Isnin, 19 Mei 2014

Hukum Allah Tak Lengkap Katanya


Barangkali dia tidak puas hati bebenarnya dengan hukum Allah, Hukum Hudud. Katanya tak boleh dilaksanakan sebab Malaysia negara majmuk. Padahal, kerajaan terawal dalam Islam sendiri telah laksanakannya bila tahun Hijrah bermula itupun kerajaan Majmuk. Ada aje masyarakat bukan muslim masa tu.. Tang celah mana tak sesuai aku sendiripun tak tahu. Dia tahulah kot...itupun kalau dia tahu. Tapi aku agak, dia lagilah tak tahu. Kalau dia tahu, dah tentu dia akan kata Hukum Hudud adalah undang-undang paling lengkap di alam maya ni.

Bila undang-undang Islam ditentang oleh orang Islam sendiri, apa nak dikata lagi. Sebenarnya tak susahpun nak tarbiahkan orang bukan Islam tentang undang-undang Islam ni, tengoklah Falexia Yap contoh tu, bukan ada orang paksapun, tapi yang payahnya adalah bila berdepan dengan bangsa Islam yang jejaknya entah kat mana. Macam tak boleh nak bezakan orang Islam jenis ini dengan kapal selam, sebab dua-dua objek ini boleh tenggelam. Salah tempat tenggelam, tak timbul terus!

Nak tenggelam, tenggelamlah sensorang. Yang dok tarik ramai orang tenggelam tu pasai apa? Takut sunyi tinggal bersama Fir’aun ka nanti?

Kalau dah musuh Allah tu...musuh aku juga! Tak payah dok kata gimik ke apa, aku tak hairan sekumanpun!

Sabtu, 17 Mei 2014

Fahami Budaya dan Kepercayaan Orang Cina


Bicara Pribumi di Fakulti Pengajian Islam UKM

Pusat Kajian Dakwah Orang Asli & Peribumi (PRIBUMI), FPI, UKM akan menganjurkan Program Bicara Pribumi pada 19 Mei 2014.

Wacana bertajuk "Memahami Budaya Orang Cina" akan disampaikan oleh pendakwah dan penulis prolifik Dr.Ann Wann Seng.

Tarikh Acara : Mula: 19/05/2014 Tamat: 19/05/2014
Masa Acara : Mula: 08:30 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat : DK 1. FPI
Penceramah : Dr. Ann Wann Seng
Tajuk Syarahan : Memahami Kepercayaan dan Budaya Orang Cina
Perasmi / Tetamu Kehormat : Prof. Madya Dr. Razaleigh Kawangit
Penganjur / Penganjur Bersama : Pusat kajian Dakwah Orang Asli & Peribumi

Jommmmmmm! serang!!!!!
Seharian tu...mampukah daku bertahan?

Jumaat, 16 Mei 2014

Menanti Ramadhan


Sekarang Rejab dah…dua bulan lebih kurang Ramadhan akan bertamu. Bukan sahaja tak sabar untuk jalani Ramadhan 2014, tetapi ada sesuatu yang istimewa bakal berlaku Ramadhan tahun ini.

Felixia Yeap mengumumkan bakal mengucap dua kalimah syahadah menjelang Ramadan ini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya Julai depan. Alhamdulillah. Dia juga tidak sabar-sabar menjalani ibadah puasa. Buat masa ini, dia sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama dan masih lagi dalam peringkat mengenali agama Islam termasuk menghadiri kelas dan ceramah agama.
comey kan Felixia Yeap bila bertudung begini

Dulu, dia dikenali sebagai gadis simbol seks, kini bekas model majalah Playboy Bunny ini kelihatan lebih ayu dan jelita bak wanita Muslimah. Bertudung litup mengalahkan gadis Islam sendiri. Gadis berbangsa Cina, Yeap Chin Yee atau lebih dikenali sebagai Felixia Yeap ini pernah gemparkan masyarakat Islam apabila mengambil keputusan untuk bertudung walaupun bukan beragama Islam.

Setelah berhijab, golongan Adam yang mengacau sudah berkurangan. Dia tidak lagi dipandang pada aset fizikal sebaliknya mulai dilihat dari segi keperibadian, cara pemikiran, intelek dan bakat. Sejak berhijab, ibunya sendiri telah menyaksikan perubahan positif yang ketara dialaminya.

Semoga niat murni ini dimakbulkan Allah. Alhamdulillah, bertambah seorang lagi umat Muhammad S.A.W.

Komen aku: yang dah Islam bolehlah belajar pakai tudung Ramadhan ni...comey apa bertudung ;)