Jumaat, 31 Januari 2014

Mulakan Hari Ini Dengan Harapan Yang Besar


Sesungguhnya, apa yang kita miliki pada hari ini bukanlah milik kita sepenuhnya;

Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan (Al Hadid ayat 10).

 Bukan mudah untuk berkongsi, tidak mudah untuk berjuang...banyak juga ujian dan cobaannya;

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya (At Taubah ayat 20).

Tiap kali mahu melakukan kebaikan, ada sahaja yang bolak balikkan hati kita. Hishhhh! godaannya bukan mudah untuk ditolak;

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya (Al Baqarah ayat 268).

Lalunya, sekuat manakah hati kita?



Khamis, 30 Januari 2014

Bapa Kelar Anak


Petang tadi aku baca tentang kejadian bapa kelar anak yang berlaku di syeksen 4 tambahan melalui group wHatsApp pejabat. Bersekali dengan gambar-gambar di kawasan kejadian berlaku bapa kelar anak tersebut. Gambar rumah kediaman mereka. Seorang anaknya meninggal, dua anak cedera parah, manakala seorang lagi lari ke surau berhampiran memohon bantuan jemaah. Ibu anak-anak tersebut berkerja di Cyberjaya.

Aku tak akan tampal gambar-gambar kawasan sekitar rumah tersebut walaupun ada dalam simpanan aku lebih 10 keping termasuk gambar keluarga bapa kelar anak berkenaan. Kalaupun gambar itu tersebar juga akhirnya, biarlah bukan berpunca dari aku.

Sama-samalah kita doakan dua anak mangsa yang cedera itu cepat sembuh. Ini bukan sahaja ujian kepada keluarga mereka, sebenarnya ujian kepada kita juga.

Program ijazah Pertama Saluran Kedua


Permohonan menyambung pelajaran bagi ijazah pertama saluran kedua di UKM telah dibuka. Nak tahu apa itu saluran kedua, kena baca dulu entri lepas tu.


Silalah jenguk Syarat Kemasukan Calon Saluran Kedua Sesi Akademik 2014-2015 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

Semua maklumat dan borang permohonan untuk menyambung pelajaran bagi ijazah pertama saluran kedua di UKM boleh diisi secara online. Silalah tengok cara kemasukan saluran kedua ni.

Mana tahu ada rezeki…boleh sambung belajar di UKM.