Isnin, 7 Oktober 2013

Teringin Sangat-Sangat

 
Macam orang mengidam pulak ya…

Sekarang ni, ada beberapa perkara yang aku dah teringin sangat-sangat nak buat, tetapi dah lama tak berpeluang nak buat. Antaranya;

  1. Nak kemas rumah bersihkan sampai berkilat. Rasa macam tinggal di tempat pelupusan sampah aje!
  2. Nak bermanja-manjaan dengan pokook-pokok di halaman. Nak pangkas ranting dan dahannya cantik-cantik, letak baja gamburkan tanah supaya bunga kertas a.k.a bounggavila tu berbunga lebat dan meriah semula macam dulu-dulu. Kesian tau…tinggal ranting dan kering nak mati dah tu.
  3. Nak jogging berlari-lari anak tiap petang tingkatkan kecergasan minda dan fizikal. Badan dah rasa sangat berat sejak berjaga dengan efektif ni…maklumlah, sampai je waktu tengah malam aku terasa lapar. Jam tiga pagi aku masak mi goreng dan sebat sepinggan penuh. Apa tak bertambah beratnya badan aku…bukan aje mengembang ni, semua baju aku dah mengecik pula. Penimbangpun dah rosak tu!
  4. Nak tidur dengan teratur semula macam orang lain. Sangat berazam selepas ni aku mampu tidur paling lambat jam 12 tengah malam dan bangun jam 5 pagi. Waaaaaaa banyaknya masa untuk aku tidur…nanti tak adalah lebam bawah mata ni kan? Haihhhh! bila nak qada tidur ni?
  5. Nak buat sesuatu yang aku suka seperti jalan-jalan sambil ambil gambar, sambil makan-makan (bukan kata nak diet ke?). dah lama tak buat benda ni. Hujung minggu buat perjalanan ringkas pergi JB ke, makan mi bandung atau beriani gham…kemudian bertolak balik semula ke Bangi ikut jalan kampong. Menyinggah mana-mana makan buah, tengok persekitaran blab la bla…hishhhh! Bila tah yang ni nak jadi kenyataan!
  6. Hidup santai dengan baca novel, tengok TV atau tonton cerita Korea sambil nangis-nangis lap air idung dan bengkak-bengkak mata. Paling malas pun jelajah panggung wayang hujung minggu, kemudian nikmati makan-makan yang menyedapkan anak tekak. Makan lagi!

Kalau nak senaraikan, memanglah masih banyak. Tapi aku sendiri rasa macam tamaklah pulak! Semua benda nak buat.
 
 
 




Ahad, 6 Oktober 2013

Terima Kasih...Lena Tidurku Semalam


Terima kasih Kelantan TRW berjaya benamkan JDT dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke 1V, Kota Bharu semalam.

keputusan perlawanan Piala Malaysia antara Kelantan TRW dan JDT semalam adalah seperti berikut;

Kelantan TRW 6, JDT 1

Lena tidur aku semalam walaupun impian aku untuk dapat 10 gol tak tercapai.

PsssT: Takziah kepada penjaga gol JDT Muhammad AlHafiz yang baru kehilangan anakanda tercinta akibat komplikasi paru-paru.







Jumaat, 4 Oktober 2013

Kalau hati selembut kapas...


Ada orang suka bergurau
Macam-macam gurauannya termasuk kutuk keji kaw kaw jatuhkan air muka orang
Kononnya gurau kasar itu tanda kemesraan, lambang keakraban
Maka kitapun buat-buat tidak kesah
Maklumlah dia kan kawan akrab kita, kawan mesra kita
Rasa hati letak tepi, kasar guraunya pun kita gelak juga
Sambil tutup guris calar di hati
Karang kata tak sporting pula

Namun orang yang itu juga
Tiba-tiba sentap bila kita bergurau
Sama kasar macam guraunya…ingatkan kebal hatinya
Selama ini dok bergurau tahap carut maki dan hina
Belum sempat kita kutuk, apalagi maki dan hina,
Carut apatah lagi…

Kalau hati selembut kapas
Patutnya lidah sehalus sutera
Kalau terhempas, tidaklah hati retak serpih!