Sabtu, 14 Disember 2013

Hak Ekslusif Tinggal Di Bangi


Orang Bangi ni hebat-hebat belaka. Aku sorang je tak berapa nak hebat. Mereka boleh tutup jalan awam sesuka hati macam jalan itu mak bapak dia orang yang punya. Maklumlah, mereka kan orang kaya raya…kami yang marhaen ni hanya mampu memandang;

mula-mula itu Bangla tepi jalan juga ada duduk...sekarang mari, itu pondok juga ada!

Haram hukumnya menutup jalan laluan orang ramai walaupun jalan tersebut di atas tanah kita sendiri.



Kalau laluan tu memang jalan umum, rasanya apa hukum? Cerdik pandai ramai di Bangi…silalah berikan jawapannya.

sudah ada pondok ;)

katanya penutupan sementara...pondok pengawal tu dah berlumut, masih sementara kot!

Bila orang Mutiara Bangi tutup jalan, melekat pulak fiil tu ke syeksen 9. Berbakul jugaklah sumpah seranah penduduk yang nak pergi maybank tu. Dahlah nak pusing balik ikut jalan sehala tu bukan main payah lagi….bila pusing belakang kedai-kedai tu, macam-macam halangan pula ada, salah hari tayar boleh pancit terkena paku atau entah apa-apa sampah sarap belakang tu. Dah dapat komplen dek rakyat marhaen, akhirnya jalan itu dibuka semula. Cepat tindakannya sebab kawasan syeksen 9 ni bukan dari golongan orang kaya, baru nak jadi kaya...

jawapan MPKJ

Aku ada juga ambil gambar sekatan atau jalan berpalang di syeksen 9 ni...dah simpan dalam komputer, jenuh cari tak jumpa tak tau tang mana save. Jadi...abaikan ajelah bukti tu sebab jalan tu pun dah boleh dilalui rakyat marhaen macam aku ni.

Untungkan tinggal di Bangi ni. Esok pagi aku nak tutup jalan depan rumah ni lah...tak leh sesapa lalu. Sapa nak lalu kena bayar tol seringgit seorang. Boleh gitu?

Komen aku mudah aje: Tinggal kat syeksen berapapun di Bangi ini memang terdedah dengan pecah rumah walaupun Malaysia ni Negara yang aman. Dalam sehari, kalau tak ada 3-4 kes ragut, pecah kereta, pecah rumah, memang pelik. Kalau kasutpun ada operasi pemungutan, apalah sangat dengan harta benda lain.

Bukan tak boleh palang atau tutup jalan, tapi bukalah untuk waktu puncak bagi kegunaan orang ramai.  Waktu lain tu hangpa nak tutup tak mau buka pun tak ada siapa nak halangpun. Hangpa bayar pak Bangla tu mahal-mahal, mintaklah depa pi ronda secara berkala. Aku pun nak jadi guard kalau boleh membuta tepi jalan, kerjanya hanya angkat palang tu je hu hu hu hu 



Jumaat, 13 Disember 2013

Sesungguhnya Benarlah Kata-Kata Itu!

Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi ini (tidak) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk. Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Dan apabila orang-orang kafir itu melihat kamu, mereka hanya membuat kamu menjadi olok-olok. (Mereka mengatakan): “Apakah ini orang yang mencela tuhan-tuhanmu?”, padahal mereka adalah orang-orang yang ingkar mengingat Allah Yang Maha Pemurah. Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.

Mereka berkata: “Bilakah janji itu akan datang, jika kamu sekalian adalah orang-orang yang benar” Andaikata orang-orang kafir itu mengetahui, waktu (dimana) mereka tak mampu untuk mengelakkan api neraka dari muka mereka dan (tidak pula) dari punggung mereka, sedang mereka tidak (pula) mendapatkan pertolongan, (tentulah mereka tidak meminta disegerakan).

Sebenarnya (azab) itu akan datang kepada mereka dengan sekonyong-konyong lalu membuat mereka menjadi panik, maka mereka tidak sanggup menolaknya dan tidak (pula) mereka diberi tangguh.

(Surah Al Anbiya’, 30-40)


Khamis, 12 Disember 2013

Keputusan PMR Diumum 19 Disember 2013


Khamis depan. Yaaaa khamis (PMR) 19 Disember 2013 Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2013 akan diumumkan. Berdebar lagi. Hari tu berdebar-debar tunggu keputusan peperiksaan UPSR, kali ni PMR pula.

Tahun ni, seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh Negara. Anak buah aku salah seorang daripadanya. Itu pasal lah aku yang terlebih-lebih berdebarnya huh u huh u

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sama. "Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis 2013.