Khamis, 23 Mei 2013

Kes Bunuh Sosilawati Lawiya: Pathmanabhan Digantung Sampai Mati


Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.



Aku pernah tampal kes ini dalam 3 entri iaitu Mengapa Aku Tak Tulis, Bunuh sebab duit dan 4 didakwa bunuh.

Komen aku:
Sekalipun semua yang terlibat dalam kes pembunuhan ini telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati, adakah ia akan ubah tragedi itu? Tidak mungkin. Usahlah kita kata, “padan muka”, semoga pembunuh lain akan rasa takut. Bagi aku, hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan kepada Pathmanabhan masih belum setimpal dengan kekejaman yang dilakukan. Bukan manusia sanggup buat sebegitu kejam.

Aku lebih suka untuk meneliti kesannya kepada keluarga mangsa yang dibunuh. Memanglah hukuman itu mencegah si pembunuh untuk berterusan membunuh orang lain, namun sudah semestinya masih belum mencukupi. Sangat besar impaknya kepada keluarga mangsa. Anak-anak. Tanyalah apa perasaan Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, dah pasti rasa kehilangan ahli keluarga mereka tidak setimpal dengan hukuman yang pembunuh itu dapat.

Keluarga mereka hilang orang yang disayangi, tempat mereka bergantung, tempat berkongsi kasih sayang. Setelah tiga tahun berlalu, pernah tak kita tanyakan, bagaimana kehidupan keluarga tiga lagi mangsa bunuh tersebut? (Kehidupan keluarga arwah Sosilawati agak kerap juga kita jumpa di majalah dan TV), keluarga yang lain? Anak-anak mereka? Keperluan mereka terpenuhikah?

PsssT: Aku tetap mengharapkan hukuman ini masih juga boleh memberi kesan kepada orang lain yang tak serik buat jenayah. Jangan risau, Negara kita aman…kejadian begini tak akan berlaku lagi. 


Rabu, 22 Mei 2013

Video Dan Gambar Kemusnahan Akibat Taufan Di Moore, Oklohama


Semalam dengar macam tu je berita perdana pasal taufan yang melanda Moore (Amerika Syarikat). Pada masa tersebut, TV tayang visual kawasan rumah yang dilanda taufan tersebut. Hanya tinggal tapak rumah sahaja. 

Jumlah kematian tentukan semakin meningkat, manakala beratus-ratus lagi cedera selepas puting beliung selebar tiga kilometer, melanda pinggir bandar raya Oklahoma.

Berikut adalah rakaman video semasa taufan melanda Oklahoma Amerika Syarikat dan beberapa kawasan seperti video taufan di Moore,  Carney, Texas dan Dallas.





Bencana tersebut membawa kemusnahan besar selepas ia melanda negeri Amerika Syarikat (AS) itu selama sejam. Puting beliung tersebut selebar dua kilometer dan bergerak sejauh 27 kilometer selama 40 minit ketika ia melanda Moore di pinggir bandar Oklahoma. Puting beliung tersebut dianggarkan bertiup selaju 320 kilometer sejam (km/j) hingga 337km/j.

Beberapa ahli meteorologi yang dihubungi agensi berita The Associated Press memberitahu, tenaga puting beliung tersebut ialah lapan hingga lebih 600 kali lebih kuat daripada bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun.

Kalau tengok gambar-gambar Bandar Moore, Oklohama selepas taufan yang melanda…dah jadi macam padang jarak padang tekukur dah. Mmmmmm lama dah tak guna peribahasa ni.

Semua rumah ranap, tetapi jalannya masih cantik dan bersih je…insaf sekejab!




Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menaikkan kiraan kekuatan ribut itu berkata ia adalah EF5 yang jarang berlaku, senarai paling kuat dalam Skala Fujita. 

Kali terakhir puting beliung gergasi menyerang kawasan itu adalah pada 3 Mei 1999 yang membunuh lebih 40 orang dan memusnahkan ribuan rumah. Ia juga disenaraikan sebagai EF5.


Nak tengok dengan lebih jelas?



Yang di bawah ni lagi real walaupun agak menyakitkan mata. Namun perasaannya…subhanallah!:


Selepas taufan…inilah kesannya:





Komen aku: Alhamdulillah. Kena syukur sangat-sangat betapa Negara kita ni sangat banyak terlindung dari bencana alam. Lingkaran api pasifik pun tak lalui Negara kita. Banjir sekali sekala itupun kita dah merungut kan? Musim panas beberapa minggu tu pun kita (aku ler tu!) dah dok merungut panjang. 

Lalu, nikmat manakah yang engkau dustakan?


Gaji Menteri, Adun Sarawak Naik Tiga Kali Ganda


Tiba-tiba aku rasa macam nak jadi menteri di Sarawak walaupun hanya menteri air liur je. Apa taknya, gaji dan elaun mereka naik tiga kali ganda.

Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskanoleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas, berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. 

Bilalah agaknya gaji aku boleh capai RM9 ribu (jumlah paling rendah tu!). Rasanya, masa tu, aku masih hidup lagi tak? Hu huh u