Khamis, 31 Oktober 2013

Antara Aku Dan Kita, Ada Beza Tak?

 
Aku pernah buat ujikaji kat blog ni, mungkin ada yang perasan…mungkin juga tidak.

Perasan tak? Sedar tak? Kepada yang tak perasan sangat ujian tu, boleh tengok entri aku tentang kita selalu anggap diri kita je bagus. Kemudian bandingkan pula dengan entri Perangai tak senonoh.

Boleh Jumpa Tak Bezanya?


Bezanya hanya penggunaan kata ganti diri “kita” dan “aku” sahaja.

Walaupun bezanya sekecil itu, tapi tanggapan pembaca sangat besar. Boleh perasan tak?

Bila guna kata ganti diri “kita” walaupun kemudiannya letak juga “Aku” dalam kurungan, namun Nampak macam situasi berkenaan berlaku di sekeliling. Berlaku di mana-mana.

Bila guna kata ganti diri “Aku”, pembaca ingat kejadian berkenaan adalah berkenaan dengan perangai aku sebagai tuan punya blog. Makanya, terlihat macam perangai aku tu tak begitu senonoh sikit kan?

Kenapa aku gunakan “kita” dan “aku”?

Bila ceritakan tentang sesuatu yang buruk, adalah lebih baik kita tidak merujuk secara terus kepada empunya diri seperti “pak Ali”, “Mak Mertua si Semaun” dll. Bila letak nama, ibarat kita meletakkan kesalahan itu kepada seorang sahaja sedangkan perangai negatif itu boleh kita jumpa kat mana-mana sahaja. Tak pepasal jatuh fitnah atau menuduh orang pulak. Mana tahu nama yang kita tulis itu wujud di dunia nyata. Rasa hati dia pulak!

Kenapa guna “aku”? Sebab itu lebih mudah dari letak nama orang lain. Hanya risikonya, pembaca akan menjadikan perkara negatif itu sebagai sebahagian daripada penilaian terhadap diri kita. Ya lah…bila baca blog bukannya kita kenal tuan punya penulis tu terutama yang tak pernah tampal muka di blog macam aku ni. Penilaian dibuat berdasarkan tulisan yang dibaca.

Dengan dua kata ganti diri itupun dah boleh buat pelbagai tafsiran kepada penulisnya, apalagi dengan sebegitu banyak perkataan yang kita tulis. Jadi, silalah berhati-hati bila menulis entri walaupun kita menulis blog sendiri. Besar kesannya.
 
 
 

Rabu, 30 Oktober 2013

Autumn In My Hearts



Antara daunan mapel yang berguguran, biarkan kurawat lelas yang kau tinggalkan...


puaskah lunyaikan hati ini menjadi serpihan, berterbangan bak debu
kala semilir angin berpuput lerailah bungkah rasa...



Selasa, 29 Oktober 2013

Solat Musafir dalam 30 Minit Ustaz Don


Hari ni nak belajar tentang Solat Musafir. Kuliah hari ni edisi 30 minit Ustaz Don yang hensem dan kelakar tu. Jom kita…eh, moga-moga kuliah hari ni memberi kita ilmu baru ataupun ingatkan semula mana-mana ilmu yang kita dah ada tapi ada masanya kita terlupa. Maklumlah, tuntut ilmu tu semua masa sekolah dulu lagi…selagi tak guna, bukan mudah nak perangat semula kan?

Jadi, macam mana nak ringankan amalan solat dan puasa, terutama solat.


Ustaz Don - Solat Musafir 1



Diakhir perbincangan dinyatakan bahawa tidak ada tempoh waktu musafir untuk membolehkan kita kita lakukan solat musafir (jamak dan Qasar) menurut mazhab Maliki dan Hambali.


Ustaz Don - Solat Musafir 2





Ustaz Don - Solat Musafir 3





Ustaz Don - Solat Musafir 4




Panjang lebar penerangan Ustaz Don ni…siap dengan suara latar lagi hu h u huh u hilang mengantuk dengan telatah ustaz ensem ni.

Alhamdulillah, berkongsi ilmu kita. Moga-moga ada manfaatnya.