ceritera 1
SMS ni dah lama aku terima, tetapi masih lagi belum dipadamkan dari peti simpanan. Entah kenapa tak delate walaupun banyak SMS lain aku dah delate. Isinya begini;
Tlong bagi topped up 30RM ke nombor baru ayah 0128128046 ayah ada mslah d balai police. Sekejab ayah call blik.
Bulan lepas aku terima SMS ni. Masa tu tengahari. Hari Jumaat. Awalnya aku biarkan sahaja. Memang tak masuk akal, kerana;
- Ayah aku tak ada telefon walaupun cap ayam. Dia tak akan bercakap di telefon kalau takat nak borak kosong. Ada urusan sahaja dia akan guna telefon, itupun bukan henset. Dia tak ada henset. Ulang suara ya…ayah aku tak ada henset. Opppppsss! Mana tahu kalau-kalau sekarang ni dia dah ada?
Hanset tak ada, apalagi nak sms. Mek pun tak reti sms, hanya reti cakap je guna henset, kalau nak telefon sesiapa, orang lain tolong tekan, kemudian dia akan cakap.
Kalau tak pernah ada telefon, maknanya tak akan ada nombor baru kan? Maknanya juga, tak payah tambah nilai
Sms tu guna 3 perkataan penjajah iaitu “topped up”, “police” dan “call” hu huhu ayah aku sekolah atap je dulu
Masalah di balai polis? Ada dia heran ke kalau di balai polis? Ketua balai kat tempat kami tu kawan dia.
Kalau betul-betul terdesakpun, ayah tak akan cari aku yang berada di selangor ni…adik dan abang ada di kampung. Depa tu dulu ayah akan terjah. Biasanya, ayah tak akan terjah sesiapa sebab dia akan boleh atasi semua masalah yang datang dalam hidupnya tanpa perlu bantuan anak-anak dia yang ramai itupun.
Tiba-tiba aku terfikir, “bagaimana kalau betul?”. Dengan semua alasan di atas itu, pikir semula beberapa kali (lebih kurang 30 minit juga), akhirnya aku ambil keputusan untuk telefon ke kampung. Telefon rumah, tak ada orang angkat. Telefon pula ke henset mek. Banyak kali cuba, tak angkat juga. Telefon pula adik perempuan yang tengah bercuti sekolah, juga tak angkat. Banyak kali telefon. Akhirnya angkat juga.
Bila tanya ayah, adik jawab “gi surau”. Kan hari jumaat tu. Hati jadi lega.
Cerita dengan adik tentang sms tu, adik gelak tak henggat donia…”kayo ayah mu ada henset” katanya. Bukkkkkkk! Sebijik kena kat hidung aku. Huh!
Selepas tu, google pasal ni dan terjumpa kat blog
Joe menulis tentang ni. Huh! Dasar! Kepada rakan-rakan yang dah terkena dengan SMS sebegini, sila buat aduan polis, ke SKMM juga. Nanti kita boleh tengok siapa yang kena!
Bulan Disember ni, Cik Bintang juga terima sms yang sama tetapi ayah dah tukar jadi pak cik pulak.
ceritera 2
Tolonglah jangan persendakan ayat-ayat al-Qur’an, boleh tak?
Sebelum ni agak banyak juga SMS lebih kurang serupa macam ni aku terima;
yasiiin. (dieja menggunakan BM bacaan surah yasin hingga ayat ke 6. Maaf, aku tak tulis semula sebab bacaan ayat al-qur’an ditulis rumi ada masa tak kena sebutannya). kirim surah yasiiin ini kpd 7 insan brgelar islam. insyaAllah esok anda akn menerima khbr yg baik dan rezeki anda sentiasa brda di tngn anda. JGN DELATE INI BETUL2 JD KENYATAAN…insyaallah mgkin ada yg trsirat drpd ayat di atas. mudah2 ada brita baik esok.
Aku ni paling TAK SUKA dengan perkara-perkara yang bersyarat seperti;
i. U pollow me, I pollow U…macam tak sesuai gitu!
ii. Fowordkan email atau SMS ini kepada 5 orang atau lebih, dalam masa 3 hari anda akan dapat kesenangan hidup bla bla bla…kalau delate, anda akan ditimpa bala….pleaselah! Hah! Kan dah keluar ayat manglish tu hu hu hu semua perkara yang berlaku dalam hidup ni telah ditentukan qada dan QadarNya sejak kita belum wujud lagi. Apa yang boleh ubah semua tu hanya DOA bukannya email dan sms mengarut macam tu. Kalau percaya dengan benda-benda macam ni, salah hari boleh pesong akidah. Tahu kenapa? Sebab tak ikhlas buat sesuatu. Tak tinggal solat sebab masuk silat gayung, forward email atau sms sebab takut bala…huh! Niat pun dah tak betul!
iii. I lelong blog u bagi popular, syaratnya U kena puji I melambung-lambung sikit, bagi gempak satu Malaya…ingat, blog I ni femes, ramai akan terjah blog u nanti
Kepada anda semua, janganlah jadi penyebar wabak sebegini. Usah takut ditimpa bala kalau tak forward email dan sms tersebut. Bukan email atau sms itu yang berkuasa. Allah lebih tahu apa yang bakal terjadi. Usahlah hanya kerana hal-hal remeh sebegini, lucut akidah kita.
ceritera 3
ini SMS yang paling aku suka terima. Aku dapat masa dok bertapa kat bilik sempit di tengah ketenangan Bandaraya Kuching beberapa hari lepas. Cuba baca, sangat teruja menerimanya;
Salam. dato sri apa khbr, ada mane skrg? mlm td ada tel aku ke? sory la aku dah nyenyak tidur x sedar
Agak-agaknya, masin tak jari dia masa taip SMS tu? Harapnya lah! Mana tahukan, tetiba je Sultan Brunei berkenan nak anugerahkan aku gelaran Pehin ke…tak pun sultan Kelantan yang baru tu terbuka hatinya angkat aku jadi Raja Perempuan Kelantan fuyoooooo Itu mimpi di tengah hari buta namanya!
Pernah tak terima sms yang pelik dan buatkan anda terfikir dua tiga kali seperti aku?
PssssT: SMS tersebut tidak termasuk menang hadiah ribu riban ataupun tawaran percuma ARAK untuk ladies ya…yang tu malas dah nak tulis.