dah kerja kampeni besar
kapal lautpun boleh beli


Permulaan, 26 GLC akan menjayakan program ini
akan melibatkan lebih banyak GLC dan syarikat swasta pada masa hadapan
Objektif: meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability)
atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan
dijangka mampu mengurangkan mismatch
antara keluaran universiti dan keperluan industri

Bank Negara Malaysia dah laksana program latihan singkat sebegini
500 graduan daripada keluarga miskin
yang cemerlang mencapai skor CGPA sekurang-kurangnya 3.0
untuk mendapat pekerjaan yang bersesuaian
kerana kurang keyakinan dan
kurang pendedahan kepada aspek sosial etiket sebenar
alam pekerjaan
(yaaaa selama ni yang tak benar je diberitahu...
dah kerja baru tahu Apa Sebenarnya)

skim ini kemudian diperluaskan sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
Pelaksanaan Program SL1M adalah :
1. Institusi pelaksana adalah terdiri daripada GLC
yang akan melaksanakannya sebagai CSR;
2. Struktur program latihan mengandungi elemen soft-skills
dan minimum 6 bulan on-the-job training;
3. Peserta yang tamat kursus akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan;
4. Kriteria pemilihan peserta :
I. Terbuka kepada semua graduan Ijazah Sarjana Muda dari dalam dan luar negara
yang mencapai skor CGPA sekurang- kurangnya 2.5; dan
II. Pengambilan akan dibuat secara berperingkat mulai bulan Julai 2011;
5. Kumpulan sasaran: graduan Ijazah Sarjana Muda
yang tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat
dan lulusan universiti yang bekerja, tetapi
 pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed);
6. Laman web SL1M – Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
telah mengadakan paparan khas mengenai SL1M dalam laman webnya
dan dihubungkan dengan semua laman web GLC yang mengambil bahagian, dan,
7. Borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web GLC berkenaan.

Dulupun dah ada skim sebegini untuk siswazah
sambutannya okey okey sahaja
kejayaanpun sedang sedang sahaja
moga-moga kali ini akan lebih banyak membantu
ambilan pertama untuk tahun ini
dijangka tiga ribu orang
tahun hadapan meningkat ke lima ribu orang
harapnya, graduan kita akan rebut peluang baik ini
syaratpun takat CGPA 2.5 sahaja...memang sangat rendah
kalau banyak tu pun tak dapat
baik aje bunuh diri
(kalau ada yang ikut saranan ni...memang layak sangat
dia dapat CGPA bawah 2.5)
Antara syarikat menyertai
Affin Bank Berhad, Axiata Group Berhad, Malayan Banking Berhad,
Malaysia Airports Holdings Berhad, Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.


peluang bukan datang banyak kali
diri sendiri juga tentukan arah masa hadapan
bertindaklah bijak
maklumat lanjut carilah di Unit Perancang Ekonomi

PSSSSST: ni entri sepatutnya aku tampal kat blog ni semalam, tapi...tenet macam hampeh. Jadi, aku letak juga dalam entri ni jafi lebihhhhhhhhhhh panjang. 

Pengguna-pengguna telefon bimbit berisiko menghidap kanser otak dan mereka dinasihatkan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan alat pendengaran telefon, kata beberapa pakar barah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Medan frekuensi elektromagnetik radio yang dibebaskan telefon bimbit berisiko menyebabkan kanser pada manusia,” kata kenyataan Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) selepas persidangan lapan hari diadakan di Lyon Perancis.

Pakar-pakar membuat rumusan itu berdasarkan penelitian ke atas kajian melibatkan manusia dan kajian epidemiologi yang menunjukkan peningkatan berlakunya glioma iaitu sejenis kanser otak. Dua kajian utama menunjukkan mereka yang paling kerap menggunakan telefon bimbit lebih berisiko dijangkiti kanser otak. Beberapa individu berisiko tinggi yang dipantau dalam kajian-kajian tersebut telah menggunakan telefon bimbit mereka pada kadar purata 30 minit sehari selama 10 tahun.” kata Presiden IARC, Jonathan Samet.

Terdapat sekitar lima bilion telefon bimbit berdaftar di dunia dan jumlah itu serta masa penggunaannya semakin meningkat setiap hari


PssssT: Kalau aku tak guna tepon bimbit  ok tak?