Selasa, 19 November 2013

Kemalangan 2 treler, MPV dan Kereta dekat Terowong Menora


Laluan Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora mengalami kesesakan teruk sejauh 10 kilometer berikutan kemalangan membabitkan dua treler dan dua kereta di kilometer 257.2 hala utara kira-kira jam 4.30 petang Isnin kelmarin. Sehingga jam 8 malam kesesakan masih berlaku di kawasan berkenaan. PLUS mengubah laluan dua lorong ke selatan menjadi laluan sehala untuk melancarkan trafik.

Seorang maut, tujuh cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan dua treler, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kereta di Kilometer 257.2 hala utara Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Terowong Menora.

Seorang pemandu treler yang membawa muatan siling, M Ukesparen, 31, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira jam 7 petang. Bapa mangsa yang menjadi kelindan treler berkenaan cedera parah di kepala manakala seorang penumpang Toyota Avanza patah tangan kiri. Mereka dirawat di HRPB manakala penumpang lain yang cedera ringan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan.

PsssT: Betul ke kehilangan remaja di Villa Nabila tiada kaitan dengan kena sorok makhluk halus? Mana dia hilang? mana dia sembunyi?

Menurut Mazidul, remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, bukannya di Villa Nabila. Sila baca sendiri entri penemuan remaja yang kononnya hilang di villa Nabila ni di blog Mazidul...malas nak ulas panjang. Mmmmmm buat penat je kena main dengan budak-budak ni. Isi masa lapang musim cuti sekolah kot. Apa apapun, tahniahlah kepada pihak berkuasa yang berkampung di villa Nabila penuh misteri tu semata-mata nak selamatkan satu nyawa. Bazir tenaga je… Nak kata April Fool, lambat lagi…
 
 

Isnin, 18 November 2013

Gigihlah Untuk terus Melangkah


Bila hidup pernah terhenti pada satu titik, tidak bermakna nokhtahnya berada di situ. Mungkin titik itu hanya satu hentian untuk kita lepaskan lelah sebelum kembali mendaki puncak impian.

Genggam kemaslah impian, kejapkan kegigihan...maka sambunglah perjalanan yang terhenti itu.

Tanpa putus asa, insha Allah...ada buah untuk dinikmati mengikut tahap gigih kita itu sama ada masam, kelat, payau, pahit atau manis. 

Selamat memetik buah!

Daku masih pada tahap menebas semak samun mencari jalan terang. Semoga daku ketemu jalan yang lurus dan diredai itu...Aminnnnn.

PssssT: mood sakit-sakit badan pikul bagasi hu hu huhu 


Sabtu, 16 November 2013

Perlu Ke Drama TV Tayang Adegan Gaduh Bunuh Dan Rogol?


Apa pengajaran yang penonton boleh dapat? Supaya tak merogol? Supaya tak gaduh? Supaya tak bunuh orang?

Selesa ke ibu bapa tonton drama di TV yang ada adegan gaduh-gaduh, belasah orang, ada kekerasan, ada adegan rogol bersama anak-anak?

Bila anak-anak Tanya; “Mak, kenapa perempuan tu jerit?”, adakah kita sebagai ibu bapa akan jawab “dia kena rogol, nak”.

Maka bertanyalah lagi anak-anak kecil ni “Rogol tu apa?”

Mak atau bapa nak jawab apa?

Bila budak-budak sekarang dok bergaduh bantai orang, dok merogol anak dara orang atau dok bunuh orang, kita nak salahkan siapa? Jangan dok kata TV tak salah bila tayang dengan terperinci bagaimana cara nak rogol perempuan (setakat ni belum ada lagi adegan rogol lelaki), cara bagaimana nak bunuh orang, cara bagaimana nak bantai budak, cara laki bantai bini.

Seni memanglah seni, namun bukankah ada batasnya. Dan…hanya akukah yang kurang daya seni?